PERSEPSI GURU PENDIDIKAN ISLAM TERHADAP KEBERKESANAN PENGGUNAAN BUKU TEKS SEBAGAI BAHAN BANTU MENGAJAR [THE PERCEPTION OF ISLAMIC EDUCATION TEACHERS ON THE USE OF TEXTBOOK AS TEACING AID]
Keywords:
Islamic Education Teacher, Chinese National Type School, textbook, effectiveness, teaching aidsAbstract
Abstrak: Penggunaan bahan bantu mengajar dalam pengajaran guru merupakan suatu nilai tambah dalam meningkatkan penguasaan murid bagi mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan buku teks sebagai bahan bantu mengajar masih kekal relevan serta berterusan digunakan oleh guru walaupun dengan wujudnya pelbagai bahan bantu mengajar lain yang terkini serta berasaskan multimedia dan elektronik. Penggunaan buku teks sebagai bahan bantu mengajar Pendidikan Islam di sekolah rendah dilihat masih secara meluas digunakan oleh guru-guru dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran. Aspek keberkesanan penggunaan buku teks sebagai bahan bantu mengajar dalam pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran merupakan suatu yang dianggap penting kerana ia merupakan matlamat utama penggunaannya. Satu kajian telah dijalankan bertujuan untuk mengkaji berkaitan persepsi guru Pendidikan Islam terhadap keberkesanan penggunaan buku teks sebagai bahan bantu mengajar subjek Pendidikan Islam sekolah rendah. Sampel kajian ini adalah merupakan guru-guru Pendidikan Islam yang mengajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di daerah Hulu Langat, Selangor yang dipilih berdasarkan kaedah pensampelan rawak berlapis. Reka bentuk kajian ini ialah kuantitatif berbentuk tinjauan yang menggunakan analisis deskriptif. Data kajian dianalisis menggunakan perisian SPSS Versi 25 yang menggunakan peratusan, min skor dan sisihan piawai. Umumnya, dapatan dari hasil kajian ini menunjukkan persepsi guru Pendidikan Islam terhadap buku teks Pendidikan Islam adalah tinggi. Beberapa penambahbaikan perlu dilakukan berkait dengan aspek kandungan bertujuan merelevankan penggunaan buku teks dari masa ke masa. Dapatan kajian ini turut memberikan suatu justifikasi akan perlunya persepsi guru Pendidikan Islam diambil kira dalam pembinaan buku teks Pendidikan Islam.
Abstract: The use of teaching aids is an added value in increasing student mastery to achieve teaching and learning objectives. The use of textbooks as teaching aids still remains relevant and continues to be used by teachers despite the existence of various other teaching aids which are up-to-date and based on multimedia and electronics. The use of textbooks as teaching aids for Islamic Education in primary schools is seen to be still widely used by teachers in the teaching and learning process. A study was conducted with the aim of examining the perception of Islamic Education teachers on the effectiveness of using textbooks as teaching aids for the Islamic Education in primary schools. This study consists of Islamic Education teachers from various Chinese National Type Schools (SJKC) in the Hulu Langat district, Selangor, who were selected based on a stratified random sampling method. The design of this study is quantitative survey that uses descriptive analysis. The research data was analysed using SPSS Version 25 software which uses percentage, mean and standard deviation. Generally, the findings from this study show that the perception of Islamic Education teachers towards Islamic Education textbooks is positive. However, some aspects related to the content are still needed to be improved. The findings of this study show that the perception of Islamic Education teachers needs to be taken into account in the construction of Islamic Education textbooks.