KONSEP EKSTREMISME AGAMA DARI PERSPEKTIF PEMIKIRAN ISLAM: SATU SOROTAN [THE CONCEPT OF RELIGIOUS EXTREMISM FROM THE PERSPECTIVE OF ISLAMIC THOUGHT: A HIGHLIGHT]

Authors

  • Azzahari Murad Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Aminudin Basir Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Nasruddin Yunos Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Akila Mamat Universiti Sultan Zainal Abidin

Keywords:

Ekstremisme, Pemikiran, Islam Extremism, Thought

Abstract

Abstrak: Ekstremisme seringkali difahami sebagai ideologi melampau yang hanya wujud dalam golongan Islam sahaja. Ini menyebabkan timbul salah faham terhadap kesucian dan kemuliaan Islam sebagai agama yang membawa rahmat. Persoalannya adalah apakah yang dimaksudkan dengan ekstremisme yang sebenar? Apakah telah wujud ideologi ini sebelum kedatangan Rasullah SAW dan selepas kebangkitan baginda? Pada era moden adakah golongan ekstrem ini wujud dan berkembang khususnya di Malaysia? Maka bagi menjawab persoalan ini objektif artikel adalah untuk mengetahui takrif dan konsep ekstremisme. Meninjau sejarah kewujudan ekstremisme dan mengenal pasti kewujudan golongan ini di era moden khususnya di Malaysia sebagai satu sorotan. Bagi mencapai objektif kajian maka penulisan artikel ini menggunakan kaedah kualitatif dengan merujuk dan menganalisis bahan-bahan bertulis. Hasil kajian mendapati ekstremisme menunjukkan sikap melampau dalam aspek akidah dan syariah. Golongan Ahli Kitab juga didapati bersikap ekstrem terhadap agama dengan meletakan taraf manusia sebagai Tuhan. Kajian juga mendapati bahawa golongan ekstrem seperti Khawarij ideologinya masih berkembang hingga ke hari ini khususnya di kalangan gerakan ISIS dan JI.

Abstract: Extremism is often understood as an extreme ideology that only exists among Muslims. This causes a misunderstanding of the purity and glory of Islam as a religion that actually brings blessings. The raised question is what is really meant by true extremism? Has this ideology existed before the arrival of Prophet Muhammad SAW (Peace Be Upon Him) and after his resurrection? In the modern era of today, do these extreme groups exist and grow especially in Malaysia? So, in order to address and answer this question, this article aims to know the definition and concept of extremism by reviewing the history of the existence of extremism and identifying the existence of this group in the modern era, especially in Malaysia as a highlight. In order to achieve the objective of the study, writing this article uses a qualitative method by referring to and analysing written materials. The results of the study found that extremism has been shown with extreme attitudes in terms of faith and sharia. The people of the Scripture (the Jews and the Christians) were also found to be extreme towards religion by putting human beings’ status as God. The study also found that extremist groups such as the Khawarij ideology are still developing to this day, especially among the ISIS and JI movements..

Downloads

Published

30-09-2022

Issue

Section

Articles