PENDIGITALAN PENDIDIKAN: KESEDIAAN DAN CABARAN TERHADAP MURID DALAM PEMBELAJARAN [DIGITIZATION OF EDUCATION: READINESS AND CHALLENGES FOR STUDENTS IN LEARNING]

Authors

  • Khalissafri Mohd Haslin Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Mohd Isa Hamzah Universiti Kebangsaan Malaysia

Keywords:

Pendigital Pendidikan, pengajaran dan pembelajaran, peranti, komunikasi, teknologi digital

Abstract

Pengajaran dan pembelajaran secara digital merupakan satu agenda penting dalam perancangan hala tuju Kementerian Pendidikan Malaysia di samping ingin melahirkan insan yang seimbang dari sudut jasmani, emosi, rohari, intelek dan sahsiah. Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran digital dilihat memberi kesan kepada pelbagai pihak sama ada guru, murid mahu pun ibu bapa. Justeru, kajian ini dijalankan untuk melihat sejauh mana kesediaan dan cabaran murid dalam pelaksanaan pembelajaran secara digital. Kajian ini merupakan kajian berbentuk kuantitif. Kajian tinjauan ini telah dijalankan terhadap 52 orang murid tingkatan 5 di Maahad Integrasi Tahfiz Selangor Alam Impian, Klang. Hasil dapatan kajian ini telah dianalisis menggunakan perisian SPSS (Statistical Pakage For The Social Science) versi 25. Hasil dapatan daripada responden menunjukkan bahawa kesediaan dan cabaran mempunyai perkaitan dalam memastikan proses pembelajaran digital dapat dilaksanakan dengan baik. Selain itu, hasil dapatan turut mendapati responden telah bersedia bagi pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran digital memandangkan keperluan dan kelengkapan utama seperti Internet, komputer riba dan sebagainya telah tersedia. Di samping itu, terdapat cabaran dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran secara digital iaitu murid sukar mendapat capaian rangkaian Internet yang memuaskan dan kekurangan bahan sumber pembelajaran yang terdapat di Internet. Cadangan lanjut boleh dibuat dengan menghubungkan keduanya dengan kesan yang diperoleh daripada pembelajaran yang dijalankan secara digital. Diharap dengan dapatan kajian ini memberi maklumat kepada pihak sekolah, masyarakat agar dapat sentiasa meningkatkan tahap kesediaan dan membantu menyelesaikan cabaran dalam pelaksanaan digital dalam pendidikan.

 

Digital teaching and learning is an important agenda in the planning direction of the Ministry of Education Malaysia to ensure students are balanced in terms of physical, emotional, spiritual, intellectual and personality. The implementation of digital teaching and learning has given an impact on several parties whether teachers, students or parents. Therefore, this paper is conducted to observe readiness and barriers of students in the implementation of digital learning. This analysis is a quantitative method. This study was conducted on 52 form 5 students in Maahad Integrasi Tahfiz Selangor Alam Impian, Klang. The results of this study were analysed using SPSS software (Statistical Package For The Social Science) version 25. The results showed respondents indicate that the readiness and challenge give impact to ensure that the digital learning process is implemented in a good way. Based on study findings, respondents are ready for the implementation of digital teaching and learning as demanding facilities and tools such as the Internet and laptops are provided. In addition, there are challenges in the implementation of digital teaching and learning among students difficulty to access the Internet network and the lack of learning resources available on the Internet. The recommendation can be made by linking by the effects of digital learning. It is hoped that the findings of this study will provide information to schools and the community so that they can always improve their level of readiness and help solve challenges in the implementation of digital in education.

Downloads

Published

02-02-2023

Issue

Section

Articles