PENERAPAN ELEMEN AL- HIKMAH TERHADAP SAUDARA BARU DI MALAYSIA MENERUSI ORGANISASI ISLAM [THE APPLICATION OF AL-HIKMAH ELEMENTS OF NEW CONVERTS IN MALAYSIA THROUGH ORGANIZATIONS]
Abstract
Abstrak: Penerimaan Saudara Baru ke dalam agama Islam pada hari ini adalah sebuah kurniaan hidayah daripada Allah SWT dalam perjalanan hidup mereka. Ketersediaan hati mereka yang baru memeluk Islam hasil pujukan dan kelembutan mendekati jiwa mereka telah membuka peluang untuk pertambahan bilangan umat Islam dalam komuniti di Malaysia. Namun kebelakangan ini, Pemelukan Saudara Baru dilihat sering berhadapan dengan situasi mengalami permasalahan emosi, tidak dapat mengawal emosi dan akhirnya kembali semula kepada ajaran asal kerana tertekan. Hal ini disebabkan daripada tekanan dalaman Saudara Baru itu sendiri yang masih belum mampu untuk menyesuaikan diri dengan ajaran agama Islam. Terdapat juga sebahagian Saudara Baru yang tidak boleh meneruskan kehidupan yang baik setelah mereka menganut agama Islam disebabkan daripada kekurangan pendidikan dan penjagaan. Pada hakikatnya, Saudara Baru sangat memerlukan sokongan dan bantuan daripada orang Islam untuk meningkatkan kepercayaan mereka. Hal ini sangat penting kerana Saudara Baru mengalami kesulitan untuk meneruskan kehidupan mereka. Pada awalnya orang-orang Islam akan memberikan sokongan, akan tetapi lama kelamaan Saudara Baru ini tidak mendapat sokongan dari orang sekeliling dan menyebabkan golongan Saudara Baru diketepikan. Justeru, artikel ini adalah memberi penerapan elemen al- hikmah terhadap Saudara Baru menerusi organisasi Islam untuk mendepani permasalahan Saudara Baru masa kini. Kajian ini menggunakan kaedah kepustakaan iaitu dengan merujuk artikel, jurnal, tesis yang mempunyai hubungkait dengan tajuk perbincangan kajian. Hasil Kajian mendapati ada lima kaedah untuk mendekati Saudara Baru menerusi organisasi Islam secara al-hikmah dengan berkata lemah lembut & Sopan, menyantuni dengan contoh teladan, fahami keadaan dan suasana, sampaikan secara bertahap, dan penyampaian Islam secara targhib wa tarhib.
Abstract: The acceptance of new converts to Islam today is a divine gift of guidance (hidayah) from Allah SWT in their life journey. Their willingness to embrace Islam, often influenced by persuasion and the gentle approach that touched their hearts, has opened opportunities for an increase in the Muslim population within Malaysia’s community. However, in recent times, new converts are frequently observed facing emotional challenges, struggling to control their emotions, and, in some cases, reverting to their former beliefs due to stress. This issue stems from the internal pressure experienced by the converts themselves, who are still unable to adapt to the teachings of Islam. Additionally, some converts find it challenging to lead a good life after embracing Islam due to a lack of education and support.In truth, new converts require significant support and assistance from the Muslim community to strengthen their faith. This is crucial because converts often face difficulties in continuing their lives. Initially, they may receive support from fellow Muslims, but over time, this support diminishes, leaving them marginalized within society.Therefore, this article emphasizes the incorporation of the elements of al-hikmah (wisdom) in addressing the issues faced by new converts through Islamic organizations. The study employs a library research method, referring to articles, journals, and theses related to the topic of discussion.The findings reveal five approaches to engaging with new converts through Islamic organizations based on al-hikmah: speaking with gentleness and politeness, showing compassion through exemplary behavior, understanding their circumstances and environment, delivering knowledge gradually, and presenting Islam using the method of targhib wa tarhib (encouragement and deterrence).