EXPLORASI KAJIAN LITERATUR KONSEP USAHAWAN AL-FALAH MENURUT PANDANGAN AHLI SARJANA [EXPLORATION OF LITERATURE STUDY OF THE CONCEPT OF AL-FALAH ENTREPRENEUR ACCORDING TO THE VIEW OF SCHOLARS]

Authors

  • Musa Muhamad Ali Universiti Teknologi Malaysia
  • Mohd Fauzi Abu @ Hussin Universiti Teknologi Malaysia
  • Siti Salwa Md Sawari Universiti Teknologi Malaysia

Keywords:

Perniagaan, Muamalah, Usahawan Muslim, Al- Falah, Ibadah Business, Muamalah, Muslim Entrepreneur, Al-Falah, Worship

Abstract

Abstrak: Kajian keusahawanan Islam dan kaitannya dengan kejayaan tidak banyak dilakukan oleh para cendekiawan Islam. Di dalam ‘review dan research agenda’ yang mengumpulkan kajian kesan keagamaan dan kerohanian terhadap aktiviti keusahawanan menunjukkan sebahagian besar kajian di pelopori oleh cendekiawan bukan Islam. Maka dengan itu terdapat kelopongan yang jelas dalam bidang ini. Tujuan artikel ini adalah menjelaskan konsep usahawan al- Falah dalam kalangan sarjana. Kajian ini berbentuk kajian literatur yang mana pengkaji menggunakan sumber-sumber sekunder daripada artikel, tesis dan juga wacana-wacana ilmiah bagi menjelaskan konsep-konsep yang mendukung usahawan Muslim Berjaya. Daripada hasil kajian literatur, pengkaji mendapati secara asasnya, usahawan Muslim berjaya dari perspektif muamalah Islam merupakan individu cemerlang bukan sahaja dalam aktiviti keusahawanan tetapi pada masa yang sama taat pada perintah agama. Dalam perspektif Islam, keseimbangan seseorang usahawan memperolehi kejayaan dunia dan pada masa yang sama memenuhi tuntutan agama dan syariat dikenali sebagai usahawan ‘al - Falah’. Dengan erti kata lain, konsep al - Falah adalah suatu pencapaian cemerlang mencakupi keseluruhan aspek kehidupan manusia meliputi kerohanian, kebendaan, moral dan sebagainya untuk mencapai kejayaan di dunia dan akhirat..

Abstract: Through discovery, it was found that there are only a few research discoveries on successful Islamic entrepreneurship. From the past review, it is discovered that religious and spiritual impacts on entrepreneurial activities were pioneered by non-Muslim scholars. Thus, there is a clear gap in this field that required Muslims to further investigate. The purpose of this article is to explain the concept of al-Falah entrepreneurs among Muslim scholars. This study refers to previous literature where researchers use secondary sources from articles, thesis, and also scientific discourses to explain the concepts that support successful Muslim entrepreneurs. From the results of the literature review, the researchers found that successful Muslim entrepreneurs from the Islamic perspective are excellent individuals not only in entrepreneurial activities but at the same time obedient to religious orders. A successful Muslim entrepreneur from the Islamic perspective is known as an excellent individual not only in entrepreneurial activities yet obedience to religious orders. From the Islamic perspective, an entrepreneur that able to balance worldly and religious obligation, sharia is known as the ‘al-Falah’ entrepreneur. In other words, the concept of al - Falah is an excellent achievement covering all aspects of human life including spiritual, material, moral and more to achieve success in this world and the hereafter..

Downloads

Published

08-03-2021

Issue

Section

Articles