PENGGUNAAN BILINGUAL BAHASA ARAB DAN MINAT MURID DALAM SUBJEK USULUDDIN DI SABK MELAKA TENGAH [THE USAGE OF BILINGUAL ARABIC LANGUAGE AND STUDENT’S INTEREST IN THE SUBJECT OF USULUDDIN AT SABK SCHOOL IN MELAKA TENGAH]
Keywords:
Bahasa, Arab, Usuluddin, Bilingual, KBD, SABK, Language, Arabic, Usuluddin, Bilingual, KBD, SABKAbstract
Abstrak: Penggunaan bilingual Bahasa Arab di dalam subjek Usuluddin telah dilaksanakan di sekolah-sekolah SABK seluruh Malaysia sejak tahun 2015. Pelaksanaannya telah menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan pihak terlibat. Tujuan penulisan ini dilakukan untuk melihat pelaksanaan pembelajaran subjek Usuluddin di dalam Bahasa Arab serta hubungkait antara penguasaan Bahasa Arab dan minat murid terhadap subjek berkenaan di SABK Daerah Melaka Tengah. Ia berikutan himpunan kajian berkaitan pembelajaran menggunakan bahasa pengantar Bahasa Arab bagi subjek-subjek khusus dalam kalangan murid-murid di SABK yang terhad. Bagi mengisi kelompongan sedia ada, kajian kali ini memberi penekanan berkenaan penggunaan bilingual Bahasa Arab bagi subjek Usuluddin KBD. Kajian dilakukan untuk mengetahui secara lebih terperinci bagaimana respon murid-murid terhadap isu berkenaan seterusnya membuat kesimpulan yang tepat berdasarkan kajian yang dijalankan. Seramai 156 orang responden telah menyertai kajian ini dengan mengisi borang soal selidik yang diedarkan secara maya. Mereka yang terlibat adalah murid-murid di Sekolah Menengah Agama JAIM Al Ahmadi yang terletak di Daerah Melaka Tengah, Melaka sesuai dengan lokasi kajian yang dipilih. Dapatan kajian menunjukkan tahap penguasaan Bahasa Arab murid dan minat mereka terhadap subjek Usuluddin berada pada tahap sederhana. Manakala dapatan ujian korelasi juga menunjukkan bahawa terdapat hubungan antara kedua-dua pemboleh ubah.
Abstract: The usage of bilingual Arabic Language in the Usuluddin subject has been implemented in SABK schools across Malaysia since 2015. Its implementation has sparked various reactions among the involved parties. The purpose of this writing is to examine the implementation of the Usuluddin subject learning in the Arabic Language and the correlation between Arabic Language proficiency and students' interest in the subject at SABK in the Melaka Tengah District. This follows a collection of studies related to learning using Arabic as the medium of instruction for specific subjects among students in SABK. This research fills the previous gap by emphasizing the study of the use of bilingual Arabic for the Usuluddin subject. The research examines in detail how students respond to the issues and draws accurate conclusions based on that. A total of 156 respondents participated in this study by completing an online questionnaire. The participants were students at Sekolah Menengah Agama JAIM Al Ahmadi an SABK school located in Melaka Tengah District, Melaka corresponding to the chosen research location. The research findings indicate that the Arabic Language proficiency of students and their interest in the Usuluddin subject are at a moderate level. Furthermore, the correlation test results also show that there is a relationship between both variables.
References
Apriatin, F., Ermiana, I. & Setiawan, H. 2021. Pengaruh Buku Cerita Bergambar Terhadap Kemampuan Membaca Pemahaman Dalam Pembelajaran Bahasa Indonesia Siswa Kelas Iii Sdn Gugus 04 Kecamatan Pujut. Renjana Pendidikan Dasar 1(2): 77-84.
Ayu, P. E. S. 2020. Pentingnya Pemahaman Bahasa Tubuh Bagi Para Guru Pendidikan Anak Usia Dini. Purwadita: Jurnal agama dan budaya 3(2): 29-36.
Baba, R., Omar, M. N., Nor, N. Z. M., & Hassan, J. 2021. Permasalahan Pencapaian Akademik Sekolah Rendah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Di Melaka. Jurnal 'Ulwan 6(3): 261-270.
Che Mohd Zaid, Zawawi Ismail, Mohammad Ibrahim Al Jarrah, Mohammad Rusdi Ab Majid, Mohd Ala-uddin Othman & Abdul Wahid Salleh. 2019. Bi’Ah Lughawiyyah Dan Pencapaian Pelajar Di Universiti Awam Malaysia: Peranan Sikap Pelajar Sebagai Mediator Bi’Ah Lughawiyah and Achievement of Students At Malaysian 4(2): 70–100.
Fadzil, N. A. & Jaafar, N. 2019. Sikap Pelajar Sekolah Menengah Arab Jabatan Agama Islam Melaka Terhadap Pembelajaran Bahasa Arab. Persidangan Antarabangsa Sains Sosial Dan Kemanusiaan Kali Ke-4 (PASAK 4 2019), hal. 191.
Ghani, K. A. 2020. Pengajaran Mata Pelajaran Agama Berasaskan Bahasa Arab Dalam Kurikulum Bersepadu Dini.
Husaini, M. H., Yusoh, A. M., Mat Ali, A., Mohd Pisol, M. I., Mat Razali, A. S., Mat Saad, D.U & Rani, J. 2018. Kurikulum Bersepadu Dini: Pelaksanaan dan cabaran. In 4th International Conference on Islamiyyat Studies, hal. 913-921.
Ishak, M. F., Sabilan, S., Lip, S. M., & Rashed, Z. N. 2018. Penilaian Pelaksanaan Bidang Usuluddin Dalam Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). International Research Management & Innovation Conference, November.
Kementerian Pendidikan Malaysia. 2016. Dokumen Standard Kurikulum Usuluddin Kurikulum Bersepadu Dini. Bahagian Pembangunan Kurikulum. Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia. 2017. Dasar Pendidikan Kebangsaan. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. Kementerian Pendidikan Malaysia.
Korompot, S., Rahim, M., & Pakaya, R. 2020. Persepsi Siswa Tentang Faktor Yang Mempengaruhi Minat Belajar. JAMBURA Guidance and Counseling Journal 1(1): 40-48.
Maimun Aqsha Lubis, Zaffi Alias & Hanis Najwa Shaharuddin. 2014. Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab dalam Kurikulum Bu’uth Al-Azhar di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Jurnal Pendidikan Malaysia 39(1): 51-61.
Mohamad Fuad Ishak, Sapie Sabilan, Suhana Mohamed Lip & Zetty Nurzuliana Rashed. 2018. Penilaian Pelaksanaan Bidang Usuluddin Dalam Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). International Research Management & Innovation Conference (November).
Mohd Majid Konting. 1993. Kaedah penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mumpuni, A., & Nurbaeti, R. U. 2019. Analisa faktor yang mempengaruhi minat baca mahasiswa PGSD. DWIJA CENDEKIA: Jurnal Riset Pedagogik 3(2): 123-132.
Nurul Iman Ridzuan & Harun Baharudin. 2021. Hubungan antara Persekitaran Prasarana Bahasa Arab Dengan Tahap Komunikasi Bahasa Arab Pelajar. International Seminar of Tarbiyah, hal. 16-26.
Sopian, A., Ahmad, S., & Bakar, K. A. 2013. Penguasaan dan Permasalahan Pelajar Terhadap Pengajian Ilmu Balaghah: Satu Tinjauan Awal/Mastery and Problem of Students Against the Balaghah Studies: A Preliminary Survey. Islamiyyat 35(1): 93.