PENGARUH SISTEM PENYUSUNAN TAKWIM HIJRI OLEH SYEIKH TAHIR JALALUDDIN DALAM NASKHAH NATIJAH AL-‘UMUR (1355H/1936M) [THE INFLUENCE OF THE HIJRI CALENDAR COMPILATION SYSTEM BY SYEIKH TAHIR JALALUDDIN ON NATIJAH AL-‘UMUR -1355H/1936M]
Keywords:
Takwim Hijri, Syeikh Tahir Jalaluddin, Natijah al-‘Umur, Hisab Istilahi, Astronomi, Hijri calendar, Syeikh Tahir Jalaluddin, Natijah al-‘Umur, hisab istilahi, astronomyAbstract
Abstrak: Syeikh Tahir Jalaluddin merupakan seorang ulama falak dari kelompok Minangkabau di Nusantara yang banyak berjasa dalam perkembangan ilmu falak di Malaysia. Beliau telah menghasilkan pelbagai naskhah falak ketika menetap di Perak termasuklah Natijah al-‘Umur pada tahun 1355H/1936M. Naskhah ini dikarang bagi menghasilkan susunan takwim yang berkekalan mengikut peredaran Matahari. Naskhah dinamakan Natijah al-‘Umur kerana mengumpulkan “Pendapat kiraan bagi kegunaan orang Islam selama hidup”. Artikel ini dibincangkan bagi mendedahkan asas takwim Hijri dan pengaruh dalam sistem penyusunan takwim oleh Syeikh Tahir Jalaluddin. Metodologi kajian berdasarkan kajian perpustakaan dengan mengumpulkan data dari naskhah, jurnal, dokumen dan buku yang berkaitan. Kajian ini mendapati bahawa naskhah Natijah al-‘Umur telah menggunakan asas dan kaedah tertentu bagi menyusun takwim selama 210 tahun bermula 1261H hingga 1470H. Namun kenyataan terakhir telah menyatakan asas yang terdapat dalam naskhah ini adalah tarikh Hijri berdasarkan hisab istilahi hanya bagi kegunaan am dan tidak boleh digunakan bagi penentuan awal Ramadan, Syawal dan Zulhijah.
Abstract: Syeikh Tahir Jalaluddin is an astronomy scholar from Minangkabau in Nusantara who was contributed the development of astronomy in Malaysia. He was produced various astronomical manuscripts while living in Perak including Natijah al-'Umur on 1355H/1936AD. This manuscript was composed to produce a Hijri calendar arrangement according to the circulation of the sun. The manuscript was named Natijah al-'Umur because it gathers "counting opinions for the use of Muslims during life". This article is discussed to reveal the basis of the Hijri calendar and the influence in the system by Syeikh Tahir Jalaluddin. The research methodology is based on library research by collecting data from related manuscripts, journals, documents and books. This study was founded that the Natijah al-'Umur manuscript was used certain principles and methods to arrange the Hijri calendar for 210 years from 1261H to 1470H. However, the last statement from this manuscript was stated that the Hijri calendar system arrangement was used for general religion cases and can’t be used to determine the beginning of Ramadan, Syawal and Zulhijah.
References
Ahmad, N. M. R. N. & Mustaffa, Z. 2011. Muhammad Tahir Jalaluddin. In Ilmuwan Nusantara: Mutiara Ilmu Tanah Serumpun. t.tp.: PTS Islamika.
Al-Bukhari, A. A. M. 1893. Sahih Bukhari. t.tp.: Matba'ah al-Kubra al-Amiriyah.
Al-Falaki, M. M., & Basyi, A. Z. Y. 1893. Kitab al-Hidayah al-'Abasiyyah fi al-Tawarikh al-Falakiyah. t.tp.: Matba'ah al-Amiriyah.
Al-Quran, L. P. M. 2007. Al-Quran al-Karim dengan resam al-'Uthmani. t.tp.: Pustaka Darul Iman Sdn. Bhd.
Azra, A. 2013. Jaringan Ulama Timur Tengah dan Kepulauan Nusantara Abad XVII & XVIII. t.tp.: Prenada Media Group.
Fadhilah, L. N., & Putra, M. a.-F. 2019. Nabi Idris dalam Kajian Sejarah Ilmu Falak. Ulul Albab: Jurnal Studi dan Penelitian Hukum Islam 2(2): 115-131.
Fathaniyah, K. 2019. Himpunan Kitab Karya Syeikh Abdul Rahman Gudang al- Fatani (Koleksi Haji Wan Mohd Saghir Wan Abdullah). t.tp.: Khazanah Fathaniyah.
Gonzalez, W. S. 2020. Tabular Islamic Calendar.
Ilyas, A. F. 2022. Warisan Keilmuan Ulama Alam Melayu. t.tp.: Kafilah Buku Sdn. Bhd.
Mat, I. 1993. Syekh Tahir Jalaluddin. In Ulama Silam Dalam Kenangan. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Nuruddin, H. U. I. 1924. Miftah al-Ta'lim Khazanah Fathaniyah. t.tp.: t.pt.
Putra, A., & Ahmad, C. 2011. Bibliografi Karya Ulama Minangkabau Awal Abad XX: Dinamikan Intelektual Kaum Tua dan Kaum Muda. t.tp.: Komunitas Suluah.
Rauf, F. 1977. Jasa Ahli Falak Terkenal Dikenang. Utusan Zaman, 4.
Zainal, B. 2007. Perkembangan Asas-asas Takwim di Alam Melayu. Jurnal Kesturi 17(1&2):18-36.
Zainal, B. 2016. Pentahkikan Naskhah Falak Alam Melayu. Selangor: Jabatan Mufti Selangor.