PENGGUNAAN AUGMENTED REALITY (AR) MENERUSI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PEMBELAJARAN BAHASA ARAB WARGA EMAS [THE USE OF AUGMENTED REALITY (AR) THROUGH INFORMATION AND COMMUNICATION TECHNOLOGY IN ARABIC LANGUAGE LEARNING FOR SENIOR CITIZENS]

Authors

  • Norsham Md Ali Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Mohd Isa Hamzah Universiti Kebangsaan Malaysia

Keywords:

Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Augmented Reality, warga emas, bahasa Arab Information and Communication Technology, Augmented Reality, senior citizens, Arabic

Abstract

Abstrak: Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) merupakan satu platform yang berperanan penting pada masa kini. Kemajuan TMK mencakupi pelbagai aspek kehidupan. Bidang pendidikan juga turut mengalami perubahan yang ketara. Pembelajaran sepanjang hayat membawa erti bahawa pendidikan tidak mengira had umur. Justeru itu warga emas juga tidak terkecuali mengalami proses pendidikan . Pengkaji mendapati bahawa antara ilmu yang banyak diminati oleh warga emas ialah bahasa Arab. Tujuan kajian ini untuk meninjau penggunaan AR di dalam pembelajaran bahasa Arab. Dapatan menunjukkan antara tujuan warga emas mempelajari bahasa Arab untuk memudahkan mereka memahami maksud bacaan di dalam solat dan mendalami intisari ayat-ayat suci al Quran di samping mengisi waktu senggang mereka dengan ilmu-ilmu yang bermanfaat. Namun begitu kekangan yang dihadapi ialah kaedah pembelajaran tradisional yang digunakan oleh guru menyebabkan bahasa Arab menjadi sukar difahami dan diingati di samping faktor usia yang menjadikan mereka tidak mampu untuk fokus dalam masa yang lama ketika menghadiri kelas. Metodologi yang digunakan ialah kajian kepustakaan dengan merujuk daripada artikel dan bahan bacaan berkaitan penggunaan AR di dalam pendidikan. Aplikasi AR menggunakan teori pembelajaran konstrutivisme yang mencakupi 3 elemen iaitu asimilation (penyatuan), accomodation (penyesuaian) dan equilibration (keseimbangan).Teori ini melalui tiga fasa iaitu orientasi, mengaplikasi idea dan membuat idea. Melalui penggunaan aplikasi AR menjadikan pembelajaran bahasa Arab lebih menarik dan mudah untuk difahami serta mudah diamalkan. Hal ini kerana kaedah yang digunakan hanya diakses melalui telefon bimbit atau sebarang peranti elektronik. Pelajar perlu memuat turun aplikasi tersebut dan membuat imbasan pada gambar atau objek yang tertera . Maka akan terpapar satu bentuk audio visual hasil gabungan alam realiti dan imej yang seakan-akan hidup . Sesi pembelajaran akan berjalan dalam keadaan santai dan di mana sahaja. Oleh itu jelas di sini penggunaan AR dapat mengatasi keciciran dalam menuntut ilmu di kalangan warga emas.

Abstract: Information and Communication Technology (ICT) is a platform that plays an important role today. The development of ICT covers various aspects of life. The field of education has also undergone significant changes. Lifelong learning means that education is for all ages. Senior citizens are no exception to experience the educational process. Researchers found that among the knowledge that many senior citizens are interested in is Arabic. The purpose of this study is to review the use of AR in Arabic language learning. The aims of learning the language by elderly are to understand the recitations in prayer, delve into the essence of the holy verses of the Quran and to fulfill their free time. However, the constraint faced is that the traditional learning methods used by teachers sometimes make Arabic language learning difficult in addition to their age factors that make them unable to have long-term attention span in class.The methods used in this study are literature reviews of articles and reading materials related to the use of AR in education. The application of AR uses constructivist learning theory which includes 3 elements those are assimilation, accommodation and equilibration. This theory went through 3 phases namely orientation, applying ideas and making ideas. AR applications make learning Arabic more interesting, easier to understand and easy to practice. This is because the method used is accessible via mobile phone or any electronic devices. Students need to download the application and scan the printed picture or object. Then an audio visual will be displayed and presented in life-like images. The learning session will run in a relaxed state and can be done anywhere. Therefore, the use of AR can overcome language learning difficulties among elderly.

Downloads

Published

31-08-2021

Issue

Section

Articles