PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (TMK) DALAM PENGAJARAN DARI PERSPEKTIF GURU SEKOLAH RENDAH [THE USE OF INFORMATION AND COMMUNICATION TECHNOLOGY (ICT) IN TEACHING FROM PRIMARY TEACHERS’ PERSPECTIVE]
Keywords:
Integrasi TMK; Guru Sekolah Rendah; TPACK; Efikasi Kendiri, ICT Integration, Primary School Teachers, TPACK, Self-EfficacyAbstract
Abstrak: Kajian ini meneroka pengalaman penggunaan aplikasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam pengajaran bilik darjah dalam kalangan guru sekolah rendah di kawasan bandar dan luar bandar. Objektif utama kajian adalah untuk meneliti persepsi, amalan, pengetahuan dan tahap kemahiran TMK dalam kalangan guru berpengalaman, serta memahami cabaran integrasi berkaitan kemahiran teknologi, latihan profesional, sokongan teknikal dan ketersediaan infrastruktur. Kajian ini berlandaskan dua kerangka teori utama: Teori Efikasi Kendiri Bandura, yang menekankan kepercayaan guru terhadap keupayaan mereka untuk menggunakan TMK secara berkesan, dan Model Pengetahuan Kandungan Pedagogi Teknologi (TPACK), yang menilai keupayaan guru untuk menggabungkan pengetahuan teknologi, pedagogi dan kandungan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Reka bentuk kajian kes kualitatif digunakan melibatkan tujuh orang guru sekolah rendah di Sarawak. Data dikumpul melalui temu bual separa berstruktur dan dianalisis menggunakan kaedah analisis tematik. Dapatan menunjukkan bahawa guru di kawasan bandar dan luar bandar menggunakan pelbagai aplikasi TMK dalam pengajaran bilik darjah seperti Google Classroom, video pembelajaran YouTube, Kahoot, Canva dan sebagainya, namun penggunaannya masih terhad. Kajian juga mendapati bahawa guru berpengalaman di kedua-dua kawasan menghadapi pelbagai kekangan dalam penggunaan aplikasi TMK seperti tahap keyakinan diri yang rendah, kemahiran teknikal yang terhad, kekangan masa, beban kerja yang tinggi serta kekurangan latihan TMK yang berstruktur dan sokongan profesional. Kajian ini mencadangkan keperluan untuk latihan dan sokongan teknikal TMK yang berterusan dan berstruktur khususnya bagi guru di kawasan luar bandar. Kajian ini menunjukkan bahawa kejayaan integrasi TMK dalam pengajaran dan pembelajaran memerlukan gabungan tahap keberkesanan kendiri yang tinggi dalam kalangan guru serta penguasaan aplikasi TMK yang sesuai dan seimbang bagi konteks bilik darjah, sekali gus memperkukuh agenda pendidikan digital negara melalui dasar latihan guru yang lebih responsif dan menyeluruh..
Abstract: This study explores the experiences of using Information and Communication Technology (ICT) applications in classroom teaching among primary school teachers in urban and rural areas. The main objectives are to examine teachers’ perceptions, practices, knowledge and ICT proficiency, particularly among senior teachers, and to understand the integration challenges related to technological skills, professional training, technical support and infrastructure availability. The study is grounded in two theoretical frameworks: Bandura’s Self-Efficacy Theory, which emphasizes teachers’ belief in their ability to use ICT effectively and the Technological Pedagogical Content Knowledge (TPACK) model, which evaluates teachers’ ability to integrate technological, pedagogical and content knowledge in the teaching and learning process. A qualitative case study design was employed, involving seven primary school teachers in Sarawak. Data were collected using semi-structured interviews and analyzed thematically. Findings revealed that teachers in both urban and rural areas use a variety of ICT applications such as Google Classroom, YouTube learning videos, Kahoot and Canva in their teaching. However, their use of these tools remains limited. The study also found that senior primary school teachers in both settings face several constraints, including low confidence in using technology, limited technical skills, time constraints, heavy workloads and a lack of structured training and professional support related to ICT application. The study suggests the need for continuous, structured ICT training and technical support, especially for teachers in rural areas. It concludes that successful ICT integration in classroom teaching requires a combination of high teacher self-efficacy and balanced mastery of classroom-appropriate ICT tools. This would support Malaysia’s digital education agenda through more responsive and comprehensive teacher training policies.
References
Abbitt, J. T. 2011. An investigation of the relationship between self-efficacy beliefs about technology integration and peer modeling experiences. Journal of Educational Computing Research, 44(2): 119–145. https://doi.org/10.2190/EC.44.2.c.
Amiruddin, S. & Kamba, M. E. 2025. Cabaran penggunaan teknologi aplikasi digital terhadap pembelajaran bahasa Melayu dalam kalangan guru-guru TASKA. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan, 14(1): 61–72.
Andin C. & Ali, H. 2024. Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam kalangan guru-guru sekolah. Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository.
Azman, M. H., Md Zabit, M. N., Megat Khalis, P. Z., Shahuddin, S. A., Ahmad, M. F. & Zachariah, T. Z. 2024. Pengetahuan dan Kemahiran Teknologi Guru Pelatih abad ke 21. Jurnal Pendidikan Bitara UPSI, 17: 109–116.
Bandura, A. 1977. Self-efficacy: Toward a unifying theory of behavioral change. Psychological Review, 84(2): 191–215. https://doi.org/10.1037/0033-295X.84.2.191.
Bandura, A. 1986. Social foundations of thought and action: A social cognitive theory. t.tp.: Prentice-Hall.
Bandura, A. 1997. Self-efficacy: The exercise of control. W.H. Freeman.
Chung Hui Ching, M., & Badusah, J. 2010. Sikap Guru Bahasa Melayu terhadap Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam Pengajaran di Sekolah-sekolah Rendah di Bintulu, Sarawak. Jurnal Pendidikan Malaysia, 35(1): 59–65.
Hamizah Haidi & Mahani Hamdan 2023. Dasar Pengajaran dan Pembelajaran dalam Talian Semasa COVID-19. Gading Journal for Social Sciences, 27(KONAKA): 87-92.
Hamzah, S. 2024. Transformasi Pendidikan Tinggi di Malaysia: Cabaran dan Peluang pada Era Revolusi Industri 4.0. Jurnal Perspektif, 16(2): 127–136.
Hasin, I., Othman, R., Abdullah, N. S., Mohd Yusoff, K. & Ab Rahman, M. R. 2022. Isu dan Cabaran Pembelajaran Digital dalam Transformasi Pendidikan Negara Pasca Covid-19. Jurnal Pendidikan Bitara UPSI, 15(2): 23–32.
Kementerian Pendidikan Malaysia 2022. Dokumen Panduan Kurikulum Asas 2027 (Kurikulum Asas 2027: FAQ & Roadmap). Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.
Kementerian Pendidikan Malaysia. 2020. Kajian tekanan emosi guru: Faktor penyumbang dan strategi pengurusan (KPM/BPMP/2020/11). Putrajaya: Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan.
Kementerian Pendidikan Malaysia. 2021. Guru Digital Champion: Program latihan mikro-berkala TMK bagi guru sekolah Malaysia (KPM/BPPDP/2021/08). Putrajaya: Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan.
Kementerian Pendidikan Malaysia. 2023. Dasar Pendidikan Digital. Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan. https://www.moe.gov.my.
Koehler, M. J., & Mishra, P. 2009. What is technological pedagogical content knowledge? Contemporary Issues in Technology and Teacher Education, 9(1): 60–70.
Lim, G. F. C., Abdul Jalil, N., Awang Hidup, D. S. & Omar, M. 2024. Pengintegrasian Teknologi dalam Pendidikan: Cabaran Guru. International Journal of Modern Languages and Applied Linguistics, 8(1): 49–61.
Mishra, P., & Koehler, M. J. 2006. Technological Pedagogical Content Knowledge: A framework for teacher knowledge. Teachers College Record, 108(6): 1017–1054. https://doi.org/10.1111/j.1467-9620.2006.00684.x
Mohd Izham Mohd Hamzah, Mohd Zulkifli, & Norazilawati Abdullah. (2021). Integrasi teknologi dalam pengajaran sains: Amalan guru sekolah rendah Malaysia. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 9(1): 1–12.
Muniyandi, R., Abdul Majid, N., & Mat Hassan, N. (2024). Cabaran dan Kekangan Pelaksanaan ICT dari Aspek Pengetahuan Kalangan Guru Senior di Sekolah Rendah. Jurnal Ilmi, 14(1): 110–118.
Norlidah Alias, Saedah Siraj & Zaharah Hussin 2021. Future-Ready Teachers: Technology Integration Roadmap for Malaysia Beyond 2025. Malaysian Journal of Learning and Instruction, 18(2): 1-28. https://doi.org/10.32890/mjli2021.18.2.1
Nur Aisyah, K., & Hazrati, H. 2022. Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dalam pendidikan. Jurnal Dunia Pendidikan, 4(2): 333–343.
Purna, R. S., Fachri, D., & Rahayuningsih, T. 2024. The role of emotion regulation on job stress of elementary school teachers. Psikoislamika: Jurnal Psikologi dan Psikologi Islam, 17(2), 86–100. https://doi.org/10.19109/psi.v17i2.10538.
Siti Balqis Mahlan, & Muniroh Hamat. 2020. Cabaran dan strategi PdP Bahasa Melayu secara dalam talian. Jurnal Pendidikan, 45(3): 112-128.
Tschannen-Moran, M., & McMaster, P. 2009. Sources of self-efficacy: Four professional development formats and their relationship to self-efficacy and implementation of a new teaching strategy. The Elementary School Journal, 110(2): 228–245. https://doi.org/10.1086/605771.
Yin, H., Huang, S., & Chen, G. 2019. The relationship between teachers’ emotional labor and their burnout and work engagement: A meta-analytic review. Educational Research Review, 28: 100283. https://doi.org/10.1016/j.edurev.2019.100283
Yusoff, N. M., & Hashim, H. (2020). Integrasi TPACK dalam kalangan guru sekolah menengah Malaysia: Cabaran dan strategi. Malaysian Journal of Learning and Instruction, 17(2): 65-90. https://doi.org/10.32890/mjli2020.17.2.3
Zainudin, S. A., & Abu Bakar, K. 2021. Sikap Guru Prasekolah Terhadap Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi di Prasekolah Pedalaman Daerah Baram. BITARA International Journal of Civilizational Studies and Human Sciences, 4(4): 115–123.
Zalika Adam, Kassim, F., & Salleh, M. J. 2009. Memperkasakan pendidikan luar bandar. Prosiding Persidangan Kebangsaan Pendidikan Luar Bandar 2009, 3–5 Februari, Kota Kinabalu, Malaysia, hal. 1-11.