KRITIKAN SYED MUHAMMAD NAQUIB AL-ATTAS TERHADAP PENSEKULARAN NILAI DALAM FALSAFAH ETIKA [CRITICISM OF SYED MUHAMMAD NAQUIB AL-ATTAS AGAINST THE SECULARIZATION OF VALUES IN PHILOSOPHICAL ETHICS]
Keywords:
Falsafah Etika, Sekularisme, Nilai, Syed Muhammad Naquib al-Attas Philosophical ethics, Secularism, Values, Syed Muhammad Naquib al-AttasAbstract
Abstrak: Falsafah etika membahaskan bagaimana sepatutnya manusia bertingkah laku dalam kehidupannya, sama ada dari aspek peribadi, sosial atau politik. Ia sering dibincangkan dalam tradisi intelektual samada oleh ilmuwan Islam ataupun Barat. Persoalan moral atau etika bergantung kepada kefahaman nilai yang dipegang oleh seseorang. Pada zaman moden ini, telah tersebarnya fahaman sekularisme yang menyebabkan berlakunya pensekularan nilai. Kesannya, telah wujud pelbagai aliran dalam falsafah etika di Barat yang menatijahkan pelbagai kekeliruan dan kerosakan moral seperti isu hak asasi manusia, LGBT, perzinaan, pornografi dan sebagainya. Kajian ini bertujuan menganalisis konsep nilai dan etika berdasarkan kerangka pemikiran Syed Muhammad Naquib al-Attas yang merupakan salah seorang ilmuwan Islam semasa yang mengkritik proses sekularisasi dalam etika Makalah ini menggunakan pendekatan kualitatif berasaskan kaedah pengumpulan data dan analisis data. Kajian merumuskan proses pensekularan nilai telah memberi kesan kepada sesebuah kerangka epistemologi ilmu. Al-Attas berpegang teguh dengan kemutlakan nilai yang berteraskan agama dan mengkritik faham relatif yang berpegang bahawa manusia bebas mentafsir dan menentukan nilai moral mereka
Abstract: Philosophical ethics debates how humans should act in their lives, whether from personal, social or political aspects. It is often discussed in the intellectual tradition by both Islamic and Western scholars. Moral or ethical discussion depends on the understanding of values held by the person. In this modern age, secularism has widely spread, which causes the secularization of values. As a result, the born of various ethical theories in the West has led to multiple confusion and moral corruption, such as human rights issues, LGBT, adultery, pornography, etc. This study aims to analyse the concept of values and ethics based on the framework of Syed Muhammad Naquib al-Attas, one of the current Islamic scholars who criticise the process of secularization in ethics. This paper uses a qualitative approach based on data collection and analysis methods. The study formulates that the process of secularization of values has impacted the epistemological framework of knowledge. Al-Attas firmly hold the absoluteness of values based on religion and criticises the relativization understanding that people are relatively free to interpret and determine their moral values.