PERBEZAAN PANDANGAN TERHADAP MAKSUD SAB’ATUL AHRUF DAN KHILAF BACAAN ILMU QIRAAT [DIFFERENCES OF VIEWS ON THE MEANING SAB'ATUL AHRUF AND KHILAF OF READING ILMU QIRAAT]

Authors

  • Mohd Zaini Shafiai University of Malaya
  • Mohamad Marzuqi Abdul Rahim University of Malaya

Keywords:

Saba’tul ahruf , khilaf bacaan, Ilmu Qiraat

Abstract

Abstrak: Al-Quran diturunkan dengan saba’tul ahruf dan terdiri daripada khilaf bacaan Qiraat. Perbahasan saba’tul ahruf, khilaf bacaan sentiasa menjadi perbahasan dalam perkembangan pembelajaran Ilmu Qiraat. Kajian ini dijalankan berdasarkan kajian kepustakaan. Dapatan kajian merumuskan bahawa saba’tul Ahruf dan khilaf bacaan al-Quran, sangat terkait dengan Ilmu Qiraat yang menjadi sandaran bagi setiap bacaan al-Quran. Ulama berbeza pendapat terhadap maksud sebenar saba’tul ahruf yang menjadi perbahasan dalam ulum al-Quran dan Ilmu Qiraat. Banyak hadith diselusuri dan ditarjih bagi mendapat keabsahan makna sebenar, maksud saba’tul ahruf. Walau apa pun maksudnya, kalimah saba’tul ahruf adalah mengikut kecenderungan bidang kepakaran masing-masing. Setelah melalui proses atau kaedah-kaedah yang diguna pakai oleh ulama terdahulu dalam mencari makna saba’tul ahruf, dapat disimpulkan bahawa makna yang dapat disesuaikan dengan saba’tul ahruf adalah, penurunan al-Quran dengan tujuh wajah (bentuk) bacaan yang kita lihat pada hari ini. Namun pada hakikatnya kalimah ini masih lagi menjadi perbahasan dikalangan ulama. Kajian ini diharap menjadi perintis untuk mencari makna saba’tul ahruf yang lebih tepat, serta kaitannya dengan khilaf bacaan Qiraat secara lebih kritis supaya ia dapat ditelaah, dikaji, difahami, diperkasai dan diimplimentasikan dalam aspek pengajaran dan pembelajaran sejajar dengan kepentingannya terhadap cabang ilmu-ilmu Islam.

Abstract: The Qur’an was revealed with saba’tul ahruf and khilaf recitation of Qiraat. The debate on saba’tul ahruf, khilaf reading has always been a debate in the development of learning the Ilmu Qiraat. This study was conducted based on a literature review. The findings of the study concluded that saba’tul Ahruf and khilaf recitation of the Qur’an, are closely related to the Ilmu Qiraat which is the basis for each recitation of the Qur’an. Scholars differ on the true meaning of saba'tul ahruf which is debated in the science of the Qur'an and the Ilmu Qiraat. Many hadiths are traced and translated to get the validity of the true meaning, the meaning of saba'tul ahruf. What ever the meaning, the word saba’tul ahruf is according to the inclinations of their respective fields of expertise. After going through the process or methods used by previous scholars in finding the meaning of saba'tul ahruf, it can be concluded that the meaning that can be adapted to saba'tul ahruf is the decline of the Qur'an with the seven faces (forms) of recitation that we see in today. But in fact this sentence is still a debate among scholars. This study is expected to be a pioneer to find a more accurate meaning of saba'tul ahruf, as well as its relationship with the error of reciting the Qiraat more critically so that it can be studied, studied, understood, strengthened and implemented in aspects of teaching and learning in line with its importance to the branch of knowledge Islam.

Downloads

Published

12-12-2021

Issue

Section

Articles