PENDEKATAN DAKWAH KOR AGAMA ANGKATAN TENTERA (KAGAT) TERHADAP SAUDARA MUSLIM ATM [DA’WAH APPROACH OF THE ARMED FORCES RELIGIOUS CORPS (KAGAT) TOWARDS MAF MUSLIM BROTHERS]

Authors

  • Mohd Fauzan Md Nor Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Anuar Puteh Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Abdul Ghafar Don Universiti Kebangsaan Malaysia

Keywords:

Pendekatan Dakwah, KAGAT, Saudara Muslim, Angkatan Tentera Malaysia Da'wah Approach, KAGAT, Muslim Brothers, Malaysian Armed Forces

Abstract

Abstrak: Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) merupakan Kor yang ke 16 dalam Tentera Darat Malaysia (TD). Peranan utamanya adalah memberi pendidikan Islam dan perkhidmatan keagamaan kepada warga tentera merangkumi kesemua cabang Perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) iaitu Tentera Darat Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia. Artikel ini bertujuan untuk membincangkan peranan dan sumbangan Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) terhadap usaha dakwah dalam kalangan saudara Muslim ATM. Kajian ini adalah merupakan kajian kepustakaan. Instrumen yang digunakan dalam kajian adalah analisis kandungan dengan merujuk kepada literatur berkaitan subjek kajian seperti jurnal, buku, laporan dan lain-lain dokumen. Hasil kajian mendapati bahawa KAGAT telah memainkan peranan yang begitu penting terhadap pendekatan dakwah saudara Muslim dalam kalangan anggota ATM. Kajian juga mendapati bahawa terdapat dua bentuk pendekatan dakwah yang dilaksanakan oleh KAGAT terhadap saudara Muslim iaitu dakwah bi al-Lisan dan dakwah bi al-Hal sebagai satu usaha dan proses dakwah bagi membantu meningkatkan kefahaman saudara Muslim tentang ajaran agama Islam. Bagi dakwah bi al-Lisan, pendekatan yang digunakan adalah Kelas-kelas Pengajian (Bimbingan dan Fardu Ain), Kursus Asas Saudara Muslim, Kursus Penghayatan Saudara Muslim, Kursus Pemantapan Akidah Saudara Muslim, Konvensyen Saudara Muslim, Modul Pendidikan Islam dan Fardu Ain (PIFA), Pengajian al-Quran, Kaunseling dan Khidmat Nasihat. Manakala dakwah bi al-Hal pula, pendekatan dakwah yang dilaksanakan ialah Program Mentor Mentee, Program Ziarah dan Aktiviti Sosial, Pemberian Bantuan Tabung Zakat ATM. Berdasarkan dapatan ini, dapatlah dirumuskan bahawa KAGAT telah berperanan secara pro aktif dalam dakwah melalui pendekatan tertentu bagi membantu meningkatkan kefahaman dan penghayatan Islam saudara Muslim.

Abstract: The Armed Forces Religious Corps (KAGAT) is the 16th Corps in the Malaysian Army (TD). The main role is to provide Islamic education and religious services to military personnel covering all branches services of the Malaysian Armed Forces (MAF) are Malaysian Army, Royal Malaysian Navy and Royal Malaysian Air Force. This article aims to discuss the role and contribution of the Armed Forces Religious Corps (KAGAT) towards the da’wah effort among the Muslim brothers of the MAF. This study is a literature review. The instruments used in the study is content analysis with reference of literature related to the study subject such as journals, books, reports and other documents. The results of the study found that KAGAT has played such an important role in the approach of da’wah of Muslim brothers among TD members. The study also found that there are two forms of da’wah approach implemented by KAGAT towards Muslims are the method of da'wah bi al-Lisan and da'wah bi al-Hal as an effort and process of da'wah to help increase the understanding of Muslims about the teachings of Islam. The approach implemented in da'wah bi al-Lisan are Muslim Brothers Strengthening Course, Muslim Brothers Convention, Islamic Education Module and Fardu Ain (PIFA), Al-Quran Study, Counseling and Advisory Services. Besides, da'wah bi al-Hal used Mentor Mentee Program, Visiting and Social Activities Program, Provision of ATM Zakat Fund Assistance. Based on the findings, it can be conclude that KAGAT has played a proactive role in da'wah through certain approaches to help increase the understanding and appreciation of Islam among Muslim brothers.

Downloads

Published

09-11-2021

Issue

Section

Articles