KEFAHAMAN DAN PELAKSANAAN SOLAT DHUHA OLEH GURU-GURU SEKOLAH ISLAM SRI AYESHA [UNDERSTANDING AND IMPLEMENTATION OF DHUHA PRAYER BY TEACHERS OF SEKOLAH ISLAM SRI AYESHA]
Keywords:
solat Dhuha, kefahaman, pelaksanaan, guru, pelajar, akhlak, Dhuha prayer, understanding, implementation, teachers, students, characterAbstract
Abstrak: Pelaksanaan ibadah dalam kalangan guru boleh menjadi ikutan kepada pelajar, terutama sekali yang berkaitan dengan ibadah sunat. Guru berperanan mendidik pelajar agar memiliki akhlak mulia serta menjadi teladan yang positif bagi mereka. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis kefahaman dan pelaksanaan guru-guru Sekolah Islam Sri Ayesha terhadap solat Dhuha. Metodologi kajian yang digunakan adalah berbentuk kuantitatif dengan membuat instrumen soal selidik terhadap sampel soal selidik yang diambil daripada kalangan para guru Sekolah Islam Sri Ayesha. Jumlah responden kajian adalah seramai 30 orang. Kajian mendapati sebilangan besar guru-guru Sekolah Islam Sri Ayesha mempunyai kefahaman yang baik terhadap solat Dhuha namun demikian mereka tidak menterjemahkan kefahaman tersebut untuk mengerjakannya secara konsisten. Secara keseluruhannya, kefahaman para guru Sekolah Islam Sri Ayesha agak baik. Namun begitu terdapat segelintir yang perlu diperbaiki kefahaman mereka. Hal ini kerana solat sunat Dhuha dilihat sama seperti solat-solat sunat yang umum.Walaupun begitu, terdapat juga para guru yang masih belum lagi memahami dengan sempurna ibadah solat sunat Dhuha. Majoriti kalangan mereka mengerjakan solat sunat Dhuha secara bersendirian berbanding berjemaah bersama murid-murid. Mereka juga bukan hanya menunaikannya ketika berada di sekolah sahaja, bahkan ketika berada di rumah dan juga selain daripada sesi persekolahan. Justeru perlu diadakan dan diwujudkan usaha dan kaedah untuk memberi kefahaman kepada mereka. Manakala daripada sudut pengamalan solat Dhuha pula, kebanyakan para guru tidak konsisten menunaikan solat Dhuha setiap hari. Guru adalah model kepada anak murid dan mereka perlu menunjukkan contoh tauladan dan menggalakkan pelajar untuk kearah kebaikan.
Abstract: The practice of worship among teachers can serve as a model for students, especially regarding voluntary (sunnah) worship. Teachers play a role in educating students to possess noble character and serve as positive role models for them. This study aims to analyze the understanding and implementation of Dhuha prayer among teachers at Sekolah Islam Sri Ayesha. The research methodology employed is quantitative, using a questionnaire instrument administered to a sample of teachers from Sekolah Islam Sri Ayesha. The total number of respondents in the study is 30. The study found that the majority of teachers at Sekolah Islam Sri Ayesha have a good understanding of the Dhuha prayer. However, they do not consistently translate this understanding into consistent practice. Overall, the teachers' understanding of the Dhuha prayer is quite good, although there are a few who need improvement. This is because the Dhuha prayer is perceived similarly to other general voluntary prayers. Nevertheless, there are also teachers who do not yet fully understand the practice of the Dhuha prayer. Most of them perform the Dhuha prayer individually rather than congregationally with students. Additionally, they do not only perform it at school but also at home and outside of school sessions. Therefore, efforts and methods to provide better understanding to them are needed. As for the practice of the Dhuha prayer, most teachers do not consistently perform it daily. Teachers are role models for students, and they need to demonstrate good examples and encourage students toward goodness.
References
‘Abd al-Rahman al-Jaza’iri. 2011. Fiqh 4 Mazhab. Johor Bahru: Perniagaan Jahabersa.
Ahmad Munawar & Mohd Nor Shazihan. 2020. Mengenali Kuantitatif dan Kualitatif Dalam Penyelidikan Pengajian Islam. Selangor: Penerbit FPI Universiti KebangsaanMalaysia.
Fadzil Hj. Ahmad. Hidup Ibadat. Kedah: D7 Dagang Sdn Bhd.
Fathuri Salehuddin. 2012. Mudahnya Menjemput Rezeki. Kelantan: Fathuri Salehuddin.
Ismail Kamus & Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid. 2009. Indahnya Hidup Bersyariat. Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn Bhd.
Kandiri Arfandi. 2021. Guru Sebagai Model dan Tauladan Dalam Meningkatkan Moralitas Siswa. Edupedia, 6(1).
Khairulhelmi Katip, Sulaiman Shakib Mohd. Noor & Ahmad Marzuki Muhamad. Elemen Penilaian Amalan Qudwah Hasanah Guru Pendidikan Islam Menurut Perspektif Murid. Fakulti Tamadun Islam, Universiti Teknologi Malaysia.
Khalid Al-Husainan. 2014. Lebih Dari 1000 Amalan Sunnah Dalam Sehari Semalam. t.tp.: Pustaka Imam Asy-Syafi’i.
Mohamad Razif Mohamad Fuad. 2013. Tip Sebagai Muslim Bertakwa. Selangor: Must Read Sdn Bhd.
Muhammad Hafiy Abdul Rashid & Mumtazah Narowi. 2021. Pengamalan Sunnah Dalam Kalangan Pelajar Islam Di Fakulti Pendidikan Dan Sains Sosial Di Universiti Selangor. International Conference And Muktamar On Prophetic Sunnah (ICMAS 2021).
Mustafa al-Khin, Mustafa al-Bugha dan ‘Ali al-Sharbaji. 2008. Kitab Fikah Mazhab Syafie. Kaherah: Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir.
Nadwa Farhana Lubis Ganden Lubis & Mohd Hasbie al-Shiddieque Hamad. (2018). Perspektif Solat Sunat Dhuha Di Kalangan Pelajar KUIS. Selangor: Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.
Nik Azran Muhamed & Warnidah Wan Abdul Razak. 2006. Panduan Lengkap Kehidupan Muslim. Kaherah: Persekutuan Republik Arab Melayu Mesir.
Ramli Awang & Rosmaziah Abdul Kadir @ Ismail. Amalan Solat Sunat Di Kalangan Pelajar Tahun Akhir SPI. Satu Kajian Di Universiti Teknologi Malaysia. Fakulti Pendidikan: Universiti Teknologi Malaysia
Siti Zaleha Ibrahim, Dr. Noraini Mohamad. 2023. Pelaksanaan Solat Sunat Dalam Kalangan Mahasiswa Institusi Pengajian Tinggi. International Conference on Syariah & Law 2023 (ICONSYAL 2023).
Wan Shuhairi Wan Mohamad. 2013. Doa Murah Rezeki. Selangor: PTS Islamika Sdn Bhd.
Wan Suhairi Wan Mohamad. 2015. Mulakan Kerja Dengan Doa. Selangor : PTS Islamika Sdn Bhd
Zetty Nurzuliana Rashed, Mariam Abd.Majid, Sahlawati Abu Bakar, Suriani Sudi, Wan Ramizah Hasan & Muhammad Yusuf Marlon Abdullah. 2015. Amalan Pengajaran Guru Tilawah Al-Quran: Kajian Kes Di Maahad Tahfiz Sains Negeri Selangor. Tinta Artikulasi Membina Ummah 1(1): 77-86
Zulkifli Mohamad al-Bakri. 2015. Al-Fiqh al-Manhaji: Ibadat Dalam Fiqh Al-Shafi’i. Selangor: Darul Syakir Enterprise.