PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN NORMA BAHARU DALAM KALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI MALAYSIA [TEACHING AND LEARNING NEW NORMS AMONG MALAYSIAN COMMUNITY COLLEGE STUDENTS]
Keywords:
COVID19; Pengajaran dan Pembelajaran; Norma Baharu; Kolej Komuniti Malaysia COVID19; Teaching and Learning; New Norm; Malaysian Community CollegeAbstract
Abstrak: Pandemik COVID19 yang melanda dunia sejak 2019 telah mengubah paradigma dunia pendidikan di Malaysia. Pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh Kerajaan Malaysia sekaligus telah mencetuskan satu revolusi dalam sistem Pengajaran dan Pembelajaran (PdP). Pelbagai jenis mod PdP dilaksanakan bagi memenuhi tuntutan dalam menyampaikan dan melaksanakan PdP norma baharu. Sistem PdP di Rumah (PdPR) mula diperkenalkan sebagai langkah inisiatif pihak Kerajaan dalam meneruskan kelangsungan proses PdP walaupun Malaysia sedang dilanda wabak COVID19. Semestinya PdP norma baharu ini menuntut pengorbanan dari segenap lapisan pelajar dalam meneruskan proses PdP. Oleh itu, tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap dari segi penggunaan aplikasi atas talian, pengurusan ruang dan fasiliti dan pengurusan pensyarah dalam pelaksanaan PdP norma baharu sewaktu Malaysia dilanda pandemik COVID19 serta mengenal pasti isu dan cabaran utama dalam menghadapi PdP norma baharu dalam kalangan pelajar Kolej Komuniti Segamat 2 (KKS2). Kajian ini dijalankan secara kajian tinjauan dan edaran borang soal selidik diedarkan secara rawak mudah kepada pelajar KKS2. Analisis secara deskriptif dilakukan bagi mendapatkan peratusan, nilai min dan sisihan piawai. Tinjauan analisis mendapati bahawa nilai min bagi penggunaan aplikasi atas talian, pengurusan ruang dan fasiliti dalam pelaksanaan PdP norma baharu adalah pada tahap sederhana (2.98). Manakala nilai min bagi pengurusan pensyarah dalam pelaksanaan PdP norma baharu adalah 3.32 iaitu pada tahap tinggi. Antara isu dan cabaran yang paling besar dihadapi oleh pelajar-pelajar ini dalam PdP norma baharu ini ialah capaian internet yang sangat lemah bagi sesetengah kawasan, menghadapi masalah kewangan memandangkan peruntukan perbelanjaan capaian internet bertambah, di samping aplikasi atas talian yang digunakan kurang menyeronokkan dalam aktiviti PdP. Antara lain, faktor persekitaran juga menjadi isu utama yang dibincangkan kerana suasana yang kurang kondusif di rumah, kekurangan peralatan alat bantuan PdP seperti komputer juga antara perkara yang menjadi isu dan cabaran dalam PdP norma baharu ini. Oleh itu, para pelajar perlu mempersiapsiagakan diri dari segi mental dan fizikal bagi meneruskan proses PdP norma baharu ini. Pihak pengurusan Kolej Komuniti juga perlu mengambil langkah dalam mendepani isu dan cabaran ini.
Abstract: The COVID19 pandemic that has hit the world since 2019 has changed the paradigm of the education world in Malaysia. The announcement of the Movement Control Order (MCO) by the Government of Malaysia has also triggered a revolution in the Teaching and Learning system (T&L). Various types of T&L modes are implemented to meet the demands in delivering and implementing T&L new norms. The Home T&L system was first introduced as an initiative by the Government to continue the PDP process even though Malaysia is currently facing COVID19. Therefore, the main purpose of this study is to identify the level in terms of online application usage, space and facilities management and lecturer management in the implementation of T&L new norms during The COVID19 pandemic as well as identifying the main issues and challenges in facing T&L new norms among students of Segamat 2 Community College (S2CC). The study was conducted through survey studies and the distribution of questionnaires were distributed randomly to students of S2CC. Descriptive analysis is performed to get the percentage, mean value, and standard deviation. The analysis survey found that the mean value for the use of online applications, space management and facilities in the implementation of new norms was at a moderate level (2.98). Mean value for lecturer management in the implementation of the new norm is 3.32 at a high level. Among the biggest issues and challenges faced by these students in the T&L new norm is extremely poor internet access for some areas, facing financial difficulties as the allocation of internet access expenditure increases, as well as online applications that are used less fun in T&L activities. the lack of T&L aid equipment such as computers is also among the issues and challenges in T&L this new norm. Therefore, students need to be prepared mentally and physically to continue the T&L process of this new norm. The management of Community Colleges must also take steps to address these issues and challenges.