GELIGA SEBAGAI PUISI ADAT DALAM KOMUNITI IBAN [GELIGA AS A CUSTOMARY POEM IN THE IBAN COMMUNITY]

Authors

  • Laura Beruin Universiti Pendidikan Sultan Idris
  • Chemaline Osup Universiti Pendidikan Sultan Idris

Keywords:

Geliga, puisi, adat, masyarakat Iban, teori budaya, teori stilistik Geliga, poetry, customs, Iban people, cultural theory, stylistic theory

Abstract

Abstrak: Adat rumah panjang masyarakat Iban disampaikan melalui puisi geliga iaitu berkaitan dengan tingkah laku yang perlu dipatuhi para tetamu sepanjang perayaan atau majlis berlangsung seperti hari gawai dan perkahwinan. Sekiranya para tetamu melanggar adat tersebut maka akan dikenakan denda berdasarkan adat rumah panjang. Penyelidikan ini dijalankan untuk mengenal pasti jenis geliga sebagai puisi adat, mengenal pasti fungsi geliga berdasarkan teori budaya dan menghuraikan gaya bahasa pengulangan kata dalam geliga. Penyelidikan ini berbentuk kualitatif dengan menggunakan teori budaya dan teori stilistik berdasarkan pendekatan meneliti aspek latar budaya teks, meneliti perjuangan-perjuangan individu dan kefahaman pembaca. Pengutipan data dilakukan dengan kaedah temu bual dan perpustakaan. Hasil kajian mendapati bahawa jenis geliga adalah Geliga Gawai Dayak dan Geliga Nikah. Fungsi geliga pula adalah sebagai peringatan tentang adat rumah panjang dan membentuk akhlak yang mulia. Gaya bahasa pengulangan kata yang berlaku dalam geliga adalah anafora dan mesodilopsis. Penyelidikan ini bukan sahaja menjelaskan geliga sebagai salah satu kesenian masyarakat Iban namun juga sebagai salah satu wadah dalam mempertahankan adat dan budaya masyarakat Iban sekaligus membentuk serta mendidik sahsiah masyarakat.

Abstract: The longhouse custom of the Iban community is conveyed through geliga poems which are related to the behavior that must be observed by the guests during the festival or ceremony such as gawai and wedding day. If the guests violate the custom then they will be fined based on the longhouse custom. This research was conducted to identify the type of geliga as a customary poem, identify the function of geliga based on cultural theory and describe the language style of word repetition in geliga. This research is qualitative by using cultural theory and stylistic theory based on the approach of examining aspects of the cultural background of the text, examining the individual struggles and understanding of the reader. Data collection was done by interview and library methods. The results of the study found that the types of geliga are Geliga Gawai Dayak and Geliga Nikah. The function of the geliga is as a reminder of the customs of the longhouse and to form noble morals. The language styles of word repetition in geliga are anaphora and mesodiplosis. This research not only explains geliga as one of the arts of the Iban community but also as one of the platforms in defending the customs and culture of the Iban community as well as shaping and educating the personality of the community.

Downloads

Published

28-07-2021

Issue

Section

Articles