CABARAN PERKAHWINAN SILANG BUDAYA DI JEPUN [THE CHALLENGES OF CROSS-CULTURAL MARRIAGES IN JAPAN]
Keywords:
Cabaran, Perkahwinan, Silang Budaya, JepunAbstract
Abstrak: Perkahwinan silang budaya merupakan perkahwinan yang melibatkan pasangan yang berlainan bangsa, budaya mahupun negara. Pasangan berkahwin silang budaya ini kebiasaannya mengalami cabaran antaranya masalah dalam berkomunikasi disebabkan penggunaan bahasa yang berlainan dan salah faham dalam memahami budaya masing-masing. Hal ini boleh membawa kepada perkara yang tidak diingini seperti perceraian akibat tiada persefahaman. Justeru kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti cabaran yang dihadapi oleh pasangan yang berkahwin silang budaya. Reka bentuk kajian ini adalah kuantitatif berbentuk kajian tinjauan. Kaedah pengumpulan data adalah menganalisis dokumen berdasarkan bahan cetakan yang mempunyai penjelasan mengenai tajuk ini bersumberkan buku, jurnal, laporan penyelidikan dan akhbar. Data dianalisis berdasarkan tema tajuk dalam kertas kerja ini yang berhubung dengan cabaran dalam perkahwinan silang budaya di Jepun. Dapatan menunjukkan bahawa perbezaan bahasa, agama dan budaya, sikap individualisme serta hubungan seksualiti merupakan cabaran yang dihadapi oleh pasangan yang berkahwin silang budaya. Implikasi daripada cabaran ini bukan sahaja memberikan kesan negatif terhadap pasangan perkahwinan silang budaya tetapi juga terhadap keharmonian rumah tangga dan anak-anak hasil perkahwinan silang budaya. Semoga kajian ini akan membantu pasangan yang ingin berkahwin silang budaya membuat persediaan mental dan fizikal sebelum berkahwin dalam usaha mengekalkan perkahwinan serta mewujudkan keluarga yang harmoni.
Abstract: Cross-cultural marriage refers to a union between partners of different races, cultures, or nationalities. Couples in cross-cultural marriages often face challenges, particularly communication difficulties due to language differences and misunderstandings arising from diverse cultural interpretations. These issues may lead to undesirable outcomes such as divorce caused by a lack of mutual understanding. Therefore, this study was conducted to identify the challenges faced by couples in intercultural marriages. The research design employed is a quantitative survey study. Data collection was carried out through document analysis of printed materials related to this topic, including books, journals, research reports and newspapers. The data were analyzed thematically based on topics discussed in this paper concerning the challenges in cross-cultural marriages in Japan. The findings indicate that differences in language, religion and culture, individualistic attitudes and issues related to sexuality are among the major challenges faced by cross-cultural married couples. The implications of these challenges not only have negative effects on the couples themselves but also on the harmony of the household and the well-being of their children. It is hoped that this study will assist individuals who intend to enter cross-cultural marriages to prepare themselves mentally and physically, in order to sustain their marriage and foster a harmonious family.










