SOROTAN LITERATUR ADAT DAN KEPERCAYAAN BERBURUNG DALAM KOMUNITI IBAN [LITERATURE RIVIEW ON CUSTOMS AND BELIEFS OF BERBURUNG IN IBAN COMMUNITY]

Authors

  • Tony Mulok Universiti Pendidikan Sultan Idris
  • Chemaline Osup Universiti Pendidikan Sultan Idris

Keywords:

beburung, komuniti Iban, animisme

Abstract

Abstrak: Adat dan kepercayaan berburung merupakan satu kepercayaan animisme yang wujud dalam masyarakat Iban sebelum kedatangan agama Kristian dan Islam. Dalam kepercayaan berburung masyarakat Iban menggunakan tujuh jenis burung yang dinamai sebagai Ketupung, Beragai, Bejampung, Pangkas, Papau, Embuas dan Nendak. Domain perbahasan dalam makalah ini hanyalah berhubung dengan pemikiran dan pendapat para sarjana mengenai adat dan kepercayaan berburung masyarakat Iban. Pendekatan kajian kualitatif telah digunakan dalam artikel ini bagi membincangkan pemikiran dan pendapat penulisan yang lain mengenai adat dan kepercayaan berburung. Makalah ini menggunakan dua sumber iaitu sumber utama dalam artikel ini melibatkan penulisan-penulisan lepas seperti tesis, jurnal dan buku manakala sumber kedua pula diambil daripada temu bual dengan menggunakan empat responden yang dipilih iaitu Lemambang Clement Bunsu sebagai responden pertama, responden kedua manang Jaie Ikut, responden  ketiga iaitu Tuan Gerinang dan responden terakhir iaitu Tambi Jaie. Pemilihan ke empat responden ini bertujuan untuk menyokong sumber sekunder yang ada. Dapatan makalah ini telah menemukan titik permulaan bagi adat dan kepercayaan ini. Kebanyakan para sarjana menjelaskan bahawa adat dan kepercayaan ini dipercayai bermulanya daripada ajaran yang telah diperturunkan oleh Petara kepada orang Iban yang dikenali sebagai Aki Lang Sengalang Burung kepada cucunya yang bernama Sera Gunting.

Abstract: The custom and belief of berburung is a belief of animism that existed in the Iban community before the advent of Christianity and Islam. In the birding belief, the Iban people use seven types of birds named as Ketupung, Beragai, Bejampung, Pangkas, Papau, Embuas and Nendak. The domain of debate in this paper is only in relation to the thoughts and opinions of scholars in the birding beliefs of the Iban community. A qualitative research approach has been used in this article to discuss the thoughts and opinions of other writers on berburung customs and beliefs. This paper uses two sources, the main source in this article involves past writings such as theses, journals and books while the second source is taken from interviews using four selected respondents, namely Lemambang Clement Bunsu as the first respondent, second respondent Manang Jaie Ikut, the third respondent is Tuan Gerinang and the last respondent is Tambi Jaie. The selection of these four respondents was intended to support the available secondary sources. The findings of this paper have found a starting point for these customs and beliefs. Most scholars explain that these customs and beliefs are believed to have originated from the teachings that Petara had passed down to the Iban people known as Aki Lang Sengalang Burung to his grandson named Sera Gunting.

Downloads

Published

13-08-2021

Issue

Section

Articles