PENGAMALAN KEROHANIAN WANITA BEKERJA DALAM MENGHADAPI CABARAN MENGURUS KERJAYA DAN RUMAH TANGGA [SPIRITUAL PRACTICES OF WORKING WOMEN IN FACING THE CHALLENGES OF MANAGING A CAREER AND HOUSEHOLD]

Authors

  • Nur Aqilah Ramizu Universiti Kebangsaan Malaysia
  • A’dawiyah Ismail Universiti Kebangsaan Malaysia

Keywords:

amalan rohani, cabaran, wanita, kerja, rumah tangga

Abstract

Abstrak: Bidang pekerjaan merupakan satu bidang yang sentiasa berkembang dan ianya melibatkan golongan wanita. Penglibatan wanita dalam bidang pekerjaan telah memberikan sumbangan besar kepada kemajuan negara. Islam membenarkan wanita bekerja dengan menggariskan beberapa syarat yang perlu dipatuhi semasa keluar bekerja. Wanita yang bekerja akan menghadapi beberapa cabaran semasa bekerja atau menguruskan rumah tangga. Jika cabaran ini tidak dapat diatasi oleh wanita dengan sebaiknya maka ia akan menimbulkan masalah dan juga tekanan dari sudut fizikal dan mental. Oleh itu artikel ini membincangkan berkenaan amalan kerohanian yang dilakukan wanita bekerja dalam menghadapi cabaran dan tekanan semasa menguruskan kerjaya dan rumah tangga. Reka bentuk kajian ini kualitatif yang berbentuk kajian tinjauan. Dapatan dalam kertas kerja ini diperolehi dari analisis dokumen yang dianalisis secara deskriptif. Hasil kajian menunjukkan aspek kerohanian dari segi amalan perlu difahami dan dilakukan wanita berkerjaya secara konsisten semasa menghadapi cabaran agar pengurusan kerjaya dan rumah tangga terurus dan seimbang. Hakikatnya kebaikan amalan kerohanian dapat mengawal diri wanita dari tekanan, memberi ketenangan jiwa, menghindari kebimbangan wanita di sepanjang melaksanakan tanggungjawab sebagai ibu, isteri dan pekerja.

Abstract: The field of employment is an ever-expanding field and it involves both men and women. The involvement of women in employment has contributed to the progress of the country. Islam does not prevent women from working and has give some guidlines that must be complied with by women while going out for work . Working women will face a several challenges either while working or managing a household. If this challenge cannot be overcome properly then it will cause problems and also stress from physical and mental depletion to them. Therefore, this article discusses the spiritual practices practiced by working women in facing the challenges and pressures while managing their career and household.The design of this study was qualitative in the form of a survey study. The findings in this paper are obtained from a descriptively analyzed document analysis. The results show that the spiritual aspect in terms of practice needs to be understood and done by working women when facing challenges so that they can always managed between career and household. In addition, the goodness of spiritual practice enables women to control themselves from stress and anxiety throughout performing women’s responsibilities as workers, mothers and wives.

Downloads

Published

19-08-2021

Issue

Section

Articles