MODEL KHATAM AL-QURAN j-QAF: PENGARUH TERHADAP IMPAK PEMBELAJARAN MURID DI NEGERI SABAH [KHATAM AL-QURAN j-QAF MODEL: INFLUENCE ON THE IMPACT OF STUDENT LEARNING IN THE STATE OF SABAH]
Keywords:
Model Khatam al-Quran j-QAF, Guru Pendidikan Islam, sekolah rendah, Sabah, Khatam al-Quran j-QAF Model, Islamic Education teacher, primary school, SabahAbstract
Abstrak: Pendidikan al-Quran di Malaysia merupakan satu keutamaan bagi murid yang beragama Islam. Murid yang beragama Islam di Sabah turut tidak terkecuali dalam mempelajari perkara yang berkaitan dengan al-Quran, khususnya dalam penerapan dan cara pembelajaran al-Quran yang menggunakan model j-QAF yang telah dilaksanakan dalam sekolah rendah. Perkara ini adalah untuk memastikan murid-murid dapat khatam al-Quran pada Tahun 6 atau lebih awal. Antara teknik yang sering digunakan untuk mengajari al-Quran kepada murid-murid adalah dengan mengikuti bacaan guru atau menerusi hafalan. Integrasi antara dua teknik ini juga dapat membantu murid untuk mudah mempelajari al-Quran serta memahami maksudnya. Status pembelajaran al-Quran di Sabah dilihat masih ketinggalan berbanding dengan pembelajaran al-Quran di Semenanjung Malaysia. Perkara ini adalah disebabkan beberapa faktor seperti kurang pendedahan terhadap ilmu agama serta kekurangan penggunaan teknologi. Impak Model Khatam al-Quran j-QAF dilihat sebagai satu nilai tambah terhadap pembelajaran murid sekolah rendah di negeri Sabah. Sukatan pembelajaran yang sesuai dan relevan dengan keperluan murid sekolah rendah dalam negeri Sabah dapat dilihat sebagai satu usaha untuk meningkatkan tahap penguasaan al-Quran sekaligus mempraktikkan kehidupan yang selari dengan agama Islam. Oleh itu, pengisian Model Khatam al-Quran j-QAF ini adalah sangat berkesan untuk menanam minat dan kesungguhan murid dalam mendalami pembelajaran al-Quran dan seterusnya mencuba untuk khatam sebelum naik ke sekolah menengah.
Abstract: Quranic education in Malaysia is a priority for Muslim students. Muslim students in Sabah are also no exception in learning matters related to the Quran, especially in the application and learning of the Quran using the j-QAF model that has been implemented in primary school. This is to ensure that the students can khatam al-Quran in Year 6 or earlier. Among the techniques that are often used to teach the Quran to the students is to follow the recitation of the teacher or through memorization. The integration between these two techniques can also help students to easily learn the Quran as well as understand its meaning. The status of Quran learning in Sabah is still lagging behind the learning of the Quran in Peninsular Malaysia. This is due to several factors such as lack of exposure to religious knowledge as well as lack of use of technology. The impact of the Khatam al-Quran j-QAF Model is seen as an added value to the learning of primary school students in the state of Sabah. Learning syllabus that is suitable and relevant to the needs of primary school students in the state of Sabah can be seen as an effort to increase the level of mastery of the Quran while practicing life in line with the Islamic religion. Therefore, the filling of the Khatam al-Quran j-QAF Model is very effective in inculcating the students' interest and determination in learning the Quran and thus trying to khatam before going to secondary school.
References
Amirah, M., Amal, A., A. Sri Wahyuni, A., & Imroatun, I. 2023. Penerapan Metode Tabarak dalam Menstimulasi Kemampuan Hafalan al-Quran di Taman Kanak-kanak Plus Qurthuba Makassar. Makassar: Universitas Negeri Makassar.
Colina, N., & Listiana, A. 2020. Al-Quran based Learning in Early Childhood Education. Advances in Social Science, Education and Humanities Research, 538: 19-22.
Hamdi, I., Mohd Hanafi, M., Mohd Faizulamri, M. S., & Sabri, M. 2019. Learning and Student's Achievement Factors in j-QAF Khatam al-Quran Model. Islamiyyat 4(2): 29-38.
Hisyam, A., Rasidi, M., Fadhly, M., & Ismail. 2023. A Study of the Effectiveness of Iqra' Comparing Methods of Baghdadi, al-Barqy and Abahata al-Jabari on Student Effectiveness in Pahang Town District. Jurnal al-Sirat 23(1): 25-41.
Ibn Jawi. 2023. Kitab Tamadun Islam (Vol. 1). Kuala Lumpur: Patriots Publishing.
Intan Nur Syuhada, H., & Zamri, M. 2021. Strategi Pengajaran dalam Talian yang Digunakan oleh Guru Bahasa Melayu dalam Meningkatkan Kemahiran Membaca Murid Sekolah Rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu 11(2): 54-67.
Kadir, P. M., Herawati, I., & Rukhyana, B. 2022. Pengajaran 3 Bahasa (Inggris-Arab-Jepang) di Madrasah Informal Kelurahan Cipadung Kecamatan Cibiru. Jurnal Pengabdian Masyarakat, 4(1): 71-76.
Kamarul Azmi, J., & Mohd Aderi, C. N. 2013. Sejarah, Kaedah serta Model Pengajaran dan Pembelajaran al-Quran. Bengkel Pemulihan dan Penggayaan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) al-Quran (hlm. 1-17). Kuala Lumpur: SRA JAWI.
KPM. 2015. Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Pendidikan Islam. Didapatkan dari Kementerian Pelajaran Malaysia: https://www.moe.gov.my/menumedia/media-cetak/penerbitan/dskp-kssr/1265-dskp-kssr-pendidikan-islam-tahun-6/file
Latipah, S., Muhamad Suhaimi, T., & Sabariah, S. 2021. Teaching and Faciliation (T&F) for Islamic Education Teachers in Sabah State's Primary Schools of Ministry of Education Malaysia during Movement Control Order (MCO) - Covid-19. Proceeding 3rd International Conference on Islamic Education Management. Bogor-West Java: Universiti Muhammadiyah Jakarta, hal. 24-31.
Mohd Hanafi, M., & Hamdi, I. 2016. Model Khatam al-Quran j-QAF: Pengaruh terhadap Impak Pembelajaran Murid. Jurnal al-Turath 1(2): 34-42.
Muhammad Zulazizi, M. N., Muhammad Amirul, M. N., Mohd Rashidi, O., & Norhisham, M. 2021. Pembacaan al-Quran dalam Pendidikan Masa Kini: Satu Tinjauan Umum. Jurnal al-Turath 6(1): 43-55.
Norhisham, M., Azmil, H., Wahyu Hidayat, A., Muhammad Akramin, K. Z., & Fatin Ardani, Z. 2019. Kaedah Talaqqi Musyafahah dalam Pengajaran al-Quran wa al-Hifz Kurikulum Dini SABK di Perak. International Journal of Education, Psychology and Counseling 4(32): 273-283.
Rosniati, H. 2019. The Improvement of Students' Competence in Islamic Education Programme through Tafsir al-Quran Activities. Khalifa: Journal of Islamic Education 3(1): 35-55.
Safarina, U., & Norshidah, M. S. 2018. Pelaksanaan Jawi, al-Quran, Bahasa Arab, Fardu Ain (j-QAF) dalam Program Pendidikan Khas Integrasi. Jurnal Ortopedagogia 4(1): 59-63.
Sapie, S., Barinah, I. S., Mohamad Fuad, I., & Siti Nga'ishah, M. 2018. Analisis Tahap Penguasaan Bacaan al-Quran Murid Tahun 5 Sekolah Kebangsaan Sungai Karang berdasarkan Model Khatam al-Quran dan Model Tasmik j-QAF. International Conference on Islamic Education and Research, hlm. 1-19.
Siti Khadijah, M. K., & Mohd. Isa, H. 2021. Penerapan Elemen Nilai Murni dan Etika dalam Pembelajaran Abad Ke-21 dalam kalangan Guru Pendidikan Islam Sekolah Rendah. International Journal of Advanced Research in Islamic Studies and Education 1(4): 16-31.
Sri, S. 2019. The Effect of Memorizing Quran on the Children's Cognitive Intelligence. Humanities & Social Sciences Reviews 7(3): 571-575.
Windarsih, C. A. 2019. An Implementation of Participative Iqro Method in the Oriented of al-Quran Education Center on the Purpose of Learning Goal and Objectives for Early Children. Jurnal Ilmiah Program Studi Pendidikan Luar Sekolah 8(1): 24-28.
YM Raja Abdullah, R. I., & Saidi, M. 2018. Model Khatam al-Quran dan Tasmik Program j-QAF berdasarkan Norma Baharu Guru Pendidikan Islam: Tinjauan dalam daerah Kuala Nerus, Terengganu. Seminar PdPC Abad ke-21 dan Karnival Inovasi. Kuala Terengganu: Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan, hlm. 1-12.
Zainal Abiden, A. R., & Mohd Isa, H. 2022. Keunikan Model Pembelajaran Tasmik di Sekolah Rendah dalam Program j-QAF Kementerian Pendidikan Malaysia. International Journal of Social Science Research 4(4): 209-214.
Zainora, D., Abdul Muhaimin, A., Norazman, A., & Norhasnira, I. 2022. Persepsi Pelajar Terhadap Penggunaan Gamifikasi Tahfiz Global Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Subjek Muraja’ah Al-quran. Journal of Quran Sunnah Education and Special Needs, 6(2): 62-78