TAHAP PENGETAHUAN, KEMAHIRAN DAN SIKAP GURU TERHADAP PENGAJARAN MODULAR DI SEKOLAH RENDAH DAERAH HULU LANGAT, SELANGOR
[SPECIAL EDUCATION TEACHER’S LEVEL OF KNOWLEDGE, SKILLS, AND ATTITUDE ON MODULAR TEACHING IN PRIMARY SCHOOLS IN HULU LANGAT DISTRICT, SELANGOR]
Keywords:
Pengajaran Modular, Guru Pendidikan Khas, Murid Bermasalah Pembelajaran, Pengetahuan Guru, Kemahiran Guru dan Sikap Guru, Pupils with Learning Difficulties, Modular Teaching, Special Education Teachers, Teacher’s Skills, Teacher’s AttitudesAbstract
Abstrak: Pembelajaran Modular bagi murid bermasalah pembelajaran dilihat mampu melahirkan murid yang menepati objektif Falsafah Pendidikan Negara dalam mengembangkan potensi diri dan sahsiah peribadi murid Pendidikan Khas. Kajian ini bertujuan untuk melihat tahap pengetahuan, kemahiran dan sikap guru Pendidikan Khas. Seramai 54 orang guru Pendidikan Khas daripada Daerah Hulu Langat terlibat dalam kajian ini. Kajian ini dijalankan menggunakan kaedah tinjauan. Borang soal selidik digunakan untuk mengumpulkan data kajian. Analisis dapatan kajian dijalankan secara deskriptif dengan nilai kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai. Analisis korelasi pearson digunakan untuk melihat hubungan setiap pembolehubah. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap pengetahuan guru Pendidikan Khas (min = 3.44) dan kemahiran (min = 3.45) adalah pada tahap yang sederhana. Manakala sikap guru (min = 3.92) adalah pada tahap yang tinggi. Analisis Korelasi Pearson mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara pengetahuan dengan kemahiran guru (r = 0.818, p < 0.01), hubungan yang signifikan antara pengetahuan dengan sikap guru (r = 0.374, p < 0.01) dan juga terdapat hubungan yang signifikan antara kemahiran dengan sikap guru (r = 0.410, p < 0.01). Sikap guru terhadap pengajaran modular untuk murid bermasalah pembelajaran adalah pada tahap yang tinggi dan saling berkait dengan tahap pengetahuan dan kemahiran guru. Hasil kajian menunjukkan guru mempunyai sikap yang baik terhadap sebarang perubahan berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran untuk murid Pendidikan Khas. Pendedahan dari segi perkongsian ilmu melalui bengkel dan kursus dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru Pendidikan Khas berkaitan pengajaran modular. Ini dapat memantapkan lagi profesional dan kualiti guru Pendidikan Khas di Malaysia.
Abstract: Modular learning for students with learning difficulties is seen to be able to produce students who meet the objectives of the National Education Philosophy in developing the individual and personality potential of special education students. This study aimed to look at the level of knowledge, skills, and attitudes of Special Education teachers. A total of 54 teachers were selected from the Hulu Langat district who were involved throughout this study. Data were collected using a questionnaire. The results were analyzed using SPSS software version 23 using the mean comparison and descriptive analysis. The findings of the study showed that the teacher's knowledge level (mean = 3.44, SD = 0.633) and the teacher's skill (mean = 3.45, SD = 0.544) were at a moderate level. Meanwhile, the teacher's attitude score (mean = 3.92, SD = 0.377) was at a high level. Pearson Correlation Analysis found a significant relationship between teachers’ knowledge and skills (r = 0.818, p <0.01), a significant relationship between teachers’ knowledge and attitude (r = 0.374, p <0.01) and a significant relationship between teachers’ skills and attitude (r = 0.410, p <0.01). In conclusion, modular teaching for students with learning difficulties requires more exposure in terms of knowledge sharing through workshops and courses to all Special Education teachers. Further research is needed to discuss modular teaching in more depth. The researcher hopes that this study can further strengthen the professionalism and quality of special education teachers in Malaysia.
References
Asmawati Mohamad Alia, Norizal Abdul Karim@SAB , Anita Mohamed & Noraihan Ismail. 2018. Aplikasi Gaya Pengajaran dan Pembelajaran Aktif Dalam Subjek Kemahiran Dinamika bagi Merealisasikan Pendidikan Abad ke-21. Jurnal Teknologi 10(3-2): 47–55.
Carolinda & Sherrill. 2014. Student Perspectives On Self-Directed Learning. Journal of the Scholarship of Teaching and Learning 14(1): 13-25.
Fadilla Anak Layang & Zamri Mahamod. 2019. Tahap Pengetahuan, Kesediaan dan Sikap Guru Bahasa Melayu Sekolah Rendah dalam Melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran Peta Pemikiran i-Think. Jurnal Pendidikan Malaysia 44(1): 37-44.
Hasnah Isnon & Jamaludin Badusah. 2017. Kompetensi Guru Bahasa Melayu Dalam Menerapkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu 7(1): 56-65.
Hebbler K. & Donna S. 2016. ‘Supporting Young Chidlren With Disablities’ The Future of Children. Journal Hosting Program 26(2): 185-205.
Ikhsan dan Norila. 2014. Aspek-aspek dalam Kurikulum dan Pengajaran Sekolah Rendah. Tanjong Malim: Quantum Books.
Ismail, Suriana. 2012. Kesediaan guru terhadap pelaksanaan mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) sekolah rendah di Malaysia. Tesis Sarjana. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
Iyeoma D,. & Toyosi N. 2017. Teachers' Attitude Towards Special Need Students In Secondary Schools In North Senatorial District Of Edo State, Nigeria. Journal of Education and Practic 8(4).
Jamilah Hassan. 2016. Kesediaan Guru Bahasa melayu dalam Pengajaran KOMSAS Berpandukan Pembelajaran Berasaskan Masalah. Tesis Sarjana. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Khairuddin Ahmad. 2011. Keberkesanan Kaedah Peta Konsep Terhadap Pencapaian, Sikap, Dan Kemahiran Memahami Kronologi Dalam Kalangan Murid Tingkatan Empat. Tesis Sarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Krejcie, R.V. & Morgan, D.W. 1970. Determining Sample Size For Research Activities. Educational And Psychological Measurement. 30(3): 607-610.
Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas. 2013. Bahagian Pembangunan Kurikulum: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Low, Suet Fin, Amiruddin Zainuddin & Rafidah Ruhani. 2014. Standard Guru Malaysia: Tahap Pengetahuan Guru Pelatih PISMP IPG Kampus Ilmu Khas. Jurnal Penyelidikan Tempawan 31: 62-78.
Muhamad Hafizan & Anuar Ahmad. 2017. Pengaruh Pengetahuan Isi Kandungan Terhadap Aplikasi Pengajaran Yang Berkesan Dalam Kalangan Guru-Guru Sejarah. International Conference On Global Education. Universitas Ekasakti, Padang, 10- 11 April, 2017.
Noor Aini, Zamri dan Zahara. 2012. Pengajaran kemahiran komunikasi bagi murid-murid bermasalah pembelajaran teruk. Jurnal Pendidikan Bahasa melayu 2(2): 11-18.
Norshidah Mohd Salleh, Aliza Alias & Zalizan Mohd Jelas. 2012. Pendidikan kanak-kanak Berkeperluan Khas : Konsep dan Amalan. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Nurul Farahah & Suziyana. 2018. Kesediaan Guru Pendidikan Khas Dalam Melaksanakan Mata Pelajaran Asas Tanaman. Jurnal Ortopedagogia 4(1).
Panduan Pendekatan Modular Dalam Pengajaran dan Pembelajaran. 2018. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025). t.th. Putrajaya Malaysia: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Peraturan-peraturan Pendidikan Khas. 1997. Putrajaya Malaysia: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Rohani Aziz. 2011. Pengetahuan, Sikap Dan Kemahiran ICT Di Kalangan Guru-Guru Matematik Di Sekolah Menengah Pahang. Fakulti Pendidikan: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Sharifah Nor Puteh & Aliza Ali. 2011. Pendekatan bermain dalam pengajaran bahasa dan literasi bagi pendidikan prasekolah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu 1(2): 1–15.
Siti Muhibah Hj Nor & Zetty Nurzuliana Rashed. 2018. Peranan Dan Cabaran Guru-Guru Pendidikan Khas Membentuk Kemenjadian Murid -Murid Masalah Pendengaran Dalam Abad Ke 21. Journal of Quran Sunnah Education and Special Needs 1(1) : 2590-3799.
Suhaimie Moridan. 2013. Kesediaan Guru Melaksanakan Rancangan Pendidikan Individu Dalam Pendidikan Islam bagi Pelajar Pendidikan Khas. Fakulti Pendidikan: Universiti Teknologi Malaysia.
Suraya Bahrum & Md Nasir Ibrahim. 2018. Kebolehgunaan Modul “STEAM” dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah. Jurnal Seni dan Pendidikan Seni 6: 65-79.