PEMIKIRAN HAMKA MENGENAI TAUHID ULUHIYYAH DAN RUBUBIYYAH: KAJIAN DALAM TAFSIR AL-AZHAR SURAH YUSUF AYAT 38-40 [HAMKA'S THOUGHTS ON TAUHID ULUHIYYAH AND RUBUBIYYAH: A STUDY IN TAFSIR AL-AZHAR OF SURAH YUSUF, VERSES 38-40]

Authors

  • Mariam Nabilah Mohd Noor Universiti Sultan Zainal Abidin
  • Mohd Shafiee Hamzah Universiti Sultan Zainal Abidin
  • Lutpi Mustafa Universiti Sultan Zainal Abidin

Abstract

Abstrak: Kajian ini membicarakan tentang konsep pemikiran Hamka dalam kitabnya Tafsir al-Azhar mengenai Tauhid Uluhiyyah dan Rububiyyah yang merujuk kepada Surah Yusuf ayat 38-40. Kajian ini menggunakan metodologi kualitatif yang tertumpu kepada rujukan perpustakaan. Kajian ini juga menggunakan ayat-ayat dalam Surah Yusuf sebagai asas kajian. Objektif kajian ini menjelaskan konsep pemikiran Hamka dan membandingkan tafsiran Hamka dengan tokoh ulama yang lain berkaitan tauhid uluhiyyah dan rububiyah yang terkandung dalam ayat-ayat tersebut. Analisis kajian ini menggunakan metode induktif dan deduktif bagi menghasilkan sebuah kajian yang baik. Dapatan kajian  merumuskan bahawa konsep pemikiran tauhid Hamka mengenai Uluhiyyah dan Rububiyyah adalah seiring dengan pemikiran tokoh-tokoh Ulama Salaf dan Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah seperti Abu Hanifah dan Abu Mansur al-Maturidi. Konsep Tauhid Uluhiyyah menjelaskan Maha Esa Allah manakala konsep Tauhid Rububiyyah pula menjelaskan Maha Kuasa Allah. Oleh itu, kajian-kajian yang lebih terperinci mengenai perkara tersebut adalah perlu untuk memberi kefahaman kepada masyarakat mengenai kedua-dua tauhid ini.

Abstract: This study discusses the concept of Hamka's thoughts in his Tafsir al-Azhar concerning Tauhid Uluhiyyah and Rububiyyah, focusing on Surah Yusuf, verses 38-40. The study adopts a qualitative methodology centered on library research. It also uses the verses from Surah Yusuf as the foundation for the analysis. The objective of this study is to elucidate Hamka's concept of Tauhid and to compare his interpretation with those of other prominent scholars regarding Tauhid Uluhiyyah and Rububiyyah found in these verses. The analysis employs inductive and deductive methods to produce a comprehensive study. The findings conclude that Hamka's concept of Tauhid regarding Uluhiyyah and Rububiyyah aligns with the thoughts of Salaf scholars and the Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah, such as Abu Hanifah and Abu Mansur al-Maturidi. Tauhid Uluhiyyah explains the Oneness of Allah, while Tauhid Rububiyyah elaborates on the Omnipotence of Allah. Therefore, further detailed studies on this topic are necessary to enhance public understanding of these two aspects of Tauhid.

Downloads

Published

07-10-2024