KAEDAH PENTAKSIRAN BAGI KEMAHIRAN LISAN DALAM PENGAJARAN BAHASA ARAB SEKOLAH RENDAH [ASSESSMENT METHODS FOR ORAL SKILLS IN ELEMENTARY SCHOOL ARABIC TEACHING]

Authors

  • Nurul Ain Hasan Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Fariza Khalid Universiti Kebangsaan Malaysia

Keywords:

Kaedah pentaksiran, kemahiran lisan, pengajaran bahasa Arab, Assessment methods, oral skills, Arabic language teaching

Abstract

Abstrak: Anjakan paradigma Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) yang dilaksanakan bermula pada tahun 2013 melibatkan penggubalan kurikulum baru Bahasa Arab dengan memasukkan komponen baharu Pentaksiran. Pentaksiran merupakan salah satu daripada elemen penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana ia bukan saja menilai apa yang dipelajari oleh murid, malah membantu guru mengenal pasti tahap pengajaran mereka. Pentaksiran adalah untuk mengukur dan menilai sejauh mana murid dapat menguasai objektif Pengajaran dan Pembelajaran dalam bilik darjah. Namun begitu, pentaksiran bagi kemahiran lisan kurang dititik beratkan dalam pengajaran bahasa Arab. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk meneroka cara guru melaksanakan pentaksiran dalam proses pengajaran bahasa Arab bagi kemahiran lisan. Pemilihan peserta kajian dibuat berdasarkan kepada persampelan bertujuan yang mengambil kira kepakaran guru subjek sebagai kriteria utama berdasarkan maklumat dan cadangan daripada PPD Petaling Perdana di negeri Selangor. Seramai tiga orang guru Bahasa Arab peserta kajian telah terlibat dalam kajian ini.  Ketiga- tiga GBA tersebut merupakan Jurulatih Utama PBD di peringkat PPD dan mempunyai pengalaman mengajar mata pelajaran Bahasa Arab lebih daripada 4 tahun. Data kajian ini telah dikumpulkan melalui temu bual yang dilakukan secara bersemuka. Instrumen protokol dibangunkan bagi setiap penelitian di lapangan dan data yang diperoleh dianalisis secara manual dan dapatan dihuraikan secara deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa peserta kajian telah melaksanakan pentaksiran kemahiran lisan dalam bilik darjah dengan pelbagai kaedah dan teknik pengajaran yang menarik dalam PdP Bahasa Arab. Oleh yang demikian, kajian ini diharapkan dapat membantu para guru Bahasa Arab melaksanakan pentaksiran bilik darjah dengan penuh berintegriti dan berkesan.

Abstract: The paradigm shift of the Malaysian Education Blueprint (PPPM) which is implemented at beginning of 2013 involves the drafting of a new Arabic curriculum by including a new component of the Assessment. Assessment is one of the crucial components in the process of teaching and learning. Nevertheless, verbal skills are often overlooked in the assessment of Arabic teaching. This is because it not only evaluates what students learn, but also helps teachers identify their level of teaching. Assessment is to measure and evaluate the extent to which students can master the objectives of Teaching and Learning in the classroom. However, the assessment of oral skills is less emphasized in the teaching of Arabic. Therefore, this study aims to explore how teachers implement assessment in the process of teaching Arabic for oral skills. The selection of study participants was made based on purposive sampling that took into account subject teacher expertise as the main criteria based on information and recommendations from PPD Petaling Perdana in the state of Selangor. A total of three Arabic teachers participating in the study were involved in this study. The three GBAs are PBD Lead Trainers at the PPD level and have more than 4 years of experience teaching Arabic subjects. Data for this study was collected through face-to-face interviews. A protocol instrument is developed for each research in the field and the data obtained is analyzed manually and the findings are described descriptively. The findings of the study show that the study participants have implemented oral skills assessment in the classroom with a variety of interesting teaching methods and techniques in PdP Arabic. Therefore, this study is expected to help Arabic teachers carry out classroom assessment with integrity and effectiveness.

References

Abdul Aziz Talib. 1989. Pengajaran dan Pengujian Bahasa. Kuala Lumpur: Nurun Enterprise.

Abdul Rahman Abdullah. 2009. Kompetensi komunikatif dan strategi komunikasi bahasa Arab di kalangan pelajar SMKA di negeri Selangor. Tesis Ph.D. Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya.

Abdullah Hamzah. 2018. Kebimbangan Bahasa guru pelatih pembelajaran kemahiran bertutur bahasa Arab dan kaitannya dengan strategi pembelajaran. Tesis Ph.D. Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia.

Ahmad Kilani Mohamed. 2001. Teori Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab di Sekolah Menengah Agama di Malaysia. Edisi 1. Skudai : Universiti Teknologi Malaysia.

Ainon Wazir. 2016. Pengetahuan pedagogi isi kandungan guru Bahasa Arab sekolah menengah. Tesis Ph.D. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Airasian, P.W. 2001. Classroom assessment: concept and applications. Boston : Mc Graw-Hill.

Ana Hafizan Daud. 2012. Pelaksanaan bilik darjah dalam kalangan guru Pendidikan Islam. Disertasi Ijazah Sarjana Muda, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

Arsaythamby Veloo. 2011. Keupayaan teori dan pelaksanaan pentaksiran dalam pembelajaran.

Awatif Abdul Rahman, Hairun Najuwah Jamali & Ku Fatahiyah Ku Azizan. 2014. Pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca Bahasa Arab di KUIS. Conference: 4th International Conference and Exhibition On Islamic Education 2014 (ICIEd2014). Kota Bharu: Kelantan.

Azizah, Zaharah, Norasyikin & Norshila. 2020. Amalan pentaksiran bilik darjah (pbd) bagi pentaksiran autentik dalam kalangan guru sekolah rendah. Proceeding of International Conference on The Future of Education (IconFEd) 2020. Institute of Education Tengku Bainun Campus, Penang, Malaysia 17-18 November. hlm. 184-196.

Baskaran, L. 1990. Pengajaran kemahiran bertutur. Jurnal Dewan Bahasa 4(April): 260-264.

Black, P. J., Wiliam, D. 1998. Assessment and classroom learning, assessment in education,principles, policy and practice, 5(1).

Boon Pong Ying, Lee Leh Hong & Lawrence Aloysius Aeria. 2017. Pentaksiran dalam Pendidikan. Shah Alam: Penerbit Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Brookhart, S. M. 2008. Portfolio assessment. 21st century education: A reference handbook. Sage Publications. http://www.sage-ereference.com/education/Article_n48.html [26 April 2010].

Brown, G., & Yule, G. 1983. Teaching the Spoken Language: An Approach Based on the Analysis of Convesational English. Cambridge: Cambridge University Press.

Buck, G. 2001. Assessing listening. Cambridge: Cambridge University Press.

Bygate, M. 1987. Speaking. Oxford: Oxford University Press.

Chiang, C. S., & Dunkel, P. 1992. The effect of speech modification, prior knowledge, and listening proficiency on EFL lecture learning. TESOL Quarterly: 345-374.

Chua Yan Piaw. 2011. Kaedah Penyelidikan. Kuala Lumpur : McGraw Hill Education.

Creswell, J. W. (2007). Qualitative inquiry & research design choosing among five approaches (2nd ed). California, USA: Sage Publications Inc.

Donmofer, R. 1990. Generalizability and single case-study. Dlm. Eisner. E.W & Peskin, (pnyt). Qualitative Inquiry in Education: The Continuing Debate. New York: Teacher College.

Elkhafaifi, H. 2005. The effect of prelistening activities on listening comprehension in Arabic learners. Foreign Language Annals 38(4): 505-513.

Faizatul Nadia Mohd Tahir, Harun Baharudin & Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff. 2016. Penilaian pelajar dan akauntabiliti guru dalam pembelajaran bahasa Arab. Kolokium Pendidikan Bahasa Arab 2016 (KOLBAR 16), hlm. 185-193.

Farihah Hussain. 2020. Efikasi kendiri guru Bahasa Arab dalam pengajaran nahu Kurikulum Bersepadu Dini. Tesis Ph.D. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ghazali Darusalam & Sufean Hussin. 2016. Metodologi penyelidikan dalam Pendidikan : amalan dan analisis kajian. Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya.

Habibah Mat Rejab. 2016. Amalan pentaksiran dalam pengajaran dan pembelajaran Insya’ Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM). Tesis Ph.D. Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.

Hafilah Abd Satar. 2021. Pelaksanaan pentaksiran bilik darjah (PBD) guru bahasa Arab peringkat menengah rendah : Tesis Ph.D. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Jefridin Pilus. 2011. Maklum balas guru terhadap respons pelajar semasa pengajaran Bahasa Arab Tinggi: Satu Kajian Kes. Tesis Ph.D. yang tidak diterbitkan. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Journal of Govemance and Development 7: 8-15.

Kamarul Azmi Jazmi & Ab. Halim Tamuri. 2007. Pendidikan Islam Kaedah Pengajaran dan pembelajaran, Skudai Johor : Penerbit UTM.

Kaseh, A. B., Nik Farakh, S., & Zeti Akhtar, M. R. 2010. Self-determination theory and motivational orientations of Arabic learners: A principal component analysis. GEMA Online™ Journal of Language Studies 10(1): 71-86.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2015. Garis Panduan Pelaksanaan Program j-QAF. Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2019. Panduan pelaksanaan pentaksiran bilik darjah. Edisi ke- 1 Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Lincoln, S. & Guba, E. G. 1985. Naturalistic Inquiry. Newbury Park Califf: Sage Publication.

Maki, P. L. 2002. Developing an assessment plan to learn about student learning, Journal of Academic Librarianship, 28(1): 8-13.

Marohaini Mohd Yusoff . 2013. Penyelidikan Kualitatif: Pengalaman kerja lapangan kajian. Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya.

McMillan, J. H. (Ed.) 2007. Formative classroom assessment: The key to improving student achievement. Dlm McMillan, J.H. Formative classroom assessment : theory into practice. NY: Teachers College, Columbia University.

McMillan, J. H. 2001. Classroom assessment: principles and practice for effective instruction. Needham Heights, MA : Allyn & Bacon.

Merriam, S. B. 2009. Qualitative Research. A guide to design and implementations. San Francisco: Jossey -Bass Publishers.

Merriam, S.B. 1998. Case study research in education. A qualitative approach. San Francisco: Josey-Bass Publishers.

Mohamad Rosdi Ismail & Mat Taib Pa. 2006. Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa di Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Mohamad Sahari Nordin. 2002. Pengujian dan penaksiran di bilik darjah. Kuala Lumpur: Pusat Penyelidikan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Mohd Azhar Mat Ali. 2006. Amalan pentaksiran untuk pembelajaran di sekolah Menengah. Tesis Ph.D. Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.

Noraini Idris. 2010. Penyelidikan dalam pendidikan. Kuala Lumpur: Mc Graw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.

Othman Lebar. 2012. Penyelidikan kualitatif pengenalan kepada teori dan metod (Edisi Keempat).Tanjung Malim, Perak: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Patton, M. Q. 1990. Qualitative Evaluation and Research Methods. (2nd Ed.). Newbury Park: Sage Publications.

Wan Mohd Zuhairi Wan Abdullah. 2017. Evidens pentaksiran dalam pengajaran bahasa Arab sekolah rendah. Tesis Doktor Falsafah, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.

Downloads

Published

2022-11-01