KESAN PENGGUNAAN KIT ASAS MEMBACA BAHASA MELAYU UNTUK MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN [USAGE EFFECTS OF BASIC MALAY LANGUAGE READING KIT FOR STUDENTS WITH LEARNING DIFFICULTY]

Authors

  • Natasya Amira Ab Razak Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Mohd Mokhtar Tahar Universiti Kebangsaan Malaysia

Keywords:

murid bermasalah pembelajaran, suku kata dan perkataan

Abstract

Abstrak: Golongan murid masalah pembelajaran merupakan individu yang telah dikenalpasti secara klinikal bahawa mereka ini mempunyai ketidakupayaan dari segi kekurangan pemahaman di dalam pembelajaran yang menyebabkan mereka tidak mempunyai daya pengamatan yang tinggi.  Disebabkan itu, murid ini memerlukan satu alat bantuan yang boleh membantu menambahkan lagi daya pengamatan dalam pembelajaran dan pemudahcaraan. Satu kajian telah dijalankan bagi melihat kesan penggunaan kit asas membaca Bahasa Melayu terhadap pengecaman perkataan bergambar dan sebutan suku kata dan perkataan dalam kalangan murid-murid bermasalah pembelajaran. Kaedah kualitatif telah digunakan dan melibatkan seramai lima orang pelajar daripada murid-murid sekolah rendah di salah sebuah sekolah di negeri Johor. Kaedah pemerhatian telah digunakan bagi mendapatkan keputusan secara langsung daripada murid-murid berkenaan. pengkaji telah menganalisis secara deskriptif bagi mendapatkan keputusan kajian tersebut. Berdasarkan kepada hasil pemerhatian, pengkaji mendapati bahawa kesemua lima orang pelajar berkeperluan khas tersebut tidak mampu untuk menyebut perkataan dan suku kata yang telah disediakan oleh guru tersebut. Walaubagaimanapun, pengkaji mendapati bahawa kesemua responden mempunyai pengetahuan dalam mengecam perkataan bergambar yang telah diberikan. Implikasi kajian ini mendapati penggunaan kit ini dapat membantu guru-guru dalam meningkatkan lagi keberkesanan dalam teknik pengajaran mereka yang mempunyai masalah pembelajaran. 

Abstract: Students with learning difficulties are individuals who have been clinically identified to have a disability in terms of a lack of understanding in learning that causes them to have a low level of perception.  Because of that, these students need an aid that enhances their perception of learning and facilitation. A study was conducted to see the usage effect of the basic Malay reading kits on the recognition of pictorial words and pronunciation of syllables and words among students with learning difficulties. Qualitative methods were used and involved five students from primary school in one of the schools in the state of Johor. Observation methods were used to obtain results directly from the students. The researcher analyzed descriptively to obtain the results. Based on the observation, the researcher found that all five students with special needs were unable to pronounce the words and syllables provided by the teacher. However, the researcher found that all respondents know and recognize the pictorial words given. The implications of this study are the use of this kit helps teachers to further improve the effectiveness of their teaching techniques for students with learning difficulties.

References

Abdullah Yusoff & Che Rabiaah Mohamed. 2014. Masalah Pembelajaran: Tanda Dan Simptom Kecacatan Komunikasi Lisan Murid Pendidikan Khas. Jurnal Bahasa 14(2): 301-324.

Aina Nurfasya Ramli, & Rosadah Abd Majid. 2021. Pelaksanaan Terapi Pertuturan Kepada Murid Bermasalah Pembelajaran. Jurnal Dunia Pendidikan 3(1): 475-486.

Aziezatul Nezirah Amri, Mohamed Nor Azhari Azman, Tee Tze Kiong, & Mohd Khairudin. 2019. Keberkesanan Alat Bantu Mengajar (SMART COT) dalam Asas Pembuatan Perabot Sekolah Menengah Kebangsaan Harian Pendidikan Khas Tingkatan Satu. Journal Of Vocational Education Studies (JOVES) 2(1): 23-36.

Chelliah, S., & Othman. 2022. Tahap Penguasaan Bahasa Melayu dengan Pencapaian Prestasi Mata Pelajaran Perniagaan Murid Bukan Melayu. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH) 7(5): 1-16.

Farihah Hussain, Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff, Maimun Aqsha Lubis Abdin Lubis & Mohammad Zamri Jusoh. 2020. Amalan Bahan Bantu Pengajaran Guru Dalam Pengajaran Nahu Kurikulum Bersepadu Dini. Jurnal ‘Ulwan 5(1): 134 - 145.

Libau, C. M., & Ling, Y.L. 2020. Peranan bahan bantu mengajar dan persekitaran maklum balas dalam meningkatkan kualiti pembelajaran pelajar. In National Research Innovation Conference (NRICon 2020) At: Kuching, Sarawak, hal. 1-8.

Maniam, Y., Panjaman, M., Nurul Farhana Jumaat, & Nor Fadila Amin. 2018. Pendekatan Pembelajaran Melalui Bermain Untuk Meningkatkan Kemahiran Murid Membatangkan Suku Kata Terbuka Kv+Kv Menggunakan Teknologi Realiti Maya. In Prosiding Inovasi. Sekolah Pendidikan, UTM, hal. 302-334.

Mookan, Abdul Razaq Ahmad, & Norasmah Othman. 2021. Pendekatan Kepelbagaian Pengajaran Dari Aspek Penyampaian, Alat Bantu Mengajar, Pedagogi Dan Peneguhan Dalam Pembelajaran Sejarah. Jurnal Dunia Pendidikan 3(1): 227-238.

Noor Aini Ahmad, & Zamri Mahamod. 2015. Pengubahsuaian dalam Pengajaran Kemahiran Bahasa Malaysia bagi Murid Bermasalah Pembelajaran. Jurnal Pendidikan Malaysia 4(1): 63-73.

Nor Hazlinda Shamsudin, & Zulkurnain Hassan. 2021. Keberkesanan Trainer Unit Sppd Sebagai Alat Bantu Mengajar Bagi Kursus Pemasangan Dan Penyelenggaraan Paip Domestik. International Journal of Humanities Technology and Civilization (IJHTC) 10(2): 48-59.

Norleena Gutasan, Rojiah Saiwah Karim, Zoriffah Mohd Kudin, & Nor Jannah Hassan. 2021. Kit Lexssa Meningkatkan Kemahiran Bacaan Murid Bermasalah Pembelajaran. Journal of Modern Education 38(8): 149-166.

Nurul Aina Nazri & Aliza Alias. 2020. Tahap Penggunaan Multimedia Guru Program Pendidikan Khas Integrasi (Ppki) Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran (Pdp) Murid Bermasalah Pembelajaran. In Seminar Antarabangsa Isu-Isu Pendidikan (ISPEN 2020) at |Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), hal. 121-127.

Nurul Haniza Samsudin, Puteri Roslina Abdul Wahid & Salinah Ja’afar. 2018. Pengaplikasian Model Awal Kit Asas Membaca Dalam Pembelajaran Bahasa Melayu Kanak-Kanak Pemulihan Khas. Sains Insani 3(1): 1-9.

Nurul Haniza Samsudin. 2017. Penggunaan Kit Asas Membaca Bahasa Melayu untuk Kanak-Kanak Pemulihan Khas. Tesis Ijazah Doktor Falsafah. Universiti Malaya.

Puteri Roslina Abdul Wahid, Nurul Haniza Samsudin & Nur Azimah Mohd Bukhari. 2017. Pembangunan Kit Asas Membaca bagi Kanak-Kanak Lembam. MAHAWANGSA 4(1): 131 - 146.

Rashidah Elias & Senana Sulaiman. 2016. Penggunaan Inst Card Untuk Meningkatkan Kemahiran Mengeja Perkataan Dengan Suku Kata Tertutup Bagi Murid Bermasalah Pembelajaran. Asian Education Action Research Journal (AEARJ) 5: 27-39.

Suraya Tarasata & Aisah Daud. 2014. Kesan penggunaan perisian asas membaca terhadap pencapaian membaca murid peringkat prasekolah. Procedia - Social and Behavioral Sciences 132: 399 – 407.

Yahya Othman, Aisah Md. Daud, Azmey Othman, Siti Ardiah Pg. Mohiddin & Maszuraimah Muizz Sulaiman. 2012. Pelaksanaan Pengajaran Membaca Menggunakan Kaedah Fonik Peringkat Prasekolah Di Brunei Darussalam. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu 2(1): 93-109

Downloads

Published

2022-06-21