AMALAN PEDAGOGI GURU PENDIDIKAN ISLAM DI SEKOLAH RENDAH JENIS KEBANGSAAN CINA (SJKC) DALAM MENINGKATKAN PRESTASI MURID BAGI MATA PELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM [PEDAGOGICAL PRACTICES OF ISLAMIC EDUCATION TEACHERS AT A CHINESE NATIONAL PRIMARY SCHOOL (SJKC) IN IMPROVING STUDENT PERFORMANCE FOR SUBJECTS ISLAMIC STUDIES]

Authors

  • Hasnida Idris Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Harun Baharudin Universiti Kebangsaan Malaysia

Keywords:

pendidikan islam, amalan pedagogi, GPI, SJKC

Abstract

Abstrak: Pedagogi bermaksud kaedah pengajaran yang digunakan dan diaplikasikan dalam menyampaikan sesuatu ilmu. Pengajaran yang berkesan berkait rapat dengan amalan pedagogi seseorang guru. Artikel ini membincangkan amalan pedagogi bagi Guru Pendidikan Islam yang mengajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC). Realiti pengajaran Guru Pendidikan Islam (GPI) pada masa kini, sering dikaitkan dengan melatih tubi murid untuk menghafal dan kaedah ini menyebabkan murid cepat merasa bosan. Justeru, dalam menarik minat serta meningkatkan prestasi murid bagi mata pelajaran Pendidikan Islam, amalan pedagogi yang digunakan oleh seseorang guru didapati memberi kesan terhadap pengajaran yang dijalankan. Fokus utama artikel ini bertujuan mengenal pasti amalan pedagogi GPI danĀ  meneroka amalan pedagogi GPI terhadap pengajaran mata pelajaran Pendidikan Islam di SJKC. Data utama mengenai amalan pedagogi yang dilaksanakan oleh GPI di SJKC dikutip melalui temu bual separa berstruktur. Selain hasil temu bual yang dijalankan, data juga diperolehi melalui pemerhatian dan analisis dokumen. Dua kategori soalan digunakan bagi mengutip data kajian iaitu kategori amalan pedagogi dan pengetahuan terhadap amalan pedagogi dalam pengajaran dan pembelajaran. Tahap prestasi murid dilihat dapat meningkat dengan lebih baik mengikut amalan pedagogi guru. Data temu bual juga menunjukkan bahawa guru yang menguasai pedagogi mempunyai pengetahuan dan kemahiran mengajar yang berkesan kerana mereka boleh melaksanakan amalan pedagogi mengikut tahap kesesuaian murid berdasarkan pengajaran yang diajar. Diharapkan semua GPI di SJKC boleh menggunakan artikel ini sebagai rujukan dalam menyampaikan pengajaran mengikut amalan pedagogi yang berkesan.

Abstract: Pedagogy means the method of teaching used and applied in conveying knowledge. Effective teaching is closely linked to the pedagogical practice of a teacher. This article discusses the pedagogical practices of teachers of Islamic Education teaching in Chinese National Type Schools (SJKC). The reality of teaching teachers of Islamic education (GPI) today, is often associated with training pupils to memorize and this method causes students to quickly get bored. Furthermore, in attracting interest and improving student performance in Islamic Education subjects, the pedagogical practice used by a teacher has been found to have an impact on the teaching carried out. This article's primary goal is to define GPI pedagogical practices and investigate GPI pedagogy practices related to Islamic Education topic instruction at SJKC. The main data on the pedagogical practice carried out by GPI at SJkC are quoted through semi-structured interviews. Apart from the outcomes of the interviews, information is also gathered by document analysis and observation. The study data is cited using two types of questions: knowledge of pedagogic practices in teaching and learning and the category of pedagogical practices. The teacher's educational style appears to be improving student accomplishment levels more effectively. Interview data also show that teachers who master pedagogics have effective teaching knowledge and skills because they can implement pedagogical practices according to the level of suitability of students based on the teaching taught. It is hoped that all GPIs at SJKC can use this article as a reference in delivering teaching according to effective pedagogical practices.

Downloads

Published

28-03-2024