KESAN PENGAMBILAN MAKANAN DALAM MEMPENGARUHI TINGKAH LAKU MORAL DARI PERSPEKTIF AGAMA KRISTIAN [THE EFFECT OF FOOD CONSUMPTION IN INFLUENCING MORAL BEHAVIOR FROM THE PERSPECTIVE OF CHRISTIANITY]

Authors

  • Paw Li Hong Universiti Pendidikan Sultan Idris
  • Abu Zarrin Selamat Universiti Pendidikan Sultan Idris
  • Miftachul Huda Universiti Pendidikan Sultan Idris
  • Hafizul Fahri Hanafi Universiti Pendidikan Sultan Idris

Keywords:

kesan pengambilan makanan, tingkah laku moral dan agama Kristian

Abstract

Abstrak: Kajian ini bertujuan untuk mengetahui kesan pengambilan makanan dalam mempengaruhi pembentukan tingkah laku moral menurut agama Kristian. Penentuan pemilihan makanan dari segi kualiti dan khasiat, halal dan haram, kebersihan dan juga penampilan makanan bukan sahaja dipengaruhi oleh justifikasi oleh seseorang individu. Justifikasi ini dikaitkan dengan beberapa faktor seperti agama, budaya, maklumat dan gaya hidup. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti kepentingan makanan terhadap tubuh badan manusia, mengkaji pandangan Kristian tentang makanan dan kesan pemakanan menurut Kristian terhadap pembentukan akhlak. Sebuah gereja di Tanjong Malim dipilih sebagai lokasi kajian. Kajian ini menggunakan metode kualitatif di mana seramai 3 orang responden yang merupakan pastor di gereja yang terdapat di Tanjong Malim terlibat dalam kajian ini. Data kajian dianalisis dan dipaparkan secara deskriptif. Daripada dapatan kajian, terdapat kesan dari pengambilan makanan terhadap tingkah laku moral menurut agama Kristian. Hasil daripada dapatan kajian, para responden menerangkan bahawa makanan boleh mempengaruhi tingkah laku seseorang dari pelbagai faktor dan sebab. Selain itu, berdasarkan hasil kajian yang telah diperolehi bukan semua makanan akan memberi pengaruh yang negatif atau menjadikan seseorang itu tidak bertingkah laku baik. Diharapkan dengan maklumat yang diperolehi daripada hasil kajian ini dapat membantu dalam memberi pengetahuan kepada pembaca berkaitan pengambilan makanan yang boleh mempengaruhi tingkah laku moral menurut agama Kristian. Selain itu, diharapkan agar kajian ini dapat dijadikan sebagai panduan kepada pelbagai pihak terutamanya ahli akademik untuk kajian lanjutan pada masa akan datang.

Abstract: This study aims to find out the effect of food intake in influencing the formation of moral behavior according to Christianity. The determination of food selection in terms of quality and nutrition, halal and haram, hygiene and also the appearance of food is not only influenced by justification by an individual. This justification is associated with several factors such as religion, culture, information and lifestyle. The objective of this study was to identify the importance of food to the human body, examine the Christian view of food and the effect of nutrition according to Christianity on the formation of morals. A church in Tanjong Malim was selected as the study location. This study uses a qualitative method in which a total of 3 respondents who are pastors in churches in Tanjong Malim were involved in this study. Study data were analyzed and displayed descriptively. From the findings of the study, there is an effect of food intake on moral behavior according to Christianity. As a result of the findings of the study, the respondents explained that food can influence a person’s behavior from various factors and reasons. In addition, based on the results of studies that have been obtained not all foods will have a negative influence or make a person not behave well. It is hoped that the information obtained from the results of this study can help in providing knowledge to readers related to food intake that can influence moral behavior according to Christianity. In addition, it is hoped that this study can be used as a guide to various parties, especially academics for further study in the future.

Downloads

Published

19-08-2021

Issue

Section

Articles