METODOLOGI DATO’ ISMAIL BIN HASHIM DALAM PENGAJARAN TARANNUM AL-QURAN DI MALAYSIA [METHODOLOGY OF DATO 'ISMAIL BIN HASHIM IN TEACHING TARANNUM AL-QURAN IN MALAYSIA]

Authors

  • Mohamad Alwi Ab Rahman Sultan Abdul Halim Mua’dzam Shah International Islamic University
  • Mohd Sholeh Sheh Yusuff Sultan Abdul Halim Mua’dzam Shah International Islamic University
  • Ali Omar Salem Balagem Sultan Abdul Halim Mua’dzam Shah International Islamic University
  • Sumaiyah Ramli Sultan Abdul Halim Mua’dzam Shah International Islamic University
  • Yusuf Othman Sultan Abdul Halim Mua’dzam Shah International Islamic University

Keywords:

Metodologi, Pengajaran Tarannum, sumber rujukan asal Dato’ Ismail bin Hashim, Qur’an tarannum, tarannum teaching method

Abstract

Abstrak: Kajian ini memfokuskan kepada seorang tokoh tarannum al-Quran yang masyhur di Malaysia iaitu Dato’ Ismail bin Hashim berkaitan metodologi pengajaran tarannum al-Quran. Objektif utama kajian adalah untuk menjelaskan secara ilmiah berkenaan tarannum al-Quran dan metodologi pengajaran tarannum al-Quran oleh tokoh ini, mendedahkan latar belakang tokoh, mengkaji metodologi dalam pengajaran tarannum al-Quran dan menganalisis metodologi pengajaran tarannum al-Quran yang diamalkan oleh tokoh ini. Bentuk kajian yang dilakukan ialah melalui kepustakaan dan lapangan. Hasil kajian mendapati bahawa metodologi pengajaran tarannum al-Quran oleh tokoh ini boleh disimpulkan kepada memfokuskan bahagian praktikal. Namun realitinya tokoh ini mempunyai teknik tersendiri dengan memasukkan metodologi pengajaran yang digabungkan dengan teori dan praktikal dalam sesi pengajiannya. Kajian ini merumuskan bahawa metodologi Dato’ Ismail bin Hashim memberi kesan kepada para pelajar berkaitan kemahiran mengolah irama tarannum dengan sentiasa mendengar qari Arab dan lagu klasik Arab. Kesimpulannya, Metodologi pengajaran oleh tokoh ini telah melahirkan para qari dan qariah yang dapat menguasai dengan baik dalam bidang tarannum al-Quran. Hal ini dapat dilihat pencapaian anak didiknya dalam pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan al-Quran sama ada di Malaysia dan di luar Malaysia hingga mengharumkan nama Negara Malaysia di persada Antarabangsa.

Abstract: This study focuses on an important figure in the Qur’an tarannum in Malaysia, Dato’ Ismail bin Hashim, who was famous for teaching the Qur’an tarannum. The objective of this study is to examine the Qur’an tarannum and the teaching method of the Qur’an tarannum used by this figure. This research employs library research and field study as the method to achieve the research objective. The finding of this study reveals that the teaching method of the Qur’an tarannum employed by this figure emphasized the aspect of practicality. This figure had his own technique by integrating the theory and practice in his teaching method during his teaching sessions. This study concludes that the method used by Dato’ Ismail bin Hashim important influence on his students regarding the skill to adopt the tarannum melody by exposing the students to the Arabic Qur’an reciters and classical Arabic songs. In conclusion, the teaching method used by this figure has produced Qur’an reciters who are able to master the field of the Qur’an tarannum. This is shown by the performance achieved by his students in various activities related to the Qur’an in Malaysia and abroad so much so that Malaysia has been well respected in the global.

Downloads

Published

15-02-2021

Issue

Section

Articles