KAJIAN SURAH LUQMAN AYAT 25 MENURUT PEMIKIRAN ABU MANSUR AL-MATURIDI DALAM KITAB TAKWILAT AHL AL-SUNNAH [A STUDY OF SURAH LUQMAN VERSE 25 ACCORDING TO THE THOUGHT OF ABU MANSUR AL-MATURIDI IN THE BOOK TAKWILAT AHL AL-SUNNAH]
Keywords:
Surah Luqman ayat 25, Tauhid Rububiyyah dan Uluhiyyah. Surah Luqman verse 25, Tawhid al-Rububiyyah, Tawhid al-Uluhiyyah.Abstract
Abstrak: Kajian ini membincangkan tentang ayat 25 Surah Luqman menurut tafsiran Abu Mansur al-Maturidi dalam kitab tafsirnya Takwilat Ahl al-Sunnah. Ayat ini menjelaskan tentang pertanyaan yang diajukan kepada orang-orang musyrikin Mekah tentang kuasa yang mencipta langit dan bumi dan mereka mengiktiraf bahawa Allah yang mencipta kedua-duanya. Kajian ini menjadikan ayat 25 Surah Luqman sebagai asas penyelidikan. Kaedah kajian ini merupakan analisis kandungan (content analysis) dengan menggunakan metode kualitatif yang terarah kepada rujukan perpustakaan. Objektif kajian ini ialah mengkaji tentang tafsiran ayat ini menurut pemikiran Abu Mansur al-Maturidi. Analisis kajian ini menggunakan metode induktif dan deduktif bagi menghasilkan sebuah kajian yang baik. Dapatan dalam kajian ini pula merumuskan bahawa Abu Mansur al-Maturidi bersetuju bahawa orang-orang musyrikin menerima Tauhid Rububiyyah iaitu mengiktiraf Maha Kuasa Allah yang mencipta langit dan bumi, tetapi mereka menolak Tauhid Uluhiyyah, iaitu Maha Esa Allah. Dengan demikian, kajian-kajian yang lebih terperinci mengenai perkara ini sebagai perlu agar konsep al-Rububiyyah dan al-Uluhiyyah dapat difahami dengan baik dan sempurna.
Abstract: This study discusses verse 25 of Surah Luqman according to the interpretation of Abu Mansur al-Maturidi in his tafsir work, Takwilat Ahl al-Sunnah. The verse explains a question posed to the polytheists of Mecca regarding the power that created the heavens and the earth, to which they acknowledge that Allah is the Creator of both. This study uses verse 25 of Surah Luqman as the basis of investigation. The research methodology is content analysis using a qualitative approach directed through library references. The objective of this study is to examine the interpretation of this verse through the lens of Abu Mansur al-Maturidi's thought. The analysis employs both inductive and deductive methods to produce a well-rounded study. The findings conclude that Abu Mansur al-Maturidi agrees that the polytheists accepted Tawhid al-Rububiyyah, i.e., acknowledging Allah's supreme power as the Creator of the heavens and the earth, but rejected Tawhid al-Uluhiyyah, i.e., Allah’s absolute