KAEDAH PUJIAN DAN PENGHARGAAN DALAM PEMBELAJARAN AL-QURAN BAGI KANAK-KANAK PRA SEKOLAH [PRAISE AND APPRECIATION METHOD IN LEARNING AL-QURAN FOR PRE-SCHOOL CHILDREN]

Authors

  • Mohd Zulkarnain Abd Hamid Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Mohd Isa Hamzah Universiti Kebangsaan Malaysia

Keywords:

Kaedah pembelajaran al-Quran; kanak-kanak; pujian; penghargaan Quran learning methods; children; praise; appreciation

Abstract

Abstrak: Kertas  penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji kaedah pujian dan penghargaan dalam pembelajaran al-Quran bagi kanak-kanak pra sekolah. Dari dapatan kajian-kajian lepas mendapati teori pujian dan penghargaan dalam pendidikan sangat memberi motivasi dan rangsangan kepada perlakuan kanak-kanak. Pujian merupakan perkara yang disukai oleh setiap orang. Dalam pembelajaran al-Quran kaedah pujian dan penghargaan seperti memberi kata-kata positif apabila murid dapat menguasai ayat atau huruf atau memberi hadiah, memberi tepukan selepas murid membaca dengan betul juga merupakan tindakan pujian yang secara tidak langsung memberi semangat dan galakan kepada pelajar. Kajian ini juga untuk mengenal pasti dan memperincikan konsep dan amalan aktiviti pembelajaran al-Quran dari sudut pemberian pujian dan ganjaran kepada kanak-kanak sebagai pengukuhan dalam aktiviti pembelajaran. Dapatan ini akan dijadikan sebagai perkongsian bersama kepada golongan pendidik untuk penambahbaikan dalam pelaksanaan pengajaran al-Quran  dalam konteks sistem pendidikan di Malaysia secara umumnya dan pra sekolah amnya.

Abstract: This research paper aims to examine the method of praise and appreciation in learning Quran for preschool children. From the findings of previous studies, theory of praise and appreciation in education is very motivating and stimulating to children's behavior. Praise is something that everyone loves. In Quran learning, giving positive words when students can master a verse or letter, giving gifts and giving applause after students read correctly are examples of praising that indirectly gives encouragement to them. This study is also to identify and analyse the concept and practice of Quranic learning activities in terms of giving praise and rewards to children as reinforcement in learning it. These findings will be used by educators for improvement in the implementation of the teaching of the Qur'an in the context of the education system in Malaysia specifically in pre-school.

Downloads

Published

26-06-2021

Issue

Section

Articles