PENDIDIKAN AKHLAK DALAM MENANGANI ISU GEJALA SOSIAL PELAJAR [MORAL EDUCATION IN ADDRESSING THE ISSUE OF STUDENT SOSIAL SYMPTON]

Authors

  • Mohd Saiful Akmal A. Karim Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Ahmad Sunawari Long Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Faudzinaim Badaruddin Universiti Kebangsaan Malaysia

Keywords:

Konsep pendidikan akhlak, Keistimewaan pendidikan akhlak The concept of moral education, Privileges of moral education

Abstract

Abstrak: Penghayatan dan pengamalan akhlak Islam yang bertunjangkan tauhid mampu menyelamatkan manusia dari segala tindakan dan perbuatan yang mengancam kesejahteraan masyarakat dan hak seseorang individu. Maka kajian ini adalah bertujuan untuk memberi kefahaman dan menyedarkan masyarakat tentang kelebihan pendidikan akhlak Islam mampu menangani isu keruntuhan moral pelajar masa kini. Isu keruntuhan moral adalah satu isu yang semakin membarah dari tahun ke tahun sehinggalah pada masa kini. Justeru itu sistem pendidikan Islam yang merangkumi pendidikan akhlak adalah satu keperluan mendesak pada masa kini bagi menyediakan individu yang bukan sahaja cemerlang dari segi akademik tetapi memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepatuhan dan kepercayaan pada tuhan.  Pendidikan akhlak Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW terbukti melahirkan masyarakat yang berakhlak dan membawa kepada kehidupan yang harmoni. Adalah amat penting bagi semua lapisan masyarakat untuk diberi kefahaman dan kesedaran tentang keistimewaan pendidikan akhlak di dalam Islam untuk dipraktikkan bagi menjamin kesejahteraan dan keselamatan sesebuah negara. Kajian ini menggunakan kaedah kajian kepustakaan dengan menganalisis dokumen-dokumen seperti kajian-kajian lepas, jurnal dan kajian ilmiah yang berkaitan. Hasil dapatan kajian ini telah menunjukkan kepentingan dan keperluan untuk memfokuskan pelajar-pelajar supaya memahami, menghayati dan mengamalkan asas-asas pendidikan akhlak Islam.

Abstract: The appreciation and practice of Islamic Ethics based on Islamic creed is able to save human beings from all actions and deeds that threaten the society well-being as well as the individual rights. Therefore, the study aims to provide understanding and public awareness on the advantages of Islamic ethics and be able to address the issue of moral collapse among students nowadays. The issue of moral decay is an issue that is getting worse from year to year up to now. Hence, the Islamic educational system which includes moral education is an urgent need in the present time to provide individuals whose are not only excellent in terms of academia but to develop the individual potential in a holistic and integrated manner to produce a balanced and harmonious human being intellectually, spiritually, emotionally and physically based on obedience and belief in God. Islamic Ethics brought by Prophet PBUH is proven to produce a moral society and lead to a harmonious life. It is essential for all society levels to be given an understanding and awareness on the privilege of moral education in Islam to be practiced and to ensure the well-being and security of a country. This study uses the method of library based research by analyzing documents such as; literature review, journals and related scientific studies. The findings show that the importance and need to be focussed on students to understand, appreciate and practice the basics of Islamic Ethics.

Downloads

Published

13-08-2021

Issue

Section

Articles