FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KECENDERUNGAN DADAH DALAM KALANGAN ETNIK MELAYU BERBANDING ETNIK CINA [FACTORS AFFECTING THE TENDENCY OF DRUG ADDICTION AMONG MALAY ETHNIC COMPARED TO CHINESE ETHNIC]

Authors

  • Engku Mohammad Fadhli Engku Fauzi Universiti Sultan Zainal Abidin
  • Razi Yaakob Universiti Sultan Zainal Abidin
  • Ridhuan Tee Abdullah Universiti Sultan Zainal Abidin
  • Tengku Atikah Engku Fauzi Universiti Sultan Zainal Abidin

Keywords:

Kata kunci: Penagihan dadah; Etnik melayu; Etnik cina; Sosio budaya; Persekitaran

Abstract

Abstrak: Isu penagihan dadah tidak lagi dilihat sebagai perkara asing dalam permasalahan sosial sesebuah negara terutamanya dalam kalangan negara membangun. Kebanyakan negara memandang serius isu ini sehingga diisytiharkan sebagai musuh nombor satu negara. Di Malaysia, isu penagihan dadah merupakan perkara yang sangat serius sehingga menjadi agenda utama negara yang perlu diberi perhatian. Pelbagai perdebatan dan perbincangan yang telah diusahakan oleh agensi-agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), keluarga dan individu berkaitan bagi mengawal serta membendung unsur-unsur yang boleh menyumbang kepada kecenderungan penagihan dadah di negara ini. Oleh yang demikian, perbezaan jurang antara etnik yang terlibat dalam masalah dadah ini perlu untuk diketengahkan. Fakta menunjukkan bahawa penagih dadah dalam kalangan etnik Melayu yang beragama Islam lebih ramai berbanding etnik Cina. Justeru, kajian konsep ini bertujuan untuk mengenal pasti punca ketagihan dadah, mengkaji pengaruh keterlibatan dadah dan meneliti faktor yang lebih dominan berdasarkan konstruk tersebut: 1) Agama, 2) Sosio-Budaya, 3) Sosio-Ekonomi, dan 4) Persekitaran, ke atas penagih dadah bagi etnik Melayu dan etnik Cina di Malaysia. Kajian konsep ini meneliti subjek, konsep dan objektif untuk kajian yang akan datang dengan berpandukan sorotan literatur daripada pelbagai disiplin penyelidikan. Hasil konsep yang dirangka akan memberikan gambaran terhadap faktor-faktor yang mempengaruhi kecenderungan penagihan dadah dalam kalangan etnik Melayu berbanding etnik Cina di Malaysia berdasarkan empat konstruk yang telah ditetapkan.

Abstract: The issue of drug addiction is no longer seen as an unfamiliar matter in the social problems of a country, especially in developing countries. Most countries take this issue seriously and declare it their number one enemy. In Malaysia, the problem of drug addiction is a severe matter that has become the country's main agenda that needs attention. Government agencies, non-governmental organizations (NGOs), families, and related individuals have undertaken various debates and discussions to control and contain the elements contributing to drug addiction in this country. Therefore, the gap between the ethnicities involved in the drug issue should be highlighted. In fact, there are more drug addicts among the Malay Muslim ethnic group compared to the Chinese ethnic group. Thus, this conceptual study aims to identify the causes of drug addiction, examine the influence of drug involvement and examine the more dominant factors based on the construct: 1) Religion, 2) Socio-Cultural, 3) Socio-Economic, and 4) Environment, on drug addicts for ethnic Malays and ethnic Chinese in Malaysia. This conceptual study examines subjects, concepts and objectives for future studies guided by literature highlights from various research disciplines. The results of the concept drawn up will give an overview of the factors that influence the tendency of drug addiction among the Malay ethnic group compared to the Chinese ethnic group in Malaysia based on the four constructs that have been determined.

 

 

Downloads

Published

31-03-2023

Issue

Section

Articles