TAHAP EFIKASI DAN PENGUASAAN KBAT DALAM MATA PELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM DALAM KALANGAN PELAJAR MENENGAH RENDAH DI DAERAH TAWAU SABAH [LEVEL OF EFFICIENCY AND MASTERY OF KBAT IN SUBJECTS ISLAMIC EDUCATION AMONG PRIMARY SECONDARY STUDENTS IN TAWAU SABAH DIS

Authors

  • Harun Baharudin Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Noryati Amil Universiti Kebangsaan Malaysia

Keywords:

Efikasi, KBAT, Pendidikan Islam, motivasi Efficacy, KBAT, Islamic Education, motivation

Abstract

Abstrak: Efikasi kendiri dan penguasaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) adalah penting dalam setiap pembelajaran di sekolah terutama dalam Pendidikan Islam khusus pelajar sekolah menengah. Efikasi kendiri boleh difahami sebagai tahap keyakinan atau sejauh mana rasa percaya diri terhadap kemampuan dan usaha untuk melakukan sesuatu. Kecemerlangan murid dalam akademik bukan sekadar dengan prestasi diri malah perlu dibentuk dengan keyakinan diri dan penguasaan dalam sesuatu ilmu. Kini, pelajar sekolah rendah dan menengah menghadapi pelbagai bentuk cabaran dan gelombang pemodenan, dan kadangkala mereka mudah goyah. Dalam hubungan ini, masih terdapat hubungan antara efikasi kendiri pelajar dengan motivasi pembelajaran yang mempengaruhi penglibatan dan pencapaian pelajar. Oleh itu, tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap efikasi diri dan penguasaan KBAT dalam kalangan pelajar menengah, faktor penguasaan KBAT dalam kalangan pelajar menengah dan sejauh mana hubungan penguasaan KBAT dalam kalangan pelajar menengah di daerah Tawau, Sabah. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif untuk menyiasat kajian. Data bagi penyelidikan ini dikumpul daripada 200 orang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tawau, Sabah dan dianalisis menggunakan perisian SPSS. . Hasil kajian mendapati bahawa konstruk  penguasaan KBAT dengan nilai min M= 4.00, SD= .705, diikuti dengan Kesan Penguasaan KBAT nilai min M= 3.85, SD= .679 dan Efikasi Diri nilai min M= 3.65. SD= .630. Dapatan kajian mendapati Penguasaan KBAT dan kesan penguasaan KBAT adalah tinggi manakala efikasi diri adalah sederhana. Analisis korelasi pula menunjukkan  hubungan antara efikasi diri dengan kesan penguasaan KBAT mempunyai nilai korelasi r= .806**, Sig=  .000, p > .005 manakala hubungan efikasi diri dengan kesan penguasaan KBAT mempunyai nilai korelasi r= .806**, Sig=  .000, p > .005 manakala hubungan antara penguasaan KBAT dengan Kesan Penguasaan KBAT adalah r= .878, Sig= .000, p> .05. Hasil dapatan ini menunjukkan terdapat hubungan yang positif antara efikasi diri pelajar dengan penguasaan KBAT yang diaplikasikan dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. Cadangan kajian ini dapat membantu memberi nilai tambah kepada guru dan pelajar untuk lebih gigih berusaha dan membantu dalam meningkatkan kendiri. Di samping itu, pelajar mampu meningkatkan motivasi dan memupuk keyakinan diri pelajar untuk kemenjadian murid yang berjaya

Abstract: The efficacy and mastery of KBAT is important in every learning at school, especially in Islamic Education specifically for high school students. Self-efficacy can be understood as the level of confidence or the extent to which one feels confident in one's ability and effort to do something. Student excellence in academics is not just about self-performance but needs to be shaped by self-confidence and mastery in a subject. Nowadays, school students are sometimes easily shaken when faced with various forms of challenges and waves of modernization. In this relationship, there is still a relationship between student self-efficacy and learning motivation impacting student engagement and achievement. Therefore, the purpose of this study is to identify the level of self-efficacy and mastery of KBAT among secondary students, the factors of mastery of KBAT among secondary students and the extent of the relationship between mastery of KBAT among secondary students in Tawau district, Sabah. This study uses a quantitative approach with survey research. The data of this study was taken with 200 high school students in Tawau Sabah and analyzed with SPSS software. The results of the study found that the mastery construct of KBAT with a mean value of M= 4.00, SD= .705, followed by the Effect of Mastery of KBAT with a mean value of M= 3.85, SD= .679 and Self-Efficacy with a mean value of M= 3.65. SD = .630. The findings of the study found that KBAT Mastery and the effects of KBAT mastery are high while self-efficacy is moderate. Correlation analysis shows that the relationship between self-efficacy and the effect of mastery of KBAT has a correlation value of r= .806**, Sig= .000, p > .005 while the relationship between self-efficacy and the effect of mastery of KBAT has a correlation value of r= .806**, Sig = .000, p > .005 while the relationship between KBAT mastery and KBAT Mastery Effect is r= .878, Sig= .000, p> .05. The results of this finding show that there is a positive relationship between student self-efficacy and mastery of KBAT applied in Islamic Education subjects. The recommendations of this study can help give added value to teachers and students to work harder and help in self-improvement. In addition, students are able to increase motivation and foster self-confidence in order to become successful students.

Downloads

Published

04-04-2024