KONSEP TASAWUF SYEIKH HAJI AHMAD SOHIBULWAFA TAJUL ARIFIN BERDASARKAN KITAB MIFTAH AL-SUDUR [SYEIKH HAJI AHMAD SOHIBULWAFA TAJUL ARIFIN’S VIEWS ON TASAWUF WITH SPECIAL REFERENCE TO KITAB MIFTAH AL-SUDUR]

Authors

  • Nurulhidayah Wahab Universiti Sultan Zainal Abidin
  • Abdul Manam Mohamad Universiti Sultan Zainal Abidin
  • Ahmad Bazli Shafie Universiti Sultan Zainal Abidin

Keywords:

Tasawuf, Abah Anom, Miftāḥ al-Ṣudūr, Penyucian Qalb, Dhikrullāh

Abstract

Abstrak: Tasawuf dan tarekat telah berkembang di Nusantara sejak 1400 tahun Masihi sebagai satu manhaj kerohanian menuju hakikat dan makrifat. Disiplin ilmu tasawuf merangkumi aspek spiritual, intelektual dan juga fizikal. Namun, aliran moden dan pasca moden menimbulkan kekaburan dan salah faham terhadap ilmu tarekat dan tasawuf dalam kalangan masyarakat Islam. Tasawuf dan tarekat digambarkan sebagai punca Islam dipandang sebagai agama yang payah, membebankan dan menghalang kemajuan orang ramai. Syeikh Haji Ahmad Sohibulwafa Tajul Arifin (Abah Anom) adalah antara tokoh ulama tasawuf dan tarekat yang berusaha memurnikan salah faham terhadap tasawuf dan mempertahankan keutuhan  tasawuf melalui kitab Miftāḥ al-Ṣudūr yang merupakan hasil perjalanan kerohanian beliau sendiri untuk sampai kepada hakikat makrifat. Kajian yang berbentuk kualitatif dan bersifat deskriptif ini bertujuan menjelaskan serta mengenal pasti pemikiran tasawuf Abah Anom dalam Miftāḥ al-Ṣudūr. Hasil kajian menunjukkan bahawa karya Abah Anom Miftāḥ al-Ṣudūr menolak anggapan salah terhadap tasawuf dengan huraian yang merangkumi konsep tasawuf dan proses penyucian qalb melalui takhliyah, taḥliyah dan dhikrullāh selari berasaskan pegangan ulama tasawuf yang muktabar.

Abstract: Sufism and its spiritual orders (tarekat) have flourished across the Nusantara since about 1400 CE, serving as a spiritual methodology toward ultimate truth (hakikat) and gnosis (ma‘rifah). This discipline integrates spiritual, intellectual, and physical dimensions of human development. Modern and postmodern currents, however, have fostered confusion and misconceptions about Sufism and tarekat knowledge among Muslim communities. These traditions are often portrayed as factors rendering Islam a difficult, burdensome faith that impedes societal progress. Shaykh Haji Ahmad Sohibulwafa Tajul Arifin (Abah Anom) ranks among leading Sufi scholars who sought to dispel such misunderstandings and uphold Sufism's integrity through Miftāḥ al-Ṣudūr. This work chronicles his personal spiritual journey toward realizing divine gnosis. This qualitative, descriptive study elucidates Abah Anom's Sufi thought as articulated in Miftāḥ al-Ṣudūr. The findings demonstrate that the text refutes erroneous views of Sufism through clear expositions of its core concepts and the heart-purification process (tazkiyah al-qalb) - via takhliyah (emptying of vices), taḥliyah (adorning with virtues), and remembrance of God (dhikrullāh) - in full accord with authoritative Sufi doctrines.

Downloads

Published

06-03-2026