AGENDA PERJUANGAN BELIA DALAM BERPOLITIK PASCA PRU-14 [YOUTH STRUGGLE AGENDA IN POST GE-14 POLITICS]

Authors

  • Nurhazilah Mamat Universiti Malaysia Terengganu
  • Nazli Aziz Universiti Malaysia Terengganu
  • Siti Khatijah Yasin Universiti Sultan Zainal Abidin
  • Nik Fadhilah Nik Him Universiti Sultan Zainal Abidin

Keywords:

agenda perjuangan belia, Pilihan Raya, penglibatan belia, media massa. youth struggle agenda, Elections, youth engagement, mass media.

Abstract

Abstrak: Belia merupakan penyumbang utama kepada sesebuah parti dari segi tenaga kerja atau pun idea. Penglibatan belia dalam politik mempunyai agenda dan matlamat tertentu yang sentiasa berubah mengikut peredaran semasa. Mereka berperanan membawa suara masyarakat  kepada pemimpin tertinggi di dalam parti. Hal ini sekali gus merapatkan jurang sosial antara masyarakat dan pemerintah. Selain itu, belia juga memberi sumbangan penting kepada perkembangan politik negara. Mereka turut memainkan peranan yang penting dalam menukar sesebuah kerajaan serta bertindak sebagai ejen dalam mengukuhkan cengkaman sesebuah kerajaan. Artikel ini akan mengenal pasti apakah agenda perjuangan belia dalam berpolitik pasca PRU-14. Kajian ini menggariskan tiga objektif utama iaitu penglibatan belia dalam pilihan raya, agenda utama perjuangan belia dalam berpolitik dan melihat pengaruh media massa terhadap belia dalam pasca PRU-14. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah analisis konseptual melalui analisis dokumen terhadap penulisan dan kajian lepas yang berkaitan dengan skop kajian ini. Hasil kajian menunjukkan ketiga-tiga objektif utama mempengaruhi belia dalam berpolitik pasca PRU-14. Belia merupakan golongan yang terbesar dalam masyarakat kita hari ini. Justeru, kekuatan politik dalam sesebuah negara terutamanya di Malaysia sememangnya amat bergantung kepada penglibatan golongan belia memandangkan mereka ini bakal menentukan arah tuju dan masa depan negara.

Abstract: Youth is a major contributor to a party in terms of workforce or ideas. The involvement of youth in politics has certain agendas and goals that are constantly changing according to the current circulation. They have the role of bringing the voice of the community to the supreme leader in the party. This thus bridges the social divide between society and government. In addition, the youth also make a significant contribution to the political development of the country. They also play an important role in changing a government and act as agents in strengthening a government's grip. This article will identify what is the agenda of youth struggle in post-GE14 politics. This study outlines three main objectives, namely youth involvement in elections, the main agenda of youth struggle in politics and the influence of the mass media on youths in post-GE-14. The method used in this study is conceptual analysis through document analysis of past writings and studies related to the scope of this study. The results showed that all three main objectives of influencing youth in post-GE14 politics. Youth is the largest group in our society today. Thus, the political strength in a country especially in Malaysia is highly dependent on the involvement of the youths as they will determine the direction and future of the country..

Downloads

Published

30-06-2022

Issue

Section

Articles