APLIKASI KONSEP MASLAHAH KEPENGGUNAAN DALAM PENGURUSAN PERBELANJAAN PERKAHWINAN MELAYU SEMASA MENURUT PERSPEKTIF ISLAM [APPLICATION OF MASLAHAH CONSUMERISM CONCEPT IN ISLAMIC MALAY WEDDING EXPENSES MANAGEMENT]

Authors

  • Muhammad Aiman Izzudin Mohd Affandy Universiti Sultan Zainal Abidin
  • Syh Noorul Madihah Syed Husin Universiti Sultan Zainal Abidin

Keywords:

perbelanjaan perkahwinan, maslahah, kepenggunaan. Malay wedding expenses, finance, consumerisme.

Abstract

Abstrak: Realiti perkahwinan masyarakat Melayu hari ini memperlihatkan kepelbagaian tuntutan elemen yang terdiri daripada elemen syarak, elemen adat mahupun elemen moden. Tuntutan elemen-elemen ini jelas memberi suatu tekanan dan bebanan dalam pelaksanaan perbelanjaan perkahwinan masyarakat Melayu semasa. Keinginan masyarakat yang amat mementingkan gaya moden melebihi saranan syarak dan kemampuan kewangan memberikan pelbagai kesan negatif terhadap masyarakat dari segi ekonomi, sosial dan budaya. Justeru, artikel ini akan menyerlahkan konsep maslahah kepenggunaan dalam Islam dan pelaksanaannya dalam pengurusan perbelanjaan perkahwinan masyarakat Melayu menurut perspektif syarak. Bagi mencapai objektif tersebut, kajian kualitatif berbentuk dokumentasi digunakan bagi mengumpul data dan maklumat daripada kitab-kitab fiqh, kajian kontemporari dan artikel jurnal berkenaan konsep maslahah kepenggunaan yang dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan. Hasil kajian mendapati terdapat tiga konsep perbelanjaan perkahwinan berdasarkan konsep maslahah kepenggunaan yang mana terdiri daripada sepadan kemampuan, keutamaan dan keseimbangan yang mana mampu membantu memudahkan  urusan perkahwinan masyarakat Melayu semasa. Konsep ini sangat dianjurkan pengaplikasiannya oleh setiap ahli masyarakat dalam usaha merealisasikan perbelanjaan perkahwinan mengikut perspektif Islam.

Abstract: The reality of Malay wedding nowadays practically shows the variety of needs which consists of the main element of sharie marriage, cultural customs and modern trends. Obviously, these elements give such a negative impact and burden to modern Malay marriage. The people’s unlimited desire that thirsts the modern style celebration rather than the Islamic compliance and finance capability affect so many things in life such as economy, social and culture. Thus, this article will focus on the concepts of maslahah consumerism according to Islamic law and its application in the management of Malay wedding expenses according to the Islamic perspective. This qualitative study uses document analysis methods through data collection from Islamic scholarly writings produced by academics in the field of maslahah consumerism management through content analysis. The results of the study found that there are three concepts of wedding expenses based on the concept of maslahah consumerism which consists of affordable spending, priority spending and balanced spending which can surely help facilitate the wedding Malay society. Based on the Islamic perspective, this concept can guide the community in implementing wedding expenses.

Downloads

Published

30-09-2022

Issue

Section

Articles