PEMBUBARAN PERKAHWINAN KERANA SIHIR: KAJIAN DI NEGERI SELANGOR [DISSOLUTION OF MARRIAGES DUE TO WITCHCRAFT: A STUDY IN THE STATE OF SELANGOR]

Authors

  • Ku Mu’az Ku Osman Universiti Malaya
  • Mohd Norhusairi Mat Hussin Universiti Malaya
  • Rahmah Safinaz Ngspar Universiti Malaya

Keywords:

Pembubaran Perkahwinan, Perceraian, Ilmu Hitam, Sihir, Selangor. Dissolution of Marriages, Divorce, Black Magic, Witchcraft, Selangor.

Abstract

Abstrak: Secara umumnya, artikel ini cuba menjelaskan mengenai perkaitan antara sihir dan kes perceraian yang berlaku di Mahkamah Syariah Selangor. Kajian ini memfokuskan kepada kes-kes yang didapati melibatkan dakwaan dan pembelaan berkenaan wujudnya unsur sihir dalam perceraian yang berlaku. Objektif kajian yang dijalankan ini adalah bertujuan bagi menghubungkaitkan antara konsep perceraian dan sihir dalam Islam. Selain itu, kajian ini juga turut mengkaji kes perceraian yang berlaku disebabkan oleh sihir di Mahkamah Syariah Selangor dan seterusnya meneliti pengendalian kes perceraian melibatkan sihir tersebut. Maklumat berkenaan kajian ini adalah diperoleh menerusi bahan kajian ilmiah seperti artikel-artikel jurnal, laman web dan kes-kes yang dibicarakan di Mahkamah Syariah Selangor. Tambahan pula, kajian ini mendapati bahawa kes perceraian yang melibatkan dakwaan sihir adalah tidak dibicarakan berdasarkan prosedur khusus kes sihir. Meskipun terdapatnya kes berkaitan dakwaan sihir dibicarakan di Mahkamah Syariah Selangor, namun didapati hakim tidak membuat keputusan berdasarkan dakwaan dan pembelaan berkenaan wujudnya unsur sihir tersebut, sebaliknya keputusan dibuat berpandukan kepada sumber sedia ada merangkumi keterangan dan bahan bukti. Kajian juga mendapati masih terdapat kepincangan dari segi pengendalian kes-kes yang melibatkan sihir di Mahkamah Syariah sama ada dalam kes jenayah mahupun kes mal yang memerlukan kepada penambahbaikan penggubalan undang-undang khusus berkaitan sihir serta meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kemudaratan sihir supaya amalan khurafat di negara ini dapat dibendung.

Abstract: In general, this study tries to explain the relationship between witchcraft and divorce cases in the Selangor’s Syariah Court. This study focuses on the cases found to involve allegations and defenses of the existence of an element of witchcraft in the divorce that took place. The objective of the study conducted was to relate the concepts between divorce and witchcraft in Islam. In addition, the study also examines divorce cases due to witchcraft in the Selangor’s Syariah Court and further examines the handling of divorce cases due to witchcraft. Information for the study was obtained from scholarly research materials such as journal articles, website and cases in Selangor’s Syariah Court. Furthermore, the study found that divorce cases involving witchcraft allegations were not tried based on procedures specific to witchcraft cases. Although the allegation of witchcraft was heard in the Selangor Syariah Court, the judges did not make a decision based on the prosecution and defense of the existence of an element of witchcraft, instead it was made based on existing sources of evidence and proof. In conclusion, there are shortcomings in terms of handling cases involving witchcraft in Syariah Courts either in criminal cases or civil cases that need improvement such as the establishment of witchcraft laws and increase public awareness on the harms of witchcraft so that superstitious practices in the country can be curbed.

Downloads

Published

26-05-2023

Issue

Section

Articles