KEPIMPINAN ISLAM MENDEPANI MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA [ISLAMIC LEADERSHIP FACES A PLURAL SOCIETY IN MALAYSIA]

Authors

  • Siti Khatijah Yasin Universiti Sultan Zainal Abidin
  • Fadzli Adam Universiti Sultan Zainal Abidin
  • Mohd Ridhuan Tee Abdullah Universiti Sultan Zainal Abidin
  • Nik Fadhilah Nik Him Universiti Sultan Zainal Abidin
  • Siti Rokiah Ab. Rahman Universiti Sultan Zainal Abidin
  • Nurhazilah Mamat Universiti Sultan Zainal Abidin

Keywords:

Kepimpinan Islam, Masyarakat Majmuk, Perpaduan Kaum, Kepimpinan Rasulullah Islamic Leadership, Plural Society, Racial Unity, Leadership of the Prophet

Abstract

Abstrak: Artikel ini akan membincangkan sejauh mana kepimpinan menurut perspektif Islam dalam masyarakat majmuk di Malaysia. Malaysia terkenal sebagai sebuah negara yang mempunyai pelbagai etnik, agama dan bangsa serta keunikan ini akhirnya membentuk sebuah Keluarga Malaysia yang harmoni dan bersatu padu. Islam sendiri menitikberatkan nilai perpaduan dalam masyarakat sehingga ditekankan dalam al-Quran akan kepentingannya. Peranan pemimpin untuk membentuk masyarakat yang mempunyai nilai moral tinggi serta melahirkan modal insan yang berakhlak, progresif, ketinggian ilmu dan sebagainya. Kajian ini menggariskan tiga objektif utama iaitu kepimpinan dalam perspektif Islam, peranan pemimpin dalam mewujudkan perpaduan kaum dan kepimpinan Rasulullah SAW dalamĀ  Keluarga Malaysia. Kaedah yang digunakan dalam penulisan ini adalah analisis konseptual melalui analisis dokumen terhadap penulisan dan kajian lepas yang berkaitan dengan skop kajian ini. Hasil kajian menunjukkan karakter kepimpinan penting untuk membawa masyarakat ke arah yang lebih produktif serta mampu menjadikan negara Malaysia mencapai perpaduan secara holistik. Agenda utama adalah membina sebuah negara yang melahirkan pemimpin berwibawa serta memupuk potensi untuk kemakmuran semua demi Keluarga Malaysia.

Abstract: This article will discuss the extent of leadership according to the Islamic perspective in the plural society in Malaysia. Malaysia is known as a nation of various ethnicities, religions and races and this uniqueness has finally formed a harmonious and united Keluarga Malaysia. Islam itself emphasizes the value of unity in the community so that it is emphasized in the Quran its importance. The role of leaders to form a society with high moral values as well as to produce human capital that is moral, progressive, the height of knowledge and so on. This study outlines three main objectives which are leadership in the Islamic perspective, the role of leaders in creating racial unity and the leadership of the Prophet in the perception of Keluarga Malaysia. The method used in this writing is conceptual analysis through document analysis of past writings and studies related to the scope of this study. The results show that leadership character is important to lead society in a more productive direction and to make Malaysia achieve unity holistically. The main agenda is to build a country that produces competent leaders and fosters the potential for prosperity for the sake of Keluarga Malaysia.

Downloads

Published

30-06-2022

Issue

Section

Articles