PERANAN ORGANISASI ISLAM DALAM GERAKAN DAKWAH MUALAF DI SABAH [THE ROLE OF ISLAMIC ORGANIZATIONS IN THE DAKWAH MUALAF MOVEMENT IN SABAH]

Authors

  • Mohd Aswan Mohd Amin Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Abdul Ghafar Don Universiti Kebangsaan Malaysia

Keywords:

Peranan, organisasi Islam, gerakan dakwah, mualaf, Sabah Role, Islamic organization, dakwah movement, mualaf, Sabah

Abstract

Abstrak: Perkembangan Islam dan dakwah antara lain ditunjangi dengan gerakan secara organisasi atau tanzimi atau jama’i. Dakwah para rasul telah menjadikan gerakan secara tanzimi sebagai asas kekuatan dalam menunjangi perjalanan dakwah mereka. Asas dakwah secara organisasi ini telah dijelaskan dalam al-Qur’an, Surah Ali Imran ayat 52, 104 dan 110 dan Surah al-Saff ayat 14. Perkembangan gerakan dakwah di Malaysia termasuklah di Sabah mengambil pendekatan yang sama. Justeru itu, artikel ini membincangkan peranan gerakan dakwah di Sabah dengan fokus kepada dua organisasi Islam yang dilihat sinonim dengan perkembangan dakwah Islamiah, iaitu United Sabah Islamic Association (USIA) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS). USIA mewakili organisasi dakwah bukan kerajaan atau NGO manakala JHEAINS pula mewakili badan dakwah kerajaan. Kajian ini adalah kajian kualitatif dengan mengambil kaedah analisis dokumen. Data kajian kemudiannya dianalisis secara tematik bagi mengenal pasti peranan USIA dan JHEAINS dalam melaksanakan gerakan dakwah terhadap mualaf. Hasil kajian mendapati bahawa kedua-dua organisasi dakwah ini telah berperanan dalam gerakan dakwah mualaf melalui kaedah-kaedah: Pendidikan, ekonomi, memanfaatkan status sosial, ziarah, mabit, jalinan kerjasama, kelas bimbingan al-Qur’an dan fardu Ain dan latihan.

Abstract: The development of Islam and da’wah among others is supported by organizational movement or in Arabic words tanzimi or jama’i (collectively). The da'wah of Allah’s messengers have made the tanzimi movement as a basis of strength in supporting their da'wah journey.The basis of this organizational da'wah has been explained in the Qur'an, Surah Ali Imran verses 52, 104 and 110 and Surah al-Saff verse 14.The development of the dakwah movement in Malaysia, including in Sabah, takes a similar approach. Therefore, this article discusses the role of the dakwah movement in Sabah with a focus on two Islamic organizations that are seen as synonymous with the development of Islamic dakwah, namely the United Sabah Islamic Association (USIA) and the Sabah Islamic Religious Affairs Department (JHEAINS). USIA represents non-governmental dakwah organizations or NGOs while JHEAINS represents governmental dakwah bodies. This study is a qualitative study by using the method of document analysis. All the obtained data analysed thematically to identify the role of USIA and JHEAINS in implementing the dakwah movement towards mualaf or the converts. The results of the study reveal that these two dakwah organisations have played a role in the mualaf da’wah movement through the methods of education, economics, utilizing social status, visit, mabit (camping), cooperation, Qur’an guidance class and fardu Ain and training programs.

Downloads

Published

01-06-2021

Issue

Section

Articles