PERLEMBAGAAN KERAJAAN PERAK ATTESTASI KEDAULATAN WATAN [CONSTITUTION OF THE GOVERNMENT OF PERAK AS THE ATTESTATION TO THE INDIGENOUS SOVEREIGNTY]

Authors

  • Wan Ahmad Fauzi Wan Husain Universiti Malaysia Pahang

Keywords:

Kedaulatan Watan, Perlembagaan Tanah Melayu, Undang-Undang 99, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak, Jurisprudens Watan indigenous sovereignty, Constitution of the State of Perak, Undang-Undang 99, Watanic jurisprudence

Abstract

Abstrak: Perkembangan perlembagaan bertulis bagi Kerajaan Melayu Perak dapat disaksikan melalui pemakaian Hukum Kanun Melaka diikuti dengan Undang-Undang 99 Perak dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak. Makalah ini bertujuan untuk menghuraikan Undang-Undang 99 Perak dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak melalui kerangka seperti digagaskan dalam Konsep Kedaulatan Watan Raja-Raja Melayu Dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia Menurut Sejarah Perundangan (2017) dari empat aspek, iaitu; pertama, raja adalah pemerintah sebuah kerajaan merdeka; kedua, pemerintahnya mengekalkan agama Islam sebagai anutan; ketiga, pemerintah naik takhta atas syura dan bai’ah; keempat, pemakaian prinsip kedaulatan watan. Makalah ini menggunakan metode kualitatif melalui pendekatan sejarah perundangan berlandaskan jurisprudens watan. Undang-Undang 99 Perak dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak dijadikan sumber primer. Dapatan menunjukkan Undang-Undang 99 Perak dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak merupakan attestasi pemeliharaan kedaulatan yang mendukung Islam sebagai undang-undang watan dan kedaulatan Sultan Perak seperti diwarisi daripada Kesultanan Melayu Melaka. Kedudukan ini amat penting kerana ia menjelaskan prinsip kedaulatan watan Negeri Perak pada hari ini. Pada sisi yang sama, ia memperuntukkan bagaimana prinsip perlembagaan Negeri Perak perlu ditafsirkan.

Abstract: The development of written constitution for the Perak Malay Government is evidenced through the application of Hukum Kanun Melaka followed with Undang-Undang 99 Perak and Constitution of the State of Perak. This paper aims to describe Undang-Undang 99 Perak and Constitution of the State of Perak through the framework as formulated in Konsep Kedaulatan Watan Raja-Raja Melayu Dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia Menurut Sejarah Perundangan (2017) from four aspects, namely; First, the ruler is the head of an independent Government; Second, the ruler remains in Islamic faith; Third, the ruler is installed upon shura and bai'ah; Forth, the application of principles of the indigenous sovereignty. This paper applies a qualititative legal history methodology based on watanic jurisprudence. Undang-Undang 99 Perak and Constitution of the State of Perak are placed as the primary sources. The finding shows that Undang-Undang 99 Perak and Constitution of the State of Perak are the attestation preserving the indigenous sovereignty which upholds Islam as the law of the land and the sovereignty of the Sultan of Perak as inherited from the Sultanate of Malaka. This position is very important because it explains the principle of indigenous sovereignty of the state of Perak today. On the same premise, it provides how the constitutional principles of the state of Perak should be interpreted..

Downloads

Published

24-01-2021

Issue

Section

Articles