KONSEP ITIBAR AL-MA’ĀLĀT DALAM PENENTUAN HUKUM ISLAM SEMASA: SUATU SOROTAN AWAL [THE CONCEPT OF I'TIBAR AL-MA’ĀLĀT IN THE DETERMINATION OF CURRENT ISLAMIC LAW: AN EARLY HIGHLIGHT]
Keywords:
‘Itibar al-Ma’ālāt, istiqra’, maqāsid syari’ah, ijtihad, ‘Itibar al-Ma’ālāt, istiqra’, maqāsid syari’ah, ijtihad.Abstract
Abstrak: Konsep ‘Itibar al-Ma’ālāt merupakan konsep yang dikembangkan daripada konsep maqāsid syari’ah dan istiqra’. Prinsip utama konsep ini adalah penetapan hukum sesuatu perbuatan itu berdasarkan pertimbangan akibat yang timbul daripada perbuatan mukalaf. Jika sesuatu perbuatan dapat menghasilkan kebaikan maka dibolehkan. Sebaliknya jika menghasilkan keburukan maka dilarang. Setakat ini, tidak banyak kajian tentang konsep ‘Itibar al-Ma’ālāt dilakukan berbanding konsep lain seperti konsep maqāṣid syari’ah. Kajian kualitatif ini menggunakan metod deskriptif komparatif dengan merujuk kepada sumber kepustakaan yang mengkaji tentang konsep ‘Itibar al-Ma’ālāt. Hasil kajian mendapati konsep ‘Itibar al-Ma’ālāt signifikan dalam proses ijtihad hukum Islam yang dilakukan secara komprehensif. Kajian ini juga mendapati perkaitan erat diantara konsep berdasarkan istiqra’ ini dengan kaedah-kaedah lain dalam kerangka hukum Islam. Contohnya seperti kaedah-kaedah uṣūliah, maqāṣidiah, fiqhiyyah serta naẓariyyat al-fiqhiyyah. Sebagai suatu saranan, kajian ini memperkukuhkan keabsahan konsep ini dalam wacana ijtihad hukum Islam semasa.
Abstract: The concept of 'Itibar al-Ma'ālāt is an elaborated concept based on the concept of maqāsid Shari'ah and istiqra'. The main principle of this concept deals with the consequences arising from the mukallaf act through maslahah and mafsadah perspectives. If an act can produce good, then it is permitted. But if it causes bad things, it's prohibited. To date, there has been a few studies of the concept of 'Itibar al-Ma'ālāt compared to other concepts such as the concept of maqāṣid Shari'ah. This qualitative study uses a descriptive, comparative method by referring to literature sources that study the concept of 'Itibar al-Ma'ālāt. The results of the study found that the concept of 'Itibar al-Ma'ālāt is significant in the process of ijtihad through a comprehensive approach. This study also found a close relationship between this concept that’s based on istiqra' and other methods within the framework of Islamic law. Such examples are the methods of usūliah, maqāṣidiah, fiqhiyyah and naẓariyyat al-fiqhiyyah. As a recommendation, this study strengthens the validity of this concept in the discourse of current Islamic legal ijtihad.