CABARAN DAN PERMASALAHAN PEMBELAJARAN MURID B40 DI SEKOLAH RENDAH DI MALAYSIA [THE CHALLENGES AND PROBLEMS OF LEARNING FACED BY B40 STUDENTS AT PRIMARY SCHOOLS IN MALAYSIA]

Authors

  • Wan Nur Izzati Hazwani Kashfi Universiti Sultan Zainal Abidin
  • Norhayati Che Hat Universiti Sultan Zainal Abidin
  • Siti Salwa Mohd Noor Universiti Sultan Zainal Abidin
  • Norasyikin Osman Universiti Sultan Zainal Abidin
  • Nurazan Mohmad Rouyan Universiti Sultan Zainal Abidin
  • Zaharah Hussin Universiti Malaya

Keywords:

Permasalahan pembelajaran, keciciran pendidikan, pelajar B40, faktor sosioekonomi. Learning problem, dropout of school, B40 student, socioeconomic factor.

Abstract

Abstrak: Isu permasalahan pembelajaran dalam kalangan pelajar B40 semakin mendapat perhatian ramai pihak di Malaysia. Hal ini dapat dilihat melalui statistik tahunan kemasukan pelajar B40 ke sekolah yang mengalami penurunan, serta penyertaan yang kurang memuaskan dalam aktiviti pembelajaran seharian oleh pelajar B40 khususnya di sekolah rendah. Tidak kurang juga ada pelajar B40 yang memilih untuk berhenti sekolah kerana tidak mampu membiayai yuran sekolah ataupun membantu keluarga dalam aktiviti meraih pendapatan, seterusnya menyumbang kepada keciciran pendidikan. Antara isu dan permasalahan pembelajaran yang sering dialami oleh pelajar B40 adalah tahap kemahiran membaca dan menulis yang rendah, tahap kehadiran ke sekolah yang rendah, sering ketinggalan dalam pembelajaran, hilang daya tumpuan dan motivasi dalam pembelajaran. Pelbagai kajian telah dilaksanakan bagi mengkaji faktor-faktor permasalahan pembelajaran pelajar B40 secara mendalam. Antara faktor besar yang mempengaruhi isu ini adalah faktor sosioekonomi dan penglibatan ibu bapa. Ini kerana masih terdapat kekangan kewangan dan ekonomi keluarga yang tidak dapat dijangka. Masalah-masalah ini perlu ditangani dengan sebaiknya. Justeru, kertas konsep ini mengutarakan beberapa cadangan dan saranan bagi mengatasi isu dan permasalahan pembelajaran yang berlaku dalam kalangan pelajar B40 agar golongan ini mendapat akses pendidikan yang berkualiti dan sewajarnya di samping merapatkan jurang keciciran pendidikan tanpa mengira latar belakang keluarga.

Abstract: Learning problems faced by B40’s students are one of the main issues in education that have been under the spotlight over the years. This phenomenon can be seen by the decreasing amount of B40 students enrolling particularly in primary school by year statistically. Furthermore, there are B40 students who choose to neglect their school sessions because of unable to fulfill the school’s fees and needs, which eventually leads them to drop out of school. Among the problems of learning faced by B40’s students is a low level of proficiency in reading and writing skills, low level of school attendance, unsatisfactory participation in activities causing delays and dropping out in learning, and loss of concentration and motivation in education. Thus this study aims to identify in-depth factors that affected B40 students learning problems, as well as suggest solutions to curb the learning problems they faced in primary school. The findings show that socioeconomic factor, students' personality, and parental involvement in B40’s student education plays a vast role in determining their direction in education. In conclusion, learning problems faced by B40’s students needed to be overcome by various parties so that better access to quality education can be achieved in addition to bridging the educational gap regardless of family background.

Downloads

Published

12-12-2022

Issue

Section

Articles