PERANAN BAPA DALAM KELUARGA: KAJIAN TERHADAP NABI YA’QUB DALAM SURAH YUSUF [THE ROLE OF FATHERS IN THE FAMILY: A STUDY ON THE PROPHET YA’QUB IN SURAH YUSUF]

Authors

  • Mariam Nabilah Mohd Noor Universiti Sultan Zainal Abidin
  • Mohd Shafiee Hamzah Universiti Sultan Zainal Abidin
  • Fatimah Zaharah Ismail Universiti Sultan Zainal Abidin

Keywords:

Peranan, Nabi Ya’qub, konflik. Father’s Role, Prophet Ya’qub, Conflict.

Abstract

Abstrak: Dalam membina keluarga, pasti ada masalah atau konflik yang timbul dan perlu diselesaikan dengan cara yang baik. Tidak dinafikan, peranan seorang bapa dalam menyelesaikan isu konflik keluarga sangat penting sebagaimana yang telah digambarkan dalam surah Yusuf melalui dialog antara Nabi Ya’qub dengan anak-anaknya. Justeru, kertas kerja ini bertujuan mengkaji peranan bapa dalam keluarga yang dipraktikkan oleh Nabi Ya’qub a.s. dalam menghadapi konflik keluarga baginda. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif berbentuk analisis kandungan. Analisis data menggunakan pendekatan deskriptif. Sampel kajian melibatkan ayat-ayat al-Quran dalam Surah Yusuf yang berkaitan peranan Nabi Ya’qub a.s sebagai bapa. Dapatan kajian menunjukkan bapa memainkan peranan yang penting dalam menangani konflik keluarga melalui komunikasi yang baik, nasihat yang berguna, cinta dan sayang, kesabaran, tawakal, tidak putus asa, mengadu kesulitan dan kesusahan hanya kepada Allah, menghindari dan menjaga konflik, pemaaf dan pelindung terhadap keluarga. Implikasi kajian ini dapat mengetengahkan model bapa mithali Qurani dalam menangani cabaran kehidupan kontemporari.

Abstract: In raising a family, there will inevitably be problems or conflicts that must be resolved in a positive manner. The role of fathers in resolving family conflict issues is undeniably important, as described in Surah Yusuf through Prophet Ya’qub’s dialogue with his children. Therefore, this paper aims to analyse the role of fathers in a family as exemplified by Prophet Ya’qub a.s. when facing his family’s conflict. This study is a qualitative study with emphasis on content analysis. A descriptive approach is used for data analysis. The study sample consists the Quranic verses from Surah Yusuf related to Prophet Ya’qub’s role as a father. This study indicates that fathers play an important role in resolving family conflicts through good communication, useful advice, love and affection, patience, reliance, not giving up, complaining of difficulties and hardships only to God, avoiding and managing conflicts, forgiving, and being protective of family. The implication of this study highlights Quranic model of mithali father in dealing with contemporary life challenges.

Downloads

Published

02-02-2023

Issue

Section

Articles