KEBERKESANAN PENERAPAN ELEMEN 4K1N KEPADA GPI DI SEKOLAH TS25 DAERAH KUANTAN [EFFECTIVENESS OF APPLICATION OF 4K1N ELEMENTS TO GPI IN SCHOOL TS25 KUANTAN DISTRICT]

Authors

  • Mohd Rassidi Saini Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Mohd Isa Hamzah Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstract

Abstrak: Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan usaha Kementerian Pendidikan Malaysia yang memfokuskan aspek kemenjadian murid dan sekolah yang berkualiti tinggi selaras dengan keperluan semasa pendidikan di Malaysia. Melalui TS25, guru-guru hendaklah mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPC) selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Kajian ini adalah untuk melihat keberkesanan elemen 4K1N kepada Guru Pendidikan Islam di Daerah Kuantan, Pahang dalam memperkasakan Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25). Pengkaji menjadikan Daerah Kuantan sebagai Negeri kajian adalah kerana terdapat wujudnya transformasi bandar dan luar bandar dalam kalangan guru-guru dan murid-murid. Selain itu, faktor geografi juga turut diambil kira yang mana jarak antara sekolah bandar dan luar bandar adalah kurang daripada 20 KM berbanding di kawasan lain. Metodologi yang digunakan ialah pendekatan kuantitatif deskriptif yang disokong dengan soalan terbuka bagi mendapatkan respons penambahbaikan yang patut dilakukan oleh para Guru Pendidikan Islam di sekolah TS25 dalam melaksanakan elemen 4KIN yang menjadi tunjang dalam Pembelajaran Bermakna mendasari Pembelajaran Abad ke 21 (PAK21). Seramai 110 orang guru Pendidikan Islam dari sekolah bandar dan luar bandar telah dipilih sebagai responden bagi melengkapkan kajian tersebut. Kutipan data bagi kajian kuantitatif ini adalah melalui soal selidik dan data yang diperolehi dianalisis menggunakan program Statistical Package For The Social Science (SPSS). Dapatan kajian mendapati keberkesanan elemen 4K1N dalam penerapan elemen 4k1N kepada Guru Pendidikan Islam di Sekolah Rendah Transformasi Sekolah 2025 Daerah Kuantan berada pada tahap tinggi. Analisis kajian menunjukkan dua pemboleh ubah berada pada tahap tinggi iaitu Penerapan , Min: 4.090, S.P: 0.594 dan Keberkesanan dengan Min: 4.162, S.P: 0.586 . Manakala pemboleh ubah yang berada pada tahap sederhana rendah iaitu Cabaran Guru dan murid Min: 2.581 , SP: 0.911. .
Abstract: The School Transformation Programme 2025 (TS25) is an effort by the Ministry of Education Malaysia to focus on the quality of students and schools in line with the current needs of education in Malaysia. Through TS25, teachers should apply best practices in the implementation of management and leadership as well as pedagogy in learning and facilitation (PdPC) in line with the goals contained in the Malaysian Education Development Plan 2013-2025. This study is to look at the effectiveness of the 4K1N element to Islamic Education Teachers in Kuantan District, Pahang in empowering the School Transformation Programme 2025 (TS25). The researchers made Kuantan District as a study state because there is an urban and rural transformation among teachers and students. In addition, geographical factors are also taken into account where the distance between urban and rural schools is less than 20 KM compared to other areas. The methodology used is a descriptive quantitative approach supported by open-ended questions to obtain the improvement responses that Islamic Education Teachers should make in TS25 schools in implementing the 4KIN element that is the mainstay of the 21st Century Learning (PAK21). A total of 110 Islamic Education teachers from urban and rural schools were selected as respondents to complete the study. The data collection for this quantitative study is through questionnaires and data obtained are analyzed using the Statistical Package For The Social Science (SPSS) program. The findings of the study found that the effectiveness of the 4K1N element in the application of the 4k1N element to Islamic Education Teachers in Sekolah Rendah Transformation 2025 Kuantan District was at a high level. The analysis showed that two variables were at high levels, namely Adoption, Min: 4.090, S.P: 0.594 and Effectiveness with Min: 4.162, S.P: 0.586 . While the variables that are at the medium low level are the Teacher Challenge and the mean pupils: 2.581 , SP: 0.911.

Downloads

Published

20-06-2023

Issue

Section

Articles