DIMENSI KEMATIAN MANUSIA MENURUT AL-QURAN [DIMENSIONS OF HUMAN DEATH ACCORDING TO THE QURAN]

Authors

  • Fatimah Zaharah Ismail Universiti Sultan Zainal Abidin
  • Ahmad Farimin Ahmad Osman Universiti Multimedia
  • Najmiah Omar Universiti Sultan Zainal Abidin
  • Mohamed Fathy Mohamed Abdelgelil Universiti Sultan Zainal Abidin
  • Mohd. A'Tarahim Mohd. Razali Universiti Sultan Zainal Abidin

Keywords:

Kematian, Manusia, Maut, al-mawt, al-Quran Death, Human, al-mawt, al-Quran

Abstract

Abstrak: Al-Quran memerihalkan kematian manusia sebagai titik tamat kepada kehidupan di dunia dan merupakan hakikat yang akan dilalui oleh setiap insan. Terdapat banyak ayat al-Quran yang berbicara tentang aspek-aspek kematian sebagai panduan dalam kehidupan manusia. Dalam al-Qur’an, Allah S.W.T menggunakan variasi kosa kata bagi menggambarkan kematian. Justeru, kertas kerja ini menganalisis pelbagai aspek kematian manusia dan meneroka keanekaragaman kata kematian manusia yang digunakan dalam Al-Qur’an seterusnya menghuraikannya menurut pandangan ahli tafsir. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dengan menggunakan pendekatan analisis kandungan dan mengaplikasikan kaedah tafsir tematik sebagai kaedah analisis. Di dalam al-Qur’an, aspek kematian manusia dibincangkan dari sudut hakikat kematian, kematian sebagai perkara ghaib dan ketakutan manusia menghadapi kematian. Selain itu, terdapat variasi kata seperti al-mawt, wafa, qutila, halaka, al-yaqin dan akhaza bagi menggambarkan kematian manusia. Penggunaan kata berbeza bertepatan dengan konteks, struktur yang gramatis serta menzahirkan ungkapan beretorik. Al-Qur’an membentangkan aspek kematian dengan kata yang pelbagai sebagai mukjizat sekaligus untuk memberi peringatan kepada manusia untuk menjalani kehidupan di dunia mengikut panduan yang ditetapkan oleh Allah.

Abstract: The Qur'an describes human death as the end to life in the world and is a fact that every human being will go through. There are many verses of the Qur'an that speak of aspects of death as a guide in human life. In the Qur’an, Allah S.W.T uses a variety of vocabulary to describe death. Thus, this paper analyzes various aspects of human death and explores the diversity of Quranic words used to describe death and analyze them according to the views of Quranic commentators. This study is a qualitative study that uses content analysis approach and applies thematic interpretation method as an analysis method. In the Qur’an, the aspects of human death are discussed from the point of view of the fact of death, death as an unseen and human’s fear of death. In addition, there are variations of words such as al-mawt, wafa, qutila, halaka, al-yaqin and akhaza to describe human death. The use of different words are in line with the context, grammatical structure and expresses rhetorical expressions. The Qur’an presents the aspect of death in various words as a miracle as well as to guide human beings to live life in the world according to the guidelines set by Allah S.W.T.

Downloads

Published

16-12-2021

Issue

Section

Articles