KESEDIAAN GURU PENDIDIKAN ISLAM TERHADAP PENDEKATAN TERBEZA DALAM PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM DI SEKOLAH MENENGAH, KUALA LUMPUR [TEACHERS’ READINESS TOWARDS DIFFERENT APPROACHES IN THE TEACHING OF ISLAMIC EDUCATION IN SECONDARY SCHOOLS, KUALA LUMPUR]
Keywords:
Pendekatan Terbeza, kepelbagaian murid, Guru Pendidikan Islam. Differentiated Approach, Student Diversity, Islamic Education teachersAbstract
Abstrak: Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap kesediaan guru Pendidikan Islam terhadap Pendekatan Terbeza dalam pengajaran Pendidikan Islam di wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL). Kajian ini adalah kajian kuantitatif menggunakan reka bentuk kaedah tinjauan yang menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian yang ditadbir melalui google form. Pengkaji menentukan pemilihan sampel kajian dengan menggunakan teknik pensampelan rawak mudah. Seramai 227 guru Pendidikan Islam dipilih sebagai responden kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pengetahuan pelaksanaan, pengetahuan objektif, kemahiran pelaksanaan, kemahiran pertimbangan profesional dan faktor persekitaran Sumber bahan guru Pendidikan Islam dalam WPKL adalah tinggi. Oleh yang demikian pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) perlu memberi pendedahan meluas melalui bengkel, kursus, latihan dan sebagainya agar pengetahuan Pendekatan Terbeza dapat dikuasai oleh guru Pendidikan Islam dan mengaplikasinya dalam pengajaran mereka di dalam bilik darjah.
Abstract: This study aims to examine the readiness level of Islamic Education teachers towards the Differentiated Approach in teaching Islamic Education in the Federal Territory of Kuala Lumpur (WPKL). This research adopts a quantitative approach utilizing a survey design employing a questionnaire as the research instrument administered through Google Forms. The researcher determines the sample selection through a simple random sampling technique with a systematic random technique. The findings of the study indicate that the knowledge of implementation, objective knowledge, implementation skills, professional judgment skills, and the environmental factors of Islamic Education teachers' instructional resources in WPKL are high. Therefore, the Ministry of Education (KPM) should provide extensive exposure through workshops, courses, training, and similar activities to ensure that teachers of Islamic Education acquire knowledge of the Differentiated Approach and apply it in their classrooms..