KAEDAH KONTEKSTUAL DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MEMBENTUK AKHLAK MURID KAFA DI DAERAH GOMBAK [CONTEXTUAL METHODS IN TEACHING AND LEARNING CONSTITUTE THE MORALS OF KAFA STUDENTS IN GOMBAK DISTRICT]
Abstract
Abstrak: Pendidikan mampu mewujudkan manusia yang memiliki budi pekerti dan berakhlak. Pelbagai kaedah pendidikan telah dilaksanakan di sekolah dalam melahirkan insan yang berakhlak dan memiliki nilai-nilai murni yang disenangi oleh masyarakat. Tujuan artikel adalah untuk mengenal pasti tahap pengetahuan murid tentang pengamalan akhlak. Mengenal pasti tahap pengetahuan guru tentang pengamalan kaedah kontekstual yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Mengenal pasti hubungan antara kaedah kontekstual yang digunakan oleh guru dengan pembentukan akhlak murid. Pendekatan kuantitatif yang dijalankan ini melibatkan 205 responden yang terdiri daripada guru dan murid-murid di 3 buah KAFA Daerah Gombak dengan menggunakan instrumen soal selidik. Analisis deskriptif menunjukkan hasil dapatan tahap pengetahuan murid tentang pengamalan akhlak yang berfokus kepada guru dan rakan-rakan berdasarkan skor min = 3.79 pada tahap yang tinggi. Hasil dapatan berkaitan tahap pengetahuan guru tentang pengamalan kaedah kontekstual sebagai pedagogi yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran menunjukkan skor min = 3.90 pada tahap yang tinggi. Manakala dapatan yang terhasil dari hubungan kaedah kontekstual yang digunakan guru dengan pembentukan akhlak murid mempunyai hubungan yang signifikan dengan nilai korelasi r = 0.51, nilai P adalah 0.00 dan nilai ini lebih kecil dari nilai alpha 0.01 (P = 0.00<0.01). Rumusannya, pelaksanaan kaedah pengajaran dan pembelajaran secara kontekstual sedikit sebanyak telah membantu dalam membentuk akhlak remaja masa kini. Walaupun hasil dapatan ini tinggi tidak bermakna kemenjadian dan keberhasilan murid itu dikira sebagai suatu kejayaan dan kebanggaan kerana masih terdapat perkara-perkara yang perlu dipertingkatkan lagi. Saranan kepada guru-guru Kafa agar sentiasa berusaha untuk meningkatkan pengetahuan baru dalam pedagogi pengajaran dan pelbagaikan bahan bantu mengajar yang mengikut peredaran semasa tetapi masih dalam lingkungan pembelajaran dan agama Islam agar kemenjadian murid itu terhasil.
Abstract: Education is able to produce human being with good character and morals. Various education methods have been implemented in schools to produce human being with morals and good values that are pleasant by the community. The purpose of the article is to identify the level of student knowledge in regards with moral practices. Identifying the level of teacher knowledge on the application of contextual methods used in teaching and learning. Identifying the relationship between contextual methods used by teachers and development of student morals. This quantitative approach involves 205 respondents consisting of teachers and students in 3 Kafa Gombak District by using a questionnaire instrument. Descriptive analysis shows the results of students' level of knowledge in regards with moral practices focused on teachers and friends are based on a mean score of 3.79 at a high level. The findings of the study related to the level of teachers' knowledge in regards with the practice of contextual methods as pedagogy used in the teaching and learning process showed a mean score of 3.90 at a high level. While the findings from the relationship between contextual methods used by teachers and the development of student morals have a significant relationship with a correlation value of r = 0.51, the P value is 0.00 and this value is smaller than the alpha value of 0.01 (P = 0.00<0.01). In conclusion, the implementation of contextual teaching and learning methods has helped to some extent in shaping the morals of today's teenagers. Although this achievement result is high, it does not mean that the achievement and success of the student is considered a success and pride because there are still some matters that need to be improved. Suggestion to Kafa teachers to always try to improve new knowledge in teaching pedagogy and diversify teaching aids that are in line with current trends but still within the scope of Islamic and religious learning.