PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN MENGGUNAKAN GOOGLE CLASSROOM OLEH GURU BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH DI DAERAH KANOWIT, SARAWAK. [KNOWLEDGE AND SKILLS IN USING GOOGLE CLASSROOM AMONG PRIMARY SCHOOL MALAY LANGUAGE TEACHERS]

Authors

  • Mariana Anak Ason Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Hazrati Husnin Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Keywords:

Google Classroom, korelasi Pearson, kemanfaatan, kebergunaan, guru Bahasa Melayu, Google Classroom, Pearson correlation, Perceived Usefulness, Perceived Ease of Use, Malay language teachers

Abstract

Abstrak Kajian ini bertujuan untuk menganalisis pengetahuan dan kemahiran menggunakan  teknologi Google Classroom dalam kalangan guru Bahasa Melayu sekolah rendah di sekolah kebangsaan di daerah Kanowit, Sibu, Sarawak. Kajian kuantitatif berbentuk deskriptif ini dijalankan secara tinjauan menggunakan instrumen soal selidik yang melibatkan seramai 35 orang guru di kawasan kajian yang dipilih melalui persampelan rawak berstruktur. Dapatan kajian dianalisis menggunakan kekerapan, peratusan, min, sisihan piawai dan analisis korelasi Pearson dengan menggunakan perisian SPSS versi 27.0. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kemanfaatan dan kebergunaan Google Classroom bagi guru Bahasa Melayu sekolah rendah adalah pada tahap sederhana, di mana bacaan bagi tahap Perceive Usefulness dan Perceive Ease of Use menunjukkan min purata = 2.91 dan sisihan piawai = 0.726, manakala bacaan bagi Attitude Toward Using iaitu Tahap sikap guru terhadap penggunaan Google Classroom dalam kalangan guru Bahasa Melayu sekolah rendah menunjukkan min purata = 2.82 dan sisihan piawai = 0.687. Dapatan analisis korelasi Pearson r = 0.869, sig = 0.001 iaitu p < 0.01 (p = 0.001) menunjukkan nilai yang signifikan, menandakan terdapat hubungan yang tinggi dan positif antara Perceive Usefulness (Kemanfaatan)  dan Perceive Ease of Use (Kebergunaan) dengan Attitude Toward Using Google Classroom (Sikap). Implikasi kajian ini boleh memberikan input yang berguna kepada pihak pengurusan sekolah dalam mentadbir proses pembelajaran di dalam bilik darjah serta merancang pelbagai strategi yang berkesan dalam usaha meningkatkan penglibatan murid secara menyeluruh dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Abstract: This study aims to analyze the knowledge and skills in using Google Classroom technology among primary school Malay language teachers in national schools in the Kanowit district, Sibu, Sarawak. This quantitative descriptive study was conducted through a survey using a questionnaire instrument involving 35 teachers in the study area, selected through stratified random sampling. The research findings were analyzed using frequency, percentage, mean, standard deviation, and Pearson correlation analysis with SPSS software version 27.0. The findings revealed that the level of perceived usefulness and perceived ease of use of Google Classroom among Malay language teachers in primary schools was at a moderate level, where the mean score for Perceived Usefulness and Perceived Ease of Use was M = 2.91 and standard deviation = 0.726. Meanwhile, the score for Attitude Toward Using Google Classroom among the teachers showed a mean of M = 2.82 and a standard deviation of 0.687. The Pearson correlation analysis result (r = 0.869, sig = 0.001) with p < 0.01 (p = 0.001) indicated a significant value, suggesting a strong and positive relationship between Perceived Usefulness and Perceived Ease of Use with Attitude Toward Using Google Classroom. The implications of this study can provide useful input to school management in administering the teaching and learning process in classrooms, as well as in planning effective strategies to enhance students’ overall engagement in school-based teaching and learning activities.

References

Alias, N., Zakaria, A. R., & Zainuddin, M. Z. 2020. Penggunaan Google Classroom dalam Kalangan Guru Sekolah Rendah. Jurnal Pendidikan Malaysia.

Azizan, S. N., Noraini, I., & Ramli, N. H. 2019. Kemudahan dan Keberkesanan Penggunaan Google Classroom dalam Pengajaran. Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia, 7(2): 15-22.

Ali, N., & Norazah, N. 2018. Cabaran Integrasi Teknologi Digital dalam Pendidikan Rendah. Prosiding Seminar Kebangsaan Sains Sosial dan Kemanusiaan, hal. 456–468.

Hashim, H., & Yunus, M. M. 2020. Teachers’ Attitudes and Challenges in Using Google Classroom for ESL Teaching. Journal of Education and e-Learning Research, 7(4): 408–414.

Iftakhar, S. 2016. Google Classroom: What Works and How? Journal of Education and Social Sciences, 3: 12-18.

Al-Maroof, R. S., & Al-Emran, M. 2018. Students Acceptance of Google Classroom: An Exploratory Study Using PLS-SEM Approach. Education and Information Technologies. t.tp.: t.pt.

Mustafa, M. H., Abdullah, A. H., & Abu, M. S. 2021. Cabaran Penggunaan Google Classroom dalam Kalangan Guru di Sekolah Pedalaman. Jurnal Penyelidikan Pendidikan.

Norazah, M. N., Alias, N., & Mohd Nasir, N. 2020. Kendala Pelaksanaan Pembelajaran Digital di Sekolah Rendah: Perspektif Guru dan Ibu Bapa. Malaysian Online Journal of Educational Technology.

Salleh, S., Nordin, N., & Kamarulzaman, W. 2021. Model Integrasi Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran: Kajian Terhadap Guru Sekolah Rendah. Journal of ICT in Education.

Teo, T. 2011. Factors influencing teachers’ intention to use technology: Model development and test. Computers & Education.

Tondeur, J., van Braak, J., Ertmer, P. A., & Ottenbreit-Leftwich, A. 2017. Understanding the Relationship Between Teachers’ Pedagogical Beliefs and Technology Use in Education. Computers & Education, 75: 1-13.

Yusof, M. A. M., Aziz, A. A., & Jamil, H. 2021. Sikap Guru terhadap Penggunaan Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Jurnal Pendidikan Malaysia, 46(1): 20-31.

Downloads

Published

2025-08-18