PENGGUNAAN TEKNOLOGI AUGMENTED REALITY DALAM PENGAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN BIDANG TAMADUN ISLAM [THE USE OF AUGMENTED REALITY TECHNOLOGY IN TEACHING AND FACILITATING THE FIELD OF ISLAMIC CIVILIZATION]
Keywords:
Augmented Reality, ICT, Pendidikan Islam, PdPc, Augmented Reality, ICT, Islamic Education, PdPcAbstract
Abstrak: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melaksanakan penambahbaikan dalam penggunaan buku teks dengan menerapkan elemen interaktif teknologi “Augmented Reality” (AR) agar dapat membantu guru mempelbagai teknik pengajaran selaras dengan Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21). Teknologi AR dijangka dapat menarik minat dan penglibatan pelajar dalam aktiviti pembelajaran dan membolehkan para pengguna melihat persekitaran sebenar di dunia nyata dengan maklumat digital yang bertindih. Penulisan ini bertujuan untuk mengenal pasti perbezaan signifikan di antara skor Kumpulan Kawalan dan juga Kumpulan Rawatan dalam ujian pasca terhadap penggunaan teknologi AR. Ia adalah bertujuan untuk mengetahui keberkesanan penggunaan bahan bantu mengajar berasaskan teknologi AR dalam Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) bidang Tamadun Islam. Penulisan ini adalah berbentuk kuasi-eksperimen. Ujian pasca sekali pengukuran akan digunakan ke atas pemboleh ubah bersandar. Selain itu, kajian ini juga menggunakan instrumen soal selidik berdasarkan skala lima likert bagi mendapatkan maklumat mengenai persepsi pelajar setelah menggunakan bahan bantu belajar berteraskan AR dalam pembelajaran bidang Tamadun Islam. Data utama dalam kajian ini diproses dengan menggunakan program Pakej Statistik untuk Sains Sosial (SPSS) versi 20 dan dianalisis secara deskriptif. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara markah ujian pasca kumpulan kawalan dan rawatan. Selain itu, persepsi pelajar terhadap pengaplikasian AR dalam mata pelajaran Pendidikan Islam bidang Tamadun Islam berada pada tahap yang tinggi. Melalui penulisan ini diharapkan dapat membantu para pendidik menghasilkan bahan bantu mengajar yang bervariasi dan mempelbagaikan kaedah pengajaran dalam bidang Tamadun Islam Sekolah Menengah selain dari kaedah bercerita, gamifikasi dan aktiviti dalam kumpulan. Dengan penguasaan pelajar dalam bidang Tamadun Islam akan membentuk generasi muda yang memiliki akhlak terpuji dengan mengamalkan nilai-nilai murni yang terdapat dalam ketamadunan Islam untuk membina masyarakat yang madani.
Abstract: The Malaysian Ministry of Education (KPM) has implemented improvements in the use of textbooks by applying interactive elements of "Augmented Reality" (AR) technology in order to help teachers diversify teaching techniques in line with 21st Century Learning (PAK21). AR technology is expected to attract students' interest and involvement in learning activities and allow users to see the real environment in the real world with overlapping digital information. This writing aims to identify significant differences between the scores of the Control Group and the Treatment Group in the Post-test on the use of AR technology. It aims to find out the effectiveness of using teaching aids based on AR technology in Teaching and Facilitation (PdPc) in the field of Islamic Civilization. This writing is quasi-experimental. A one-time post-test will be used on the dependent variable. In addition, this study also used a questionnaire instrument based on a five-point likert scale to obtain information about students' perceptions after using learning aids based on AR in learning the field of Islamic Civilization. The main data in this study were processed using the Statistical Package for Social Sciences (SPSS) program version 20 and analyzed descriptively. The results of the study found that there was a significant difference between the post-test scores of the control and treatment groups. In addition, students' perception of the application of AR in Islamic Education subjects in the field of Islamic Civilization is at a high level. Through this writing it is hoped to help educators produce varied teaching aids and diversify teaching methods in the field of Middle School Islamic Civilization apart from storytelling, gamification and group activities. With the mastery of students in the field of Islamic Civilization will form a young generation that has commendable morals by practicing the noble values found in Islamic civilization to build a civilized society.
References
Amirah Syafiqah Anuar & Khadijah Abdul Razak. 2022. Penggunaan “Augmented Reality” di Dalam Pengajaran Sirah [Application of “Augmented Reality” in Teaching Sirah]. International Journal of Advanced Research in Islamic Studies and Education (ARISE) 2(2): 56-67.
Abdul Munir Ismail. 2018. Strategi Pengajaran Pendidikan Islam di Sekolah Menengah Daerah Besut, Terengganu. Jurnal Perspektif 10(2): 11-21.
Ahmad Shafie Mohamad & Khadijah Abdul Razak. 2019. Gamifikasi Quizizz dalam Pembelajaran Bidang Sirah dan Tamadun Islam Menengah Rendah. Prosiding Seminar Kebangsaan Pendidikan Negara ke 6.
Aizan binti Ali @ Mat Zin & Murni Buchik. 2017. Isu dan cabaran pendidikan remaja Muslim di Malaysia. Journal of Al-Tamaddun 12(2); 41-49.
Bless, C., & Higson-Smith, C. 2000. Fundamentals of Social Research Methods: An African Perspective. Cape Town: Juta and Company.
Che Suriani Kiflee, Maimun Aqasha Lubis & Siti Aishah Hassan. 2014. Keruntuhan Akhlak Dan Moral Penyebab Kejatuhan Tamadun Islam. The 5th International Conference of ASEAN Studies, hlm. 165-174.
Chua, Y. P. 2014. Asas Statistik Penyelidikan: Kaedah dan Statistik Penyelidikan (Edisi ke 3). Kuala Lumpur, Malaysia: McGraw Hill
Cohen, J. 1988. Statistical power analysis for the behavioral sciences (2nd ed.). Hillsdale, NJ: Lawrence Earlbaum Associates. Dunlop, W. P., Cortina, J. M., Vaslow, J. B., &Burke, M. J. (1996). Meta-analysis
Danakorn Nincarean, Mohamad Bilal Alia & Noor Dayana Abd Halima. 2013. Potensi Teknologi Augmented Reality dalam Pembelajaran Sains: Satu Tinjauan Terhadap Penyelidikan Lepas. 2nd International Seminar on Quality and Affordable Education, hlm. 326-336.
Farhana Nor Shuhada Muhammad Pozi & Fariza binti Khalid. 2017. Kesan Teknologi Augmented Reality Dalam Pendidikan terhadap Peningkatan Motivasi Pelajar. Proceeding of International Conference on Global Education, hlm. 1200-1209.
Fathi Abdullah & Khadijah Abdul Razak. 2021. Tahap Minat dan Penerimaan Pelajar Terhadap Gamifikasi dalam bidang Sirah. Journal of Quran Sunnah Education and Special Needs (5).
Izziah Suryani Mat Resad @ Arshad, Ermy Azziaty Rozali & Azmul Fahimi Kamaruzzaman. 2011. The importance of learning islamic history and civilization of Malaysia in the building of human capital and identity of the muslim society in Malaysia. Prosiding Kongres Pengajaran & Pembelajaran UKM2011
Mohd Firdaus Yahaya & Hafizhah Zulkifli. 2021. Kesan Augmented Reality Ke Atas Sikap Dan Minat Serta Motivasi Pelajar Dalam Subjek Akhlak. Prosiding Seminar Kebangsaan Pendidikan Negara (SKEPEN) ke-7, Sept 2021, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Malaysia.
Fitri Nurul’Ain Nordin, Abdul Azim M.I, Muhamad Zaidi Z., Hazrati Yahya & Muhamad Zhafri M.N. 2022. AR-Learn Model: Model Pembinaan Aplikasi Pembelajaran berteraskan Augmented Reality (AR). Jurnal Sultan Alauddin Sulaiman Shah 9(1): 31-43.
Johaniff, N. A. ., Mat Noor, S. F., Mohamed, H., & Ramli, R. 2022. Permainan Maya Berunsur Pendidikan Tamadun Abbasiyah: Abbasid Empire Virtual Game. E-Jurnal Penyelidikan Dan Inovasi 9(2): 88–101.
Johari Hassan & Fazliana Rashida. 2011. Penggunaan ICT Dalam Proses Pengajaran DanPembelajaran Di Kalangan Pendidik Fakulti PendidikanUniversiti Teknologi Malaysia Skudai, Johor. Journal of Technical, Vocational & Engineering Education 4: 22-37.
Khairi Jalalluddin, Khadijah Abdul Razak & Maimun Aqsha Lubis. 2019. Pendidikan Akidah Asas Pembinaan Tamadun Islam Di Malaysia. The 12th International Workshop and Conference of Asean Studies in Islamic and Arabic Education, Linguistics, Social Sciences and Educational Technologies.
Lia Litosseliti. 2010. Research methods in linguistics. New York. Continuum International Publishing Group.
Mohammad Ali. 2008. Sumbangan Tamadun Islam Dalam Kehidupan Masyarakat Di Alam Melayu Hingga Abad Ke-17 M. Journal of Al-Tamaddun 3(1): 68–84.
Mohd Affandi Mohd Yusuf & Nor Izani Abdullah. 2022. Siyasah Syar’iyyah: Kajian Konsep Berdasarkan Sirah Dan Sejarah Ketamadunan Islam. International Journal 0f Al-Quran And Knowledge 2(1): 109-126.
Mohd Asnorhisham Adam & Abdul Rahim Hamdan. 2017. Pendekatan Pengajaran Secara Berkumpulan Dalam Program Pemulihan Khas Bahasa Melayu (Group Teaching Approach In The Malay Language Special Remedial Program). Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu 7(1): 66-73.
Muhammad Nazmi Bin Mohd Jamil Aris & Fadzillah Binti Abd Aziz. 2021. Mobile App: Pendidikan Islam SPM Sirrah dan Tamadun (Khulafa’ Ar-Rasyidin). Journal of Computing Technologies and Creative Content 6(1): 7-11.
Muhammad Zulazizi, Azmil Hashim, & Norhisham Muhammad. 2020. Integrasi Penggunaan Teknologi Pelbagai Media oleh Guru Pendidikan Islam di Maahad Yayasan Islam Kelantan. Jurnal Sains dan Pendidikan Teknikal (1)1: 73-88.
Nabila Nor Azman & Abdul Razaq Ahmad. 2021. Penghayatan Nilai Tamadun Islam dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Agama dan Sekolah Menengah Harian. 2nd International Multidisciplinary Conference on Education, Social Science and Technology. 6 Februari
Nur Afiqah Jabaruddin & Isa Hamzah. 2020. Kegemilangan Tamadun Islam Andalus Panduan Pembentukan Modenisasi Masyarakat Islam. Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan Ke-5, 24 & 25 November.
Nurul Eeffah Awang. 2016. Pembentukan akhlak menurut Al-Ghazali dalam sistem pendidikan kini. Wacana Pendidikan Islam Siri ke 11 15-16 November 2016, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi, Selangor, hal. 613–626.
Noradilah Binti Aziz & Lai Wei Sieng. 2019. Impak Pendidikan Berasaskan Teknologi Terhadap Peningkatan Prestasi Pelajar di UKM. Jurnal Personalia Pelajar 22(1): 69-75.
Nor Hayati Talib, Bani Hidayat, Huzairi Awang, Hajarul Bahti, Nabiroh Kassim, Halim Tamuri. 2010. Pendidikan Tamadun Islam Dalam Menangani Berbilang Budaya di Malaysia, Satu Tinjauan. International Conference on Learner Diversity 182-192.
Ong, S. W. & Faridah Mydin Kutty. 2022. Potensi Penggunaan Augmented Reality dalam Meningkatkan Motivasi dan Penglibatan Murid Pemulihan dalam Aktiviti Penulisan. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH) 7(3).
Quintero J, Baldiris S, Rubira R, Cerón J & Velez G. 2019. Augmented Reality in Educational Inclusion. A Systematic Review on the Last Decade. Front. Psychol. 10:1835.
Roslinda Ramli, Siti Zaharah Mohid & Hafiza Abas. 2020. Potensi Teknologi Augmented Reality (AR) dalam Pembelajaran Tadabbur al Quran: Satu Tinjauan Terhadap Penyelidikan Lepas. Proceeding og ICITS 2020
Sidek Baba. 2006. Pendidikan Rabbani: Mengenal Allah Melalui Ilmu Dunia. Shah Alam. Karya Bestari Sdn. Bhd
Zulkifli Awang. 2012. Strategi Pengajaran Mata Pelajaran Pendidikan Jasmani Yang Berkesan. Tesis Sarjana, Universiti Malaya, Kuala Lumpur