AL-KULLIYYAT DALAM HUKUM ISLAM [AL-KULLIYYAT IN ISLAMIC LAW]
Keywords:
al-kulliyyat al-tashri’iyyah, maqasid al-shari’ah, Hukum Islam al-kulliyyat al-tashri’iyyah, maqasid al-shari’ah, Islamic LawAbstract
Abstrak: al-Kulliyyat al-Tashri’iyyah adalah nilai-nilai universal hukum Islam dalam menghadapi pelbagai keyakinan, etnik, bangsa, budaya, masa dan tempat. Ia sebagai elemen penting dalam penentuan sesuatu hukum yang dihasilkan oleh para fuqaha’ dalam proses istinbat al-ahkam dan para sarjana Muslim kontemporari dalam pengeluaran fatwa. Para usuliyyun menganggap al-kulliyyat sebagai hujah syarak, kerana ianya bersumberkan al-Qur’an, Hadis dan fatwa sahabat. Namun dalam era muta’akhir ini, terjadi perubahan paradigma di kalangan para sarjana Muslim; sebahagian menjadikannya sebagai metodologi dalam beristinbat dan berfatwa, sementara yang lain menganggapnya sebagai falsafah hukum Islam. Atas dasar ini, kajian tentang al-kulliyyat perlu dilakukan bagi menjelaskan kedudukan sebenar al-kulliyyat dalam hukum Islam. Para ulama silam seperti al-Ghazali dan al-Shatibi telah menyusun konsep al-kulliyyat ini dan para sarjana Muslim kontemporari seperti Ibn ‘Ashur, al-Raysuni dan al-Qaradawi telah mengembangkan dan mengaplikasikannya sebagai pendekatan metode dalam berfatwa. Kajian ini bertujuan menjelaskan konsep, kriteria dan kaedah yang digunakan dalam kaitannya dengan al-kulliyyat, di samping menghuraikan al-kulliyyat baik dari al-Qur’an, Hadis mahupun dari fatwa sahabah. Bagi mencapai objektif tersebut, kaedah kajian ini menggunakan kepustakaan yang berteraskan kaedah pengumpulan dan analisis data melalui induktif dan deduktif. Hasil kajian mendapati bahawa al-kulliyyat bukan semata-mata sebagai falsafah hukum Islam, bahkan ianya sebagai hujah dalam proses istinbat dan pengeluaran fatwa apabila memenuhi kriteria dan kaedah yang ditetapkan oleh para usuliyyun dengan pendekatan istihsan, maslahah mursalah, sadd al-dhara’i’ dan ‘urf. al-kulliyyat dalam hukum Islam berpaksikan kepada nass dan maqasid al-shari’ah. Justeru, nilai-nilai universal hukum Islam hendaklah seiring dengan maqasid al-shari’ah dalam kerangka menjadikan syari’at Islam sebagai penyelesaian terhadap permasalahan umat sejagat.
Abstract: al-kulliyyat al-tashri'iyyah are the universal values of Islamic law in the face of various beliefs, ethnicities, races, cultures, times, and places. It is an important element in the determination of a law produced by the fuqaha’ ' in the process of inference al-ahkam and contemporary Muslim scholars in the issuance of fatwas. The usuliyyun consider al-kulliyyat as an Islamic argument, because it is sourced from the Qur'an, Hadith and the fatwas of the companions. But in this recent era, there has been a paradigm shift among Muslim scholars; some make it a methodology in istinbat and fatwa, while others consider it as a philosophy of Islamic law. On this basis, a study of al-kulliyyat needs to be done to explain the true position of al-kulliyyat in Islamic law. Past scholars such as al-Ghazali and al-Shatibi have compiled this concept of al-kulliyyat and contemporary Muslim scholars such as Ibn 'Ashur, al-Raysuni and al-Qaradawi have developed and applied it as a methodical approach in fatwa. This study aims to explain the concepts, criteria and methods used in relation to al-kulliyyat, in addition to explaining al-kulliyyat both from the Qur'an, Hadith and from the fatwas of the companions. To achieve these objectives, this study method uses a library -based method of data collection and analysis through inductive and and deductive. The results of the study found that al-kulliyyat is not merely a philosophy of Islamic law, in fact, it is an argument in the process of inference and issuance of fatwas when it meets the set criteria and methods by the usuliyyun with the approach of istihsan, maslahah mursalah, sadd al-dhara'i’ and urf. al-kulliyyat in Islamic law is centered on nass and maqasid al-shari'ah. Thus, the universal values of Islamic law should be in line with the maqasid al-shari'ah in the framework of making Islamic law as a solution to the problems of the universal community.