AMALAN AKHLAK DAN NILAI MURNI GURU PELATIH MELALUI PENDIDIKAN ISLAM [MORAL PRACTICE AND MORAL VALUES OF TRAINEE TEACHERS THROUGH ISLAMIC EDUCATION]

Authors

  • Rafidah Mat Ali Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Mohd Isa Hamzah Universiti Kebangsaan Malaysia

Keywords:

Pendidikan Islam, Nilai- Nilai Murni, Guru Pelatih, Amalan Akhlak Islamic Education, Pure Values, Teacher Trainer, Moral Practice

Abstract

Abstrak: Kertas kajian dijalankan terhadap amalan akhlak dan nilai murni guru pelatih daripada pelbagai sudut amalan seharian melalui proses pendidikan Islam. Keseimbangan pendidikan akademik mestilah selaras dengan pendidikan akhlak berteraskan Islam. Kertas kajian ini dijalankan untuk bertujuan mengkaji amalan seharian akhlak dan nilai murni guru pelatih. Menggunakan kaedah kualitatif dan kaedah tinjauan menggunakan soal selidik digunakan untuk mendapatkan data. SPSS digunakan untuk menganalisis data. Kertas kajian ini menggunakan analisis secara deskriptif. Seramai 30 orang guru pelatih daripada IPGRM dipilih sebagai responden kajian. Tahap amalan akhlak guru pelatih adalah pada tahap sederhana tinggi pada peringkat akhlak terhadap masyarakat. Item amalan terhadap pencipta berada pada tahap yang tinggi dan memberangsangkan. Guru pelatih telah menunjukkan akhlak dan nilai murni yang positif. Pada keseluruhannya kertas kajian ini mendapati akhlak guru pelatih perlu dipertingkatkan pada fasa awal pendidikan guru di institut perguruan, kerana terdapat lagi elemen akhlak terhadap manusia yang perlu dipertingkatkan lagi. Adalah menjadi harapan saya agar kertas kajian ini dapat dimanfaatkan oleh pengkaji yang lain dalam usaha membantu meningkatkan akhlak pelajar terutama dalam kalangan guru pelatih.

Abstract: The research paper was conducted on the moral practice and moral values of trainee teachers from various angles of daily practice through the Islamic education process. The balance of academic education must be in line with moral education based on Islam. This research paper was conducted with the aim of studying the daily practice of morals and moral values of trainee teachers. Using qualitative methods and questionnaire survey methods were used to obtain data, the data was analyzed using SPS. This research paper uses descriptive analysis. A total of 30 trainee teachers from IPGRM were selected as study respondents. The level of moral practice of trainee teachers is at a medium-high level in terms of morals towards the community. The practice item towards the creator is at a high and encouraging level. Trainee teachers have shown good morals and positive values. Overall, this research paper found that the morals of trainee teachers need to be improved in the initial phase of teacher education in teaching institutes, because there are other elements of morals towards people that need to be further improved. It is my hope that this research paper can be used by other researchers in an effort to help improve student morals, especially among trainee teachers.

Downloads

Published

04-03-2024