ISU DAN CABARAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN JAWI DI SEKOLAH [ISSUES AND CHALLENGES IN TEACHING AND LEARNING JAWI IN SCHOOLS]

Authors

  • Siti Nur Aisyah Mohd Razali Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Mohd Isa Hamzah Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Keywords:

Tulisan jawi, Pendidikan islam, isu, cabaran, pengajaran dan pembelajaran, Jawi script, Islamic education, issues, challenges, teaching and learning

Abstract

Abstrak: Tulisan Jawi telah dipinggirkan dalam mengikuti arus kemodenan ini dalam komuniti terutamanya di kalangan pelajar sekolah. Proses pengajaran dan pembelajaran menunjukkan kelemahan pelajar dalam penggunaan bahasa Jawi. Keperluan dan kepentingan kelangsungan perjuangan ini memerlukan usaha untuk memartabatkan tulisan jawi. Pelajar yang tidak boleh menulis Jawi menghalang proses pengajaran, guru dalam subjek Pendidikan Islam di mana mereka lebih gemar menggunakan tulisan rumi. Tulisan Jawi adalah tulisan yang penting dalam pendidikan Islam di Malaysia. Tulisan Jawi Zaaba adalah salah satu daripada pelbagai jenis tulisan Jawi yang mendominasi sistem ejaan Jawi pada abad ke-21. Jadi, peranan guru untuk mengekalkan tulisan Jawi dan meningkatkan kemahiran membaca dan menulis Jawi adalah penting. Dapatan kajian adalah berdasarkan sorotan kajian lepas. Pembelajaran Jawi memberikan impak yang positif kepada guru serta murid di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, kertas konsep ini akan membincangkan beberapa isu dan cabaran pengajaran dan pembelajaran jawi di sekolah serta cadangan untuk menangani masalah-masalah tersebut.

Abstract: Jawi script has been marginalized in following the modern trend in the community, especially among school students. The teaching and learning process shows the weakness of students in using the Jawi language. The need and importance of continuing this struggle requires efforts to elevate Jawi script. Students who cannot write Jawi hinder the teaching process, teachers in the subject of Islamic Education where they prefer to use Roman script. Jawi script is an important script in Islamic education in Malaysia.. Zaaba Jawi script is one of the various types of Jawi script that dominate the Jawi spelling system in the 21st century. So, the role of teachers in maintaining Jawi script and improving Jawi reading and writing skills is important. The study findings are based on the highlights of previous studies. Learning Jawi has a positive impact on teachers and students in teaching and learning sessions. Therefore, this concept paper will discuss several issues and challenges in teaching and learning Jawi in schools as well as suggestions to address these problems.

References

Abd Hamid, S., Mohamad, A. M., & Ahmad, A. 2001. Statistik Penguasaan Jawi Dalam Kalangan Murid Sekolah Rendah Agama. International Journal of Humanities Technology and Civilization 2: 50-63.

Ahmad, S., Othman, H., Afkari, R., Rusdi, M., & Rahim, M. H. A. 2018. Tinjauan terhadap cabaran semasa tulisan Jawi sebagai warisan masyarakat peradaban bangsa Melayu. Journal of Techno-Social 10(1): 57-62

Ahmad, S., Othman, H., Afkari, R., Rusdi, M., & Rahim, M. H. A. 2012. Cabaran semasa tulisan Jawi sebagai warisan masyarakat peradaban bangsa Melayu. Journal of Techno-Social 4(2): 81-88.

Amrina Kamaruzaman & Nik Abdullah, Nik Md Saiful Azizi. 2019. Penulisan Jawi dalam Mata Pelajaran Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah di Peringkat Menengah; Isu dan Cabaran. Jurnal Kias 14: 1-20.

Azrizan Abu Bakar. 2022. Cabaran Tulisan Jawi Dalam Revolusi Industri 4.0. Prosiding Kolokium STREM PdPc, hal. 1-9

Ibrahim, R., Embong, R., Kadir, F. K. A., & Hashim, H. A. 2019. Pemerkasaan tulisan Jawi dahulu dan kini. BITARA International Journal of Civilizational Studies and Human Sciences 2(1): 29-37.

Mesman, N. S., Majid, Z. A., & Harun, D. M. 2022. Cabaran Dan Peranan Ibu Bapa Dalam Memperkasakan Pembelajaran Jawi Semasa Pandemik Covid-19. Jurnal Dunia Pendidikan 4(2): 1-12.

Mohamad, N. F. D., & Baharudin, H. 2023. Cabaran Guru Kelas Agama Fardu Ain Sekolah Rendah Agama Dalam Pembelajaran Tulisan Jawi. Tinta Artikulasi Membina Ummah 9(1): 59-69.

Nahar, N., & Safar, J. 2016. Amalan pengajaran Jawi dalam pendidikan masa kini: Suatu Tinjauan. Tinta Artikulasi Membina Ummah 2(2): 70-85.

Saimon, A., Fauzi, S. N. S. M., Zafri, N. Z., Ibrahim, N. A. I., & Abd Halim, N. A. 2023. Tahap penguasaan Tulisan Jawi dalam kalangan murid tahun 4 di sekolah Kota Raja, Panchor, Muar, Johor. PENDETA 14(2): 71-82.

Tamyis, M. M., Suppian, Z., Ghazali, N. H. C. M., & Sathianarayanan, P. 2022. Pelaksanaan Kurikulum Jawi di Sekolah Rendah: Suatu Penilaian Input: Implementation of Jawi Curriculum in Primary Schools: An Input Evaluation. PENDETA 13(2): 13-24.

Yusuf, N., Hassan, M. S., Lokman, T. M. W., & Mustaffa, F. 2021. Pembingkaian akhbar online mengenai isu bantahan pembelajaran tulisan Jawi di sekolah vernakular di Malaysia. Jurnal 'Ulwan 6(1): 95-109.

Downloads

Published

2024-12-30